#GUARDIANGAYASQUAD Bersama DR BUDS ORGANICS dan KAREN MURRELL

Kebanyakan barangan di rumah memang saya yang banyak memberi keputusan dalam membeli. Cam nampak queen control lah pulak. hahahaha. Tapi hakikatnya sebab saya adalah seorang yang suka meneliti, mengkaji dan memahami barangan yang digunakan sebelum membeli. Ini termasuklah barangan penjagaan dan penampilan diri.

Apabila berpeluang menyertai dalam kumpulan diskusi #GuardianGayaSquad haruslah saya teruja. Apatah lagi untuk sesi yang dihadiri seramai 6 orang ini lebih esklusif dan kami juga telah diperkenalkan dengan dua produk terbaru di pasaran iaitu set penjagaan rambut DR BUDS ORGANICS dan lipstik KAREN MURRELL.

Majlis diskusiini telah diadakan di sebuah cafe di Petaling Jaya Selangor. Dalam suasana santai dan selesa. Sebelum memulakan sesi pengenalan serta penerangan produk, Puan Fara dari Guardian turut memberikan kata-kata aluan dan ucapan penghargaan ke atas kehadiran kami ke majlis yang diadakan. (Terima kasih daun keladi, lain kali jemput lagi, hihihi)

Rasanya ramai yang sudah mengenali produk Dr. Buds Organics. Saya sendiri salah seorang penggunanya. Tetapi kebanyakan produk Dr Buds yang telah saya cuba adalah semua khas untuk kanak-kanak. Ini adalah kerana produk organik ini memang sangat sesuai untuk semua jenis kulit dan boleh dijadikan remedi bagi mereka yang mengalami masalah kulit.

Namun pada hari ini, Dr Buds Organics telah memperkenalkan siri set penjagaan rambut khas untuk golongan dewasa. Ini terutama bagi mereka yang mengalami masalah kelumumur dan keguguran rambut.

Seperti yang diketahui produk Dr Buds memang menggunakan sepenuhnya ramuan daripada bahan organik. Dan saya difahamkan setiap produk yang dihasilkan perlu mendapatkan kelulusan dan akan diperbaharui pengesahan ramuan organik setiap tahun daripada ECOCERT. Memang tida mengandungi paraben, pewarna, dan segala ramuan terlarang yang boleh memberi kesan terhadap kulit/badan samada dalam jangka masa pendek mahupun panjang.

Banyak yang saya pelajari semasa sesi ini. Antaranya cara penggunaan produk terutama didalam fasa ketika mula mahu menggunakan produk organik. Ianya perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat ini bagi memastikan keberkesanannya.


Jenama lipstik Karen Murrell agak baru juga di pasaran di Malaysia. Ianya mula diperkenalkan pada bulan Jun 2018. Walaupun masih baru, namun jenama ini sebenarnya sudah cukup popular di luar negara. Terdapat 19 warna lipstik menarik yang ditawarkan. Dan terdapat juga lip balm ya. Lip balm Karen Murrell memang best! Saya memang menjadi peminat liup balm ini kerana ianya memang menyebabkan bibir kita lebih lembap dan mungil. Hiks.

Karen Murrell ini dihasilkkan dari negara Australia yang menggunakan ramuan natural seperti avocado oil, evening primrose oil, candelilla, carnauba wax, cinnamon dan sweet orange. Apa yang menarik lipstik ini juga sesuai untuk wanita-wanita mengandung kerana ramuannya yang naturel dan mendapat pengiktiran serta kelulusan dari FDA. Pembungkusannya adalah biodegrasi dan boleh di kitar semula. Bestkan :-) hehe.

Antara warna yang menjadi pilihan saya. Cantik!!

Seperti yang kita ketahui Avocado Oil boleh melembapkan dan mencantikkan, manakala cinnamon boleh menjadikan bibir kita lebih mungil. Tidak dilupakan kebaikan Evening Primrose oil yang kaya dengan zat Omega 6, boleh mengelakkan kerengsaan dan kekeringan kulit.

So, cantik dan sihat saper yang tak nak kan :p

Part paling seronok. Bila setiap peserta yang hadir diberi cabaran yang perlu dilakukan dalam tempoh tertentu. Dan ianya perlu dimuat naik ke IG masing-masing :-)


Ni posting saya untuk cabaran bersama Karen Murrell :-) Ucapan bersempena dengan Hari Wanita sedunia tidak lama lagi.





A post shared by Ayu Rafikah (@ayurafikah) on

Dan ini adalah posting saya untuk Dr Buds Organics

Siapa sangka penyertaannya saya dipilih sebagai salah seorang pemenang. Yeay!!


Sejujurnya melalui sesi ekslusif seperti ini dapat membantu saya mengenali lebih mendalam lagi tentang produk yang ditampilkan - Dr Buds Organics dan Karen Murrell. Selain itu saya juga begitu banyak tips yang sangat merguna yang boleh saya aplikasikan dalam kehidupan harian.

Dapat bersantai bersama rakan baru memberi saya peluang untuk lebih mengenali begitu ramai wanita hebat di luar sana. Umur dan profesion bukannya penghalang untuk kami bertukar cerita dan pengalaman sebagai pengguna. Paling seronok, acara dihoskan secara santai, tanpa tekanan dan kita boleh menjadi diri sendiri untuk melontarkan apa sahaja pendapat dan pertanyaan.

