Tahun 2019, Moga Yang Baik-Baik Sahaja.
Tahun 2018 yang saya tinggalkan banyak meninggalkan kenangan manis dan juga sedikit pahit. Biarpun saya boleh luahkan segala kepahitan, namun biarlah ianya tertanam di lubuk hati paling dalam. Hehehe. Tutup buku sebenarnya, habis cerita.
Di awal tahun 2019, saya mula berdoa untuk perkara yang baik-baik namun pada hari kedua saya sudah mendapat berita sedih yang tidak diduga. Saya REDHA. Rezeki di bumi tuhan ini sangat luas dan kita jangan pernah jemu untuk berusaha. Selagi ada kudrat dan daya. Saya akan terus mencuba.
Dalam kalut saya mahu bangkit, tidak sampai 5 jam saya dikhabarkan berita gembira. Lumrah kehidupan manusia. Sedih dan gembira salih berganti, adakalanya ianya datang bertimpa tanpa berhenti dan pernah juga lama mahu muncul kembali.
So, senyum sahaja :-)
Apa yang pasti, keutamaan sekarang lebih kepada anak-anak yang dikasihi. Dengan sokongan suami (read: dedet) yang tidak berbelah bahagi. Setiap hari saya bangkit dengan semangat. Moga hari ini lebih baik dari semalam dan tepohari. Jika adapun kesukaran dan perkara menyedihkan, cepat-cepatlah ianya berlalu pergi...
indahnya dunia layaknya muncul si mentari
dinginnya embun segarkan suasana
ku sambut tahun baru dengan sejuta warna
Hari ini adalah kenyataan
semalam adalah kenangan
esok adalah impian
selamat tahun baru 2019
Nukilan,
Tahun 2019, Moga Yang Baik-Baik Sahaja.
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
January 03, 2019
Rating:
In Sha Allah.. semoga dipermudahkan semuanya...
ReplyDeletehappy new year ayu!
ReplyDelete