Percutian 2 Hari 1 Malam Di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Seronoknya bila dapat bercuti bersama famili apabila hotel yang didiami mempunyai segala fasiliti yang terbaik. Dan saya memang sangat rekomen Hotel Grand Bluewave Shah Alam. Selain daripada lokasinya yang begitu strategik, terletak berdekatan dengan pusat bandar Shah Alam, restoran di hotel ini juga dikendalikan dengan pengiktirafan 100% halal dalam semua hidangan yang ditawarkan. "Hotel ni pun sangat dekat dengan tempat menarik di sekitar shah alam, seperti yang dikongsikan blogger ini."
Kebetulan pada hari saya menginap bersama keluarga memang ada ramai tetamu di hotel termasuklah pasukan bola sepak dari JDT. Memang meriah sangat! Bilik kami adalah di tingkat 18. Saya juga tertarik dengan kekemasan hotel terutama dari segi dekorasinya yang 'simple' tapi tetap nampak menarik. Pendek kata memang sedap mata memandang.
Hiasan dalam bilik agak moden, warna yang dipertengahkan biru dan coklat. Memang tenang jer bila berada didalam bilik, hiks.
Disediakan sudut untuk kita rehat dan relaks. Ini memang port kegemaran Dedet (suami) yang suka duduk membaca suratkhabar di ruang ini.
Seperti di hotel lain, turut disediakan kelengkapan mandian seperti sabun mandi, syampu, berus gigi dan pelbagai lagi.
Bilik mandi yerppp!!! Dan saya paling excited sebab dalam tandas ni ada hos :p Tipikal orang melayu Malaysia memang perlukan hos didalam tandas. Ini kerana tidak semua hotel menyediakan hos tau, huhuhu
Bath tub! Tempat anak saya melenjan mandi. Dan saya memang perlukan bath tub untuk masa 'me time' saya (ketika semua anak-anak tidur). Siap pelbagai pati aromaterapi saya masukkan ke dalam air didalam tab tau. Memang syok banget!
Ekceli masa mula-mula sampai di sini, Dedet ajak saya lepak minum petang kat Borak Borak Cafe yang terletak di Ground Gloor hotel. Sementara menunggu temujanji saya di Bayu Spa, saya pun bersetuju untuk duduk di sini sambil menikmati minuman petang.
Ada pelbagai jenis minuman panas dan sejuk. Dari kopi, latte, jus buah-buahan dan pelbagai lagi. Jika nak order makanan seperti sandwich, kek dan banyak lagi ada juga sebenarnya (boleh lihat pada menu) yang boleh juga order dari Borak Borak. Apa yang saya perhatikan, cafe ini sesuai untuk kita datang minum-minum sambil melepak bersama kawan atau keluarga. Sesuai juga dijadikan tempat berdiskusi, ini kerana kawasannya agak tenang.
Untuk saya tentulah Latte (panas) dan Dedet menikmati air jus buah melon.
Dalam sejam saya lepak disini bersama Dedet dan anak-anak kecil, seterusnya saya ke Bayu Spa di tingkat 4. Manakala Dedet membawa anak-anak bermain air di kolam mandi hotel yang terletak juga di tingkat yang sama (tingkat 4).
Tapi untuk sarapan pagi dan hi-tea memang saya rekomenkan Restoran Songket yang terletak di Ground Floor hotel. Apa yang menarik, hidangan yang ditawarkan terutama untuk hi-tea setiap bulan kadang-kala berbeza mengikut tema tertentu. Namun yang pastinya hidangan asia dan antarabangsa yang ditawarkan memenuhi gastronomi citarasa masyarakat Malaysia mahupun pelancong-pelancong dari luar negara,
Untuk rujukan semua, harga sarapan untuk satu kepala. Namun untuk tetamu yang menginap di hotel ini akan diberikan 2 kupon sarapan percuma bagi setiap bilik.
Ada pelbagai jenis hidangan yang ditawarkan ketika waktu sarapan pagi. Tapi antara port makanan yang menjadi tumpuan tentulah segala jenis masakan telur, roti canai dengan kari yang pekat memikat.
Saya memang sukakan bubur nasi kat sini. Makanan yang memang wajib saya ambil bukan sekali ya, tapi repeat berkali-kali. Saya suka sangat rasanya apatah terdapat pelbagai pilihan lauk yang boleh dinikmati bersama bubur.
My Yara yang memang kuat makan. Aishhh.
Untuk waktu sarapan adalah bermula dari jam 6.30 pagi sehingga 10.00 pagi.
Dan hi-tea pula bermula pada jam 12 tengahari sehingga 4 petang. Harga hi-tea korang kena rujuk dengan pihak hotel. Kadang-kala ada ditawarkan pada harga promosi hi-tea untuk acara-acara tertentu.
