Muzium Tentera Darat | Repeat Datang Banyak Kali Tak Pernah Bosan

Antara tempat yang mesti saya terjah walaupun dah pernah masuk setiap kali tiba di Port Dicksons- Muzium Tentera Darat. Bukan hanya kerana terdapat banyak pameran peninggalan tetera darat semata bahkan saya memang sangat teruja membaca sejarah-sejarah tentang peperangan dan pejuang negara. Sangat menyentuh perasaan. Dan saya boleh memahami dengan baik dengan setiap kisah yang disampaikan, apatah lagi terdapat banyak koleksi gambar-gambar lama yang mampu memberi penjelasan yang sangat jelas.

Sampaikan satuu tahap saya selalu berfikir alangkah baik saya dapat hadir ke muzium ketika zaman saya masih bersekolah. Sekurang-kurangnya memudahkan saya ntuk skor subjek sejarah yang memang saya minati. 

Dan saya dapat lihat sendiri anak saya terutama Akid beliau begitu tekun membaca tentang sejarah, peristiwa yang pernah meninggalkan kesan yang amat mendalam terhadap tanah melayu satu ketika dulu. Sesuatu yang amat bagus bagi mendidik dan mengingati anak-anak tentang perkara yag pernah berlaku di malaysia dan bagaimana pejuang lama berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan negara. Terlalu rumit dan banyak pertumpahan darah berlaku. Dan ini dapat mengingatkan mereka betapa pentingnya mengekalkan keharmonian negara.






Harimau yang telah diawetkan 

Alatan yang digunakan untuk mengangkat periuk api 

Lorong ke bawah tanah, markas PKM (Parti Komunis Malaya)











Segala gambar dirakam untuk simpanan kenang-kenangan. Apatah lagi kenangan bersama famili berkunjung ke sini - PD!
Muzium Tentera Darat | Repeat Datang Banyak Kali Tak Pernah Bosan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 06, 2019 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.