LEGO Malaysia Menganjurkan Pelbagai Aktiviti Menarik Bersempena Dengan The LEGO MOVIE 2
Rasanya ramai yang teruja apabila sekuel filem The LEGO Movie 2 sudah mula ditayangkan di pawagam-pawagam utama. Dengan sambutan yang cukup menggalakkan dari filem pertamanya dahulu pad tahun 2014, dan kini ianya kembali dengan lebih aksi dan penuh pergolakkan dalam dunia lego. Saya dan anak-anak sendiri sudah tidak sabar untuk menontonnya di pawagam tau :-)
Bersempena dengan tayangannya di pawagam, LEGO Malaysia telah menganjurkan pameran da jualan lego serta disediakan beberapa aktiviti menarik selama 11 hari di Mid Valley Kuala Lumpur. Ianya bermula daripada 13 sehingga 24 Februari 2019.
Ahah! Saya sempat singgah dan bergambar di rumah Emmet iaitu salah satu karektor utama di dalam animasi filem LEGO ini. Emmet adalah hero didalam filem ini yang mana beliau telah berazam untuk memenuhi peranannya sebagai "yang teristimewa" bagi menyelamatkan rakan-rakannya dari genggaman penakluk angkasa dan seterusnya mengembalikan semula kegemilangan bandaraya Bricksburg.
Apa yang menarik disini, pengunjung boleh melihat secara dekat pameran lego-lego dari koleksi terkini yang sememangnya sangat ohsem!
Antaranya seperti dari set "Welcome to Apocalypseburg!". Ini adalah set lego yang sangat dinanti-nantikan terutama kepada peminat lego. Ianya menampilkan salah satu bahagian Statue of Liberty yang telah runtuh dan dikelilingi dengan struktur binaan kontena yang merupakan kedai kopi, sel tahanan, bilik senjata, kedai gunting rambut serta tatu, gym, gerai makan, spa dan ruang-ruang kediaman. Fuhhhhh...memang macam-macam ada bukan. Serius best!
Set ini boleh didapati pada harga RM1399.90 yang terdiri daripada 3000 kepingan LEGO yang berukuran lebih 20" (52cm) tinggi, 19" (49cm) lebar dan 12" (33cm) kedalaman. Tambah menarik set ini membolehkan kita membina dna melihat sendiri dari sudut 3D (dimensi).
Selain itu terdapat juga 12 patung mini terbaru iaitu Emmet, Lucy, Batman, Scribble Cop, Harley Quinn, Green Lantern, Mo-Hawk, Roxxi, Fuse serta seekor tikus.
Di pameran ini juga disediakan beberapa zon yang mana pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik. Antaranya seperti di zon 'Apocalyseburg' yang mana pengunjung boleh merakam olahan filem sendiri menggunakan set LEGO Movie Maker.
Ianya perlu menggunakan aplikasi yang perlu dmuat turun ke dalam telefon pintar. Dan saya sendiri telah mencuba dan sejujurnya saya memang kagum dengan hasilnya.
Ini pula di zon 'Systar System' yang mana pengunjung (terutama kanak-kanak) boleh bersaing dalam pertandingan menari dengan cuba mengalahkan watak LEGO yang akan turut sama. Memang kelakar dan pada yang sama saya rasa agak comel juga jenis tarian yang dipertandingkan, hehe.
Ini adalah zon 'Duplo Monster'. Di zon ini kita perlu membina mahkluk penakluk angkasa DUPLO rekaan kita sendiri. Ini sekaligus dapat menguji daya kreativiti kita menghasilkan mahkluk angkasa daripada LEGO DUPLO. Kanak-kanak pasti menyukai zon ini.
Boleh rujuk kepada jadual aktivti seperti tertera pada gambar di atas ya!
Jika korang dapat menyelesaikan keenam-enam misi daripada setiap 6 zon di pameran LEGO ini, korang layak untuk dianugerahkan sijil pencapaian istimewa daripada LEGO Malaysia :-)
Oh ya! Selain itu dengan setiap pembelian set 'Welcome to Apocalypseburg' pembeli akan dihadiahkan dengan satu Lenticular Emmet Mosaic edisi terhad. Manakala pengunjung yang membeli lego bernilai RM179 dan ke atas juga akan menerima hadiah berbentuk hati yang sangat comel. Tawaran ini hanya terhad sepanjang pameran berlangsung di Mid Valley dan ianya juga bergantung kepada 'selagi stok masih ada'
Hokeh, kepada semua jangan lupa untuk singgah dan sertailah aktiviti yang disediakan yang pastinya memberi keseronokan dan menguji kreativiti terutama kepada kanak-kanak. Datang seisi keluarga mahupun bersama rakan-rakan tau.