Tapi yang menariknya antara hidangan hi-tea yang ditawarkan adalah masakan cina, melayu dan india. Jadi korang boleh rasa sendiri masakan melayu seperti nasi minyak dan lauk pauknya, manakala dim sum, yong tau fu yang cukup serasi sebagai hidangan popular masyarakat cina. Begitu juga dengan capati dan kari dan pelbagai lagi.
Terdapat juga ayam panggang bersama sos bbq, kepah, sushi, variasi salad dan banyak lagi. Ini belum diambil kira dengan kepelbagaian manisan yang enak dan boleh kita cuba sendiri.
Jangan lupa untuk rasai sendiri teh tarik yang dibuat panas-panas di kaunter bar di restoran.
Budak paling excited bila dapat makan bersama mummy-nya. My Ameer jadi peneman ketika saya menikmati hi-tea di sini.
Oh ya! Restoran Songket juga menawarkan hidangan malam. Untuk waktu-waktu tertentu ada juga ditawarkan hidangan buffet dan biasanya tetamu datang untuk makan ala-carte. Sebab terdapat pelbagai hidangan daripada menu yang boleh diorder mengikut pilihan dan keinginan tekak masing-masing.
Ketika menginap di sini, saya telah memilih untuk menikmati hidangan malam di Restoran Cina Tung Yuen Hotel Grand Bluewave Shah Alam. Tekak teringin nak makan dim-sum sebenarnya, haha. Dan kebetulan ada promosi 'All You Can Eat Ala Carte Dim Sum' memang haruslah saya tidak melepaskan peluang. Harga yang ditawarkan adalah RM62.50 nett. Dengan syarat setiap tempahan perlulah sekurang-kurangnya 2 orang.
Restoran Cina Tung Yuen dibuka setiap hari, dibuka seawal 11.30 pagi sehingga 2.30 petang untuk makan tengahari. Manakala makan malam bermula jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam.
Terdapat 19 jenis dim sum yang boleh korang cuba di sini. Antaranya seperti 'crystal prawn dumpling', 'scallop dumpling', ' black mushroom dumpling' dan pelbagai lagi. Selain itu terdapat juga bbq chicken bun, nasi goreng dan mee goreng.
Pemanis mulut feveret saya, 'chilled longan'. Menikmati ketika sejuk-sejuk memang ohsem!!!
Bila dah tidur hotel haruslah kita guna segala fasiliti yang ada disediakan di sini. Ini terutama kolam mandi dan juga gym! Untuk dua fasiliti ini terletak di tingkat 4 yerppp.
Ada kolam dewasa dan juga kanak-kanak.
Budak paling suka mandi - my Yara!!
Kolam mandi ini dibuka dari jam 9 pagi sehingga 7 malam. Disediakan tuala mandi untuk semua tetamu yang menginap di hotel. Istimewanya ditetapkan pada waktu tertentu (kalau tidak silap saya ditetapkan pada jam 2.30 petang - 3.30 petang) hanya untuk tetamu wanita sahaja yang boleh menggunakan kolam mandi. Ini bagi memberi keselesaan kepada tetamu wanita yang ingin mandi dalam keadaan lebih privasi.
Berdekatan dengan kolam mandi terdapat juga bilik permainan untuk anak-anak (children playroom). Tidaklah luas mana, tapi ada disediakan segala permainan untuk anak-anak kecil dan terdapat juga sudut membaca buku cerita.
Gymnasium. Ada pelbagai jenis peralatan gym yang disediakan. Tetapi perlu diingatkan kita perlu memakai pakaian yang sesuai ketika beraktiviti disini.
#misikurus hahaha.
Biarpun semalam saya menginap disini, namun saya dan keluarga memang puas hati. Suasana hotel yang tenang dan kemas, selain fasiliti asas hotel yang superb memberi kepuasan dan keseronokan buat saya dan keluarga sepanjang berada di sini.
Untuk keterangan lanjut boleh layari laman FB : https://www.facebook.com/grandbluewave/ ataupun laman web www.bluewavehotels.com
Nak buat tempahan boleh hubungi 03-55111833 ext 2723, 2724, 2602 atau email: telemarketing@bluewavehotels.com
Percutian 2 Hari 1 Malam Di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
September 27, 2019
Rating:
Pernah stay di sini, dekorasi dalam hotel ni memang cantik gila. teruja onie. Maklumlah hotel 5 bintang, tapi makanan dia bagi onie so so je. Tapi part penginapan tu best. Puas hati ::D
ReplyDeleteWahhh... Menarik betul tengok Kak Ayu staycation kat hotel ni. Tak pernah lagi pergi waima makan atau pun menginap. Nampak sedap pulak makanan yg dihidangkan.. Esok lusa boleh lah try..hehe..
ReplyDeleteBestnya bermalam kat hotel ni. Kemas je bilik dia. Tak pernah try bermalam kat sini. Bukan kat sini je. Dah lama tak travel sebenarnya. Huhuhu
ReplyDeletekita tengok pun puas hati.dapat menginap di hotel yang memberikan semuanya kelengkapan dan tak perlu kita cari makan kat luar.Barulah bestkan.orang kata hanya di bawah satu bumbung..:)
ReplyDeletebestnya sekali sekala check in..hotel blue wave ni memang best..facilities semua lengkap dan service pon okay. nanti kalau ke shah alam boleh laa try tidur semalam kat situ..
ReplyDeleteSesekali lepak hotel bawak anak2 memang best.. at least anak2 happy kan ..bagus hotel ni..semua pun lengkap..makanan tu macam biasa laa..menyelerakan walau tengok gambar je..eh..nak tido hotel la...lama x lepak tido hotel ngan anak dara
ReplyDeleteKak Ayu, kalau kite duduk sini kan dapat kupon breakfast 2 orang kan. Kalau kire macam nak add on lagi 2 kepala, kene bayar harga asal ke ada diskaun?
ReplyDeleteAmboi duta Grand Blue Wave ni hehehe memang seronok dapat bercuti walaupun dekat jer kan wakakakak. Tak sangka hotel ni cantik dan besar juga yer semua kemudahan ada kat sini ok juga nak pergi...Rasa macam nak pergi bercuti lak kita hehehe..
ReplyDeleteKita pun suka Hotel ni sbb one of yg diiktiraf Halal. Bukan senang hotel nak dapat halal certified ni. Wahh ada children playroom ya. Mst anak-anak suka kalau pegi ni.
ReplyDeleteBest yer dapat bermalam kat sini. Sedap yer Dimsum tu. Teringin juga nak makan kat sini
ReplyDeleteTengok macam best je menginap disitu.
ReplyDeleteTapi rasa macam 1malam tu tak cukup je.
Dapat 2malam pun rasanya okay juga.
Dah lama tak merasa tido hotel.
Sambil rehatkan diri.
selesanya nampak hotel dia.banyak fasilities. tengok menu buffet pun menyelerakan. seronok la menginap dekat sini.boleh la cuba jugak lepasni
ReplyDeletewah seronoknya kak ayue pergi tidur hotel dengan anak-anak. boleh tahan banyak kemudahan hotel ni..ha sesuai sangat untuk sesiapa yang outstation area shah alam boleh menginap kat sini
ReplyDeleteSesekali manjakan diri dn keluarga dok kat hotel walaupun x jauh memang syiok kan. Anak2 pun sure happy dpt tido hotel..swimming n makan sedap2. Cantik gak hotel ni ya..tak pernah lagi dok n makan kat sini. Bolehlah gi nanti
ReplyDeleteSeronoknya kak dapat bercuti bersama keluarga macam ni. Nak nak kat hotel yang besar dan selesa gini. Dekat dengan pusat bandar plak tu
ReplyDeleteTerinGMin nak bermalam dekat situ.. Dahlah bilik nampak selesa sekali lepas tu makanan dekat situ byk pilihan dan sedap sekali...kena rasa
ReplyDeleteSelalu lalu tapi tak pernah lagi stay sini hehhe. Nampak selesa biliknya dah la makanannya nampak menarik belaka. Boleh la suhgest pada sedare mara yg nak dtg sini nanti
ReplyDeleteAkak.. Kita serupa la kak.. Kalau nk. Cri hotel prefer yg ada bath tub.. Supaya senang nak me time.. Anak2 tdoq saya duk me time kat dalam bath tub.. Buh bath bomb.. Pastu aroma therapahy... Fuhhhh best gila
ReplyDeletehotel ni mmg best sgt....bonda pun pernah juga menginap disini...mmg sgt selesa...makanan yg dihidangkan pn sedap2 belaka...
ReplyDeleteGigihnya akak bawa anak-anak bercuti untuk 2 hari 1 malam. Kalau saya, pitam dah kak. Tak terasa bercuti pun. Bebudak ni nak mandi kolam lama, pastu makan, nak tido pepuas lagi. Nak kena menuntut ilmu dengan akak la.
ReplyDeletememe best menginap kat hotel...cuma x leh nak masak..kalau famili besar kena book bilik besar..mahal la dari biasa...
ReplyDeleteSalam...I dari Johor i pernah stay Kat hotel ni...serius best gila!
ReplyDelete