Manjakan Diri di Bayu Spa Grand Bluewave Hotel



Lama rasanya tak pergi manjakan diri di mana-mana pusat rawatan spa.  Apabila saya menginap di Hotel bertaraf 5 star Grand Bluewave Shah Alam baru-baru ini, saya dapati ada perkhidmatan spa khas untuk golongan wanita sahaja, memanglah saya excited! Terletak di tingkat 4,  Bayu Spa dibuka setiap hari bermula jam 9.30 pagi sehingga 7 malam.

Terdapat pelbagai rawatan yang ditawarkan disini tau. Rawatan ditawarkan dari top-to-toe  seperti Body Massage, Full Body Scrubs, Facial, Bertangas, Mandi Herba, Mandi Bunga Aura dan pelbagai lagi. Dan sebenarnya perkhidmatan spa ini bukan hanya untuk tetamu (yang menginap) hotel sahaja. Ianya juga dibuka kepada pelanggan-pelanggan dari luar.

Terdapat banyak bilik rawatan disediakan. Semuanya bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada pelanggan yang datang.

Ini adalah untuk tatarias diri. Terdapat juga pelanggan yang datang untuk perkhidmatan 'make-up' untuk menghadiri acara-acara tertentu.



Boleh juga buat rawatan rambut di sini ya. Bagi wanita islam tidak perlu risau memang aurat kita akan sentiasa terjaga kerana tiada golongan bukan muhrim berada di dalam spa ini (terutama didalam bilik rawatan).

Saya juga suka kunjungi spa yang menyediakan bilik rawatan yang lengkap. Contohnya jika kita hendak membuatrawatan urut dan mandian. Kita tidak perlu bergerak bilik ke bilik, hanya berada didalam satu bilik rawatan sahaja, kita boleh mendapatkan semua rawatan yang kita inginkan.

Jika kita datang berteman. Contohnya kita bersama rakan perempuan sama-sama ingin mengurut untuk tempoh yang sama. Bolehlah 'request' untuk dapatkan perkhidmatan urutan didalam satu bilik yang sama.


Ini pula bilik untuk melakukan aktiviti tanggas. Terutama mereka (wanita) yang sudah berkahwin atau lepas bersalin memang suka dengan rawatan ini.

Dalam banyak bilik rawatan, saya paling suka yang ini sebab nampak lebih esklusif. Siap ada tempat bersiram lagi. Ni kalau rawatan mandi bunga boleh dilakukan didalam bilik ini,

Sempat juga membuat rawatan manja kaki di sini. Rendam dengan air rendaman bunga yang memang  sangat harum...wangi sangatttt

Seterusnya bersauna dalam 20 minit. Bagus untuk proses pecahkan lemak-lemak badan. Dan saya juga buat rawatan urutan belakang, bahu dan kepala. Memang best!

So, korang kalau nak manjakan diri di spa, saya syorkan korang datang dan cuba di Spa Bayu yang  terletak di Hotel Grand Bluewave Shah Alam. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan tau! Ada ditawarkan dalam bentuk pakej & Ala-Carte. Pelanggan hanya perlu memilih rawatan apa yang mereka perlukan dan inginkan. Harga pakej adalah dari serendah RM 88.00 sehingga ke RM300.00



Untuk keterangan lanjut dan tempahan boleh hubungi:-
www.wasap.my/60162718444

Bayu Spa
Level 4, Grand Bluewave Hotel
Section 14, Shah Alam
Masa : 09.30pagi - 07.00ptg

Manjakan Diri di Bayu Spa Grand Bluewave Hotel Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 12, 2019 Rating: 5

19 comments:

  1. Lamanya x p urut² spa manjakan diri..manjang bz xde masa. Tgk je pun dah seronok. Kalau p betul2 mesti lagi syok

    ReplyDelete
  2. Lamanya Sa tak pergi Spa...best kan dapat manja- manjakan diri..bab ni SA suka..ye la.. sekian lama bekerja dan jarang dapat manjakan diri..sesekali adalah perlu untuk merehatkan badan

    ReplyDelete
  3. Dari tahun lepas saya nak try pergi kat sini kak ayu tapi tak pergi pergi lagi. tak ada masa sungguh.

    ReplyDelete
  4. Best nya dapat manjakan diri kat spa..ya laa body duk guna hari2..sekali sekala dapat dimanja memang best..

    ReplyDelete
  5. Ohh spa ni dalam hotel ke? Design spa ni lebih traditional kan, tak macam spa2 hotel yang selalunya lebih modern dan contemporary. Tapi best la jugak masuk spa yang ala2 traditional sikit ni. Kalau ada ke sana dan rasa nak spa, boleh lah Bella singgah sini hehe..

    ReplyDelete
  6. Seronoknya dapat manjakan diri kat SPA ni. sesekali seronok jugakkan.nanti kalau menginap disini, harus buat spa jugak

    ReplyDelete
  7. nampak cam best je rehat2 kan diri di spa cam ni. Rasa tenang dan dapat refreshkan diri kan.

    ReplyDelete
  8. Rasanya lama betoi sis tak ke SPA dan urut2 badan ni...syiok betullah time2 tengah sakit pinggang ni orang dok urut2..haishhh bilalah ada peluang macam Ayu ni

    ReplyDelete
  9. amboi2 dia..memanjakan diri gitu...sesekali apa salahnya , tapi awat tak hajak kita join dalam spa tu....lama tak kena massage nih...last massage tahun lepas masa kita gi hatyai....

    ReplyDelete
  10. Amboi bestnya kak ayu bermanjakan diri di spa ni. Saya tk pernah lagi seumur hidup ke spa. Tak berkesempatan lagi. lepas baca review ni nampak macam menarik. Nak try pulak rasa. hehehe

    ReplyDelete
  11. Wah wah. Bestnya kak dapat manjakan diri kat tempat grand macam ni. Nanti nak kena cuba jugak ni. Paling tak sekali seumur hidup kan. Hehe

    ReplyDelete
  12. Sekali sekala pergi memaanjakan diri kat spa ni mmg syok kan. Habis session rasa macam fresh sgt. Mmg kita kena pergi urut2 sauna2 ni skali skala pas penat jaga keluarga hehe

    ReplyDelete
  13. Nampak exclusive sangat. Saya baru je pergi spa dua minggu lepas.

    ReplyDelete
  14. Kak! Dulu onie punya doktor kat office suka pergi spa kat sini. Dia kata seronok, nampaknya nak kena try jugak la pasni,hehehe... Lama dah tak me time nih,ehe!

    ReplyDelete
  15. Inilah rahsia keremajaan Ayue ek. Almaklum tempatnya dekat pula dengan rumah Ayue kan. Senang dan memudahkan ye. Tapi jauh la Rawlins nak gi. Hehe

    ReplyDelete
  16. Sepanjang hidup tak pernah lagi merasa pergi spa. Hehe
    Beatnya kalau dapat ke spa manja kan diri sendiri orang kata.
    Prang kata, sekali dah ke spa ni macam ketagih.
    Mesti nak repeat lagi.
    Sebab syok dapatkan perkhidmatan disitu.
    Lagi lagi dalam keadaan penat, badan kita dibelai..
    Best tu..

    ReplyDelete
  17. Best yer, dok hotel lepas tu dapat me time pergi spa macam ni.Wishlist nak rasa moment tenang dan indah macam ni

    ReplyDelete
  18. This hotel also provides spa services. Must check out because it's quite near to my office only.

    ReplyDelete
  19. Emi dah agak lama tak ke spa sebenarnya. Tengok lah nanti bulan ni macam nak ke spa manjakan diri sikit hehe. Reward on my birthday month.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.