Memang Best Permainan Dari Happy Go KL
Waktu bersama anak adalah waktu sangat berharga. Melihat mereka membesar depan mata adalah momen yang sangat bermakna. Jadi apabila berpeluang menghabiskan masa bersama mereka pastinya saya akan mencari dan memperkenalkan aktiviti yang dapat mengukuhkan hubungan kekeluargaan (family-bonding, gituhhh).
Dan saya telah memilih permainan dari Happy Go KL. Apa yang best permainan yang diperkenalkan memang boleh dimain bersama satu famili. Kualiti dan rekabentuk memang terbaik menjadikan permainan ini bertambah menarik. Terdapat dua permainan dari Happy Go KL iaitu Lizards and Ladders dan Games on the go.
Seterusnya permainan Games on the go Apa yang best tenatnag permainan ini sebenarnya ianya menguji daya pemikiran kita. Di mana kita perlu ada strategi dan teknik untuk memenangi permainan. Namun kadang-kala ianya bergantung kepada nasib juga, hehehe.
Saiznya agak kompak, jadi memang mudah untuk kita bawa ke mana sahaja. Secara tak langsung permainan ini boleh dimain bersama ahli keluarga di mana sahaja kita berada. Tambahan pula kad ini memang cantik dengan lukisan karektor haiwan yang cukup popular di Malaysia. Menarik bukan?
Korang boleh dapatkan permainan ini di https://happygokl.com/games/ tau!
Untuk keterangan lebih lanjut tentang Happy Go KL dan aktivitinya, bolehlah layari:-
info@happygokl.com
Memang Best Permainan Dari Happy Go KL
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
February 12, 2019
Rating:
Bagus juga main game macam ni..boleh laa ajak anak2 main dan lupakan gadjet sekejap..ini tidak hari2 asyik menghadap tv & gadjet jer..
ReplyDeleteNice. Its been a long time since i played board games like this. Nowadays everyone play on phones only.
ReplyDeleteBagus main macam ni kan..tambah ilmu pengetahuan am dari asyik pegang gadjet jer..rosak mata..game macam ni menguji minda anak- anak..
ReplyDeletemenarik.
ReplyDeleteaida memang beli kan anak2 dam ular, saidina, games card tau.
byk ada koleksi.
bila weekend, tak ke mana, memang lepak rumah main indoor games gini.
Best dapat main ngan adik beradik. Dania kalau nak main dia main sorang2. hehehe...Pastu kengkonon ada orang lain main sekali. Permainan ni juga boleh mengeratkan bonding time dengan adik beradik supaya mereka lebih rapat. Bagus juga permainan ni ye?
ReplyDeleteWahh ada game macam ni hehehe budak-budak sekarang dah lupa semua mainan macam ni sebab ada egame je lagi menarik minat mereka. Tapi usaha bagus ni sambil main sambil mendidik anak-anak...
ReplyDeleteOuh macam snake and ladder tetapi ada unsur yang berlainan sedikit? Not bad juga kan? :) Permainan sebegini memang lebih baik untuk mengeratkan hubungan antara keluarga. :)
ReplyDeleteNi kira macam board game la kan. Dulu rajin jugak main benda benda macam ni dengan adik beradik. memang seronok
ReplyDeleteItu macam main dadu la kan? Ke bukan? Hehe teringat zaman kecik selalu main dadu ni dengan adik beradik. Sampai renyuk la kertas dia tu, hehe
ReplyDeleteKita pun suka dgn HappygoKL Games ni. Kakak mmg seronok kalau main cards tu. Walaupun kdg2 dia main ikut suka dia je jadi apa pun. Hahaha
ReplyDeleteTeringat time dulu main dam ular dgn adik2.. Kalu saper yg baling dadu n nombor jatuh ke mulut ular.. Mmg kena bahan la gamaknya.. Sampai ada yg nangis sbb dah nak dkt nak sampai tetiba jatuh ke bawah blk.. Hahaha
ReplyDeletelama tak main permainan dam ular tu..nak usha la website dia..boleh main dengan anak-anak nanti
ReplyDeleteLama betul tak main permainan serupa ni..dulu zaman anak kecik2 ada juga le beli dam ular, kad dan mcm2 lagi..now dah tak de dah, tengok permainan ni rasa rindu pulak nak main semua gan anak
ReplyDelete