Untuk keterangan lanjut dan update terkini mengenai LEGO boleh layari FB LEGO MALAYSIA
Jumpa Emmet di sana yerppp...
LEGO Malaysia Menganjurkan Pelbagai Aktiviti Menarik Bersempena Dengan The LEGO MOVIE 2
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
February 14, 2019
Rating:
Alahai jauh laa pulak. kalau dekat Penang mau dah pergi dengan anak2. Anak2 murni memang minat lego ni.
ReplyDeleteoh kuar movie 2 ekk?
ReplyDeleteIzzat suka ni. lego lego memang la feveret dia.
aida plak, x gemar movie lego ni. ntah nape. tak dekat di hati ku yg dah tua kot ha ha ah ha ha...
nanti nak ajak anak pi tengok movie ni la...
ReplyDeleteit was nice seeing you there, Ayu. Lego so cute kan. all my kids love to build them. but the price is more and more expensive nowadays. have to save money to buy a box set for them haha
ReplyDeleteBudak budak minat la ni dengan lego.
ReplyDeleteTapi movie dia mesti lucu dan comel kan.
Seronok la dapat join pelbagai aktiviti lain yang disediakan.
Menarik juga tu.
Anak-anak pun dok ajak tengok Lego The Movie ni. Nak kena gi tengok gak ni..kalau tahu pasal event ni, lagilah..dan kalau diorg nampak set LEGO tu, habeslaaaa bapak dia...
ReplyDeletetelan air liur tengok harga set lego boleh cecah 1.4k tu. tapi kalu dah minat duit bukan jadi masalah kan. macam seronok dapat spend masa main lego tu..
ReplyDeleteanak-anak kita memang suka sangat dengan lego..pantang jumpa mesti meroyan nak beli..ni dah keluar movie pulak..seronok la budak2 ni..mesti best kan movie lego ni..
ReplyDeleteOh! ni kat Mid Valley. Tiap tip hari lalu nampak event ni sebab office kat MV. hhuuhuhuh...serious I tak pernah sekali pun try main lego ni. Nak gak try sebelum turn 50 huhuhuh..
ReplyDeleteKenapalah jauh dgn kita.. Kalau dkt dh lama bwk anak2 buah ke sini skli..dorg suka sgt dgn lego ni tau.. Ehhh, lego dah ade movie ke.. Makin menarik ni.. Mesti ada rmi budak2 nk tgok kan..
ReplyDeleteNampak menarik. Baru selasa lepas saya pergi midvalley tapi missed this thing.
ReplyDeleteWahh terpesona akak dengan gaya tarian tu, nak ikut join lah
ReplyDeleteCara Nak Mulakan Bisnes Homestay
Sebelah umah je Mid Valley. Bolehlah Bella pi terjah sebab masih ada masa till 24 Feb. Bella pun suka tgk The Lego Movie. Besttt! Semua sekuel mesti kena tengok.
ReplyDeleteWah bestnya kak. Saya pun peminat lego. Dulu sellau jugak join event lego. Skang dh balik kg. Xleh kemana2 dh huhu
ReplyDeletefav toys anak-anak liez dan jugak liez..best dapat join aktiviti dgn lego kan..
ReplyDeleteklau anak liez tahu ni mesti diaorg merengek nak join sekali..tapi MV tu mmg kami tak pernah smp lagi..husband xsuka pulak
Wah menarik snagat ni.. Anak-anak suka lego... Mak pak dia pun suka lego.. Nanti nak ajak la suami pergi sini.. Mcm best je tengok.. Siap ade menari tu
ReplyDeleteWah menarik snagat ni.. Anak-anak suka lego... Mak pak dia pun suka lego.. Nanti nak ajak la suami pergi sini.. Mcm best je tengok.. Siap ade menari tu
Wah! Macam best jer. Belum sempat bawa anak buah pergi tengok wayang ini lagi, moga hujung minggu boleh pergi.
ReplyDeletePerghhhhhhH! Best gila! Ni kalau bawak peminat tegar Lego ni memang tak henti dia main dan siap beli set mainan lagi tu. Aktiviti banyak gila, terbaik ah lego!
ReplyDelete