Kelebihan Penjagaan Gigi Dari Kecil Perkongsian Bersama Pakar Pergigian dan Phillips Malaysia
Bersempena dengan Hari Kesihatan Gigi dan Mulut Sedunia, Phillips Malaysia telah melancarkan satu kempen kesedaran tentang tabiat penjagaan gigi yang harus bermula dari awal. Ini juga berikutan dengan kes berkaitan oral yang memberi kesan terhadap hampir 3.9 bilion penduduk di seluruh dunia. Dan kajian di Malaysia mendapati hanya 27.8% dari masyarakat yang ada bertemu dengan doktor pergigian dalam masa setahun. Manakala hanya 37% daripada populasi Malaysia tidak pernah mengambil tahu dan menerima sebarang rawatan penjagaan gigi.
Dan saya berpeluang untuk mendengar sendiri perkongsian informasi daripada pakar pergigian iaitu Dr Bala Saravanan (Pengarah Akademi Pergigian Malaysia) dan juga penerangan tentang produk penjagaan mulut jenama Phillips daripada Puan Nur Hayati bt Abdul Jamil (Senior Eksekutif pemasaran Phillips Malaysia).
"Senyuman paling manis apabila kita ada keyakinan"
Bagaimana kita membina keyakinan?
Ianya sebenarnya bermula daripada penampilan.
Dan mempunyai gigi yang cantik tersusun sebenarnya salah satu ciri yang boleh membentuk penampilan sekaligus meningkatkan keyakinan diri. Ini terutama buat anak-anak dari zaman kecil mereka, bermula dari zaman sekolah sehinggalah mereka dewasa. Jadi, bagaimana kita hendak memastikan anak kita mempunyai gigi yang elok dan cantik dalam membantu penampilan mereka. Ianya haruslah bermula dari penjagaan yang betul dari rumah sejak mereka kecil lagi.
Antara masalah gigi yang dialami oleh kanak-kanak yang berusia antara 6 sehingga 8 tahun.
Menurut Dr Bala, masalah gigi (tooth decay) adalah sebenarnya berpunca daripada gula. Dan didapati 60% sehingga 90% kanak-kanak mengalami masah karies gigi. Masalah ini sebenarnya bermula dari bayi lagi. Ini terutama apabila anak mula minum botol susu dengan susu formula. Dan kita membiarkan anak bersama botol susu sehingga mereka tidur. Dan takungan susu di kawasan mulut boleh menyebabkan karies gigi sebenarnya.
Jadi bagaimana hendak mengatasi masalah ini. Antaranya seperti :-
- kita jangan biarkan anak tertidur bersama botol sisi
- Elakkan atau terhad pengambilan minuman manis. Tetapi digalakkan minum air kosong lebih kerap.
- Seharusnya memperknalkan makanan berkhasiat dan terhadkan pengambilan snek (yang mengandungi gula dan garam yang tinggi terutamanya).
- Selain itu jadikan amalan, membersihkan gusi dengan kain yang bersih selepas anak habis menghisap susu botol.
- Untuk anak yang sudah mempunyai gigi HARUS menggosoknya setiap hari.
Sedikit informasi mengenai tentang gigi dan bilangannya mengikut peringkat umur.
Pelbagai jenis berus gigi dari Phillips Malaysia. Ianya bergantung kepada kesesuaian dan juga tahap umur yang menggunakannya.
Jom sama-sama menjaga kebersihan gigi dan ianya perlu bermula dari kecil lagi :-)
Kelebihan Penjagaan Gigi Dari Kecil Perkongsian Bersama Pakar Pergigian dan Phillips Malaysia
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
March 08, 2019
Rating:
Menarik betul guna berus gigi elektrik ni. Skarang ni berus gigi pun dah canggih. Teringin nak cuba.
ReplyDeleteMacam saya memang sangat titik beratkan tentang kebersihan mulut terutama sekali gigi. Kalau gigi tak elok atau rosak nanti susah gak untuk berdepan denganorang ramai. sebab tula Azriel sejak dari toodler lagi saya dah bagi galakkan utk die sentiasa jaga kbersihan gigi. Kalau ada berus gigi canggih macam ni. mau patbalas kali berus gigi anak2 kita ek.
ReplyDeletewow berus gigi pun ada bluetooth. Canggih betul. Memang seronok la anak-anak gosok gigi kalau macam ni.
ReplyDeletepergh berus gigi sekrg pun dah swmakin canggih.. Bgus kan.. Nak bagi anak gosok gigi, bagi gigi sihat dan kuat tak kira muda ke tua.. Lama usha philips punya berus gigi ni..
ReplyDeleteI peminat bwrus gigi style ni. Hahahaha nnt nak cuba beli. Mcm syok je ni
ReplyDeleteOh yes! need more awareness about this. Some parents tak berapa titik beratkan penjagaan gigi for their child, its actually very important and have to start from young.
ReplyDeleteBagus dia tekankan penjagaan gigi starts from young. Anak anak ni pun I biasakan brush teeth. Si adik tgk kakak, dia pun nak