Walaupun acara dijalankan pada masa yang singkat namun bagi saya ianya tetap padat dan bermanfaat. Semoga saya dapat menyertai lagi acara seperti ini, dalam meningkatkan lagi pengetahuan saya tentang produk-produk hebat di pasaran. Terutamanya yang kita boleh dapatkan di Guardian Malaysia.


Terima kasih PR dan Guardian atas jemputan,
#GUARDIANGAYASQUAD  memang ohsem!

#GUARDIANGAYASQUAD Bersama DR BUDS ORGANICS dan KAREN MURRELL Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 01, 2019 Rating: 5

19 comments:

  1. Selalu gak dengar tentang produk dari Dr Buds Organics ni.. rasa tertarik nak cuba sebab tahu ramuan dia dihasilkan dari bahan semulajadi..so untuk kulit TB yang sensitif ni.. sesuai sangat

    ReplyDelete
  2. Rasanya pernah ternampak product Dr Buds ni kat Guardian..pernah belek tapi tak pernah beli lagi...lepas ni boleh la SA cuba..mana tau bagus untuk SA..eh..eh..lipstick tu pun cantik betul warnanya...

    ReplyDelete
  3. kalau pergi guardian mmg akan nampak product dr buds ni tapi tak pernah rasa nak cuba. lepas ni boleh la nak try

    ReplyDelete
  4. good to know got this range to try out. I didn't know of it til you sharing it. important to care for our skin, gonna check this range in Guardian soon. Not sure if it is in all the outlets.

    ReplyDelete
  5. Kalau diberi pilihan antara lip balm dengan lipstick, saya lagi prefer lipbalm. mungkin sebab saya tak pandai nak pilih warna lipstick yang sesuai dengan saya kot

    ReplyDelete
  6. Sebenarnya produk Organik adalah terbaik..nanti boleh cuba beli..kalau ada dkt Guardian lg senang..BTW tahniah juga sebab jadi salah seorang pemenang..

    ReplyDelete
  7. Banyak betul akak pergi seminar dan talk kecantikan kan. Mesti banyak ilmu kecantikan dah dapat ni.

    ReplyDelete
  8. I like Dr Bus Organic too! Best nya dapat pergi dgr talk pasal health & beauty ni. Guardian pun mmg one of the best pharmacy kan.

    ReplyDelete
  9. Kite mmg suke beli dan survey produk2 berasaskan bahan-bahan organik ni sbb kite tahu yg mmg save untuk digunakan. First time juga dgr jenama ni. Nk try survey soon. Mana tahu berminat . hehehe

    ReplyDelete
  10. Pernah dgr jenama dr buds ni.. Rasa produk ni memg bagus.. Wah best dapat peegi event mcm ni.. Berkongsi ilmu.. Siap ade lipbalm ye.. Menarik la..

    ReplyDelete
  11. Pernah dengar pasal produk ni.
    Tapi kita tak pernah lagi guna.
    Nanti kalau ke guardian boleh la kita survey balik..
    Hihihiks

    ReplyDelete
  12. Produk organik memang jadi pilihan sekarang ni. Walaupun harga lebih mahal dari produk biasa yang lain tapi organik memang diyakini selamat untuk digunakan. Sekarang ni produk organik pun dah banyak jeluarkan produk skincare dan mekap. Senang dah nak cati sebab dekat guardian dah ada

    ReplyDelete
  13. Selalu gak masuk guardian tapi tak perasan lak 2 jenama ni :). Myb masuk terus ke tempat yg nk beli je. Tapi bagus gak ekk produk ni..sb baahan yg digunakan organik yg semua maklum mmg bagus. Nak survey lah nanti..leh lah sekali tgok lipstik tu n brg makrup lain

    ReplyDelete
  14. Best nyer workshop macam ni kan. In a smaller group so that you can get to ask more question and also try out the products.

    ReplyDelete
  15. Bestnya dapat hadir ke bengkel kecantikan seperti ini. Lagi best sebab dapat mencuba pelbagai produk organik yang elok untuk kesihatan dan kecantikan kan. Share sikit produk tu boleh?

    ReplyDelete
  16. sukalah dengan ayu punya pendapat , memang kalau boleh kita jangan nilai kawan kita bedasarkan profesional , setiap orang ada kelebihan masing2...kongsi cerita dan pengalaman hidup akan buat kita semakin menghargai diri kita dan bersyukur dengan apa yang kita ada ....by the way kaler lips yang ayu pilih memang lawa..

    ReplyDelete
  17. Yana nak try shampoo dia... Sebab Yana tengah mengalami masalah kelemumur.... T T.. Nasib jumpa post akak... Thanks kak!

    ReplyDelete
  18. Tak pernah dengar lagi produk Dr Buds ni, macam interesting pulak, boleh lah nak coba jugak nanti

    3 Tip Mulakan Bisnes Online 2019

    ReplyDelete
  19. Bestnya dpt produk2 Dr Buds ni. Pernah try yg kakak. Saya punya.. Best jugak dia punya ni...

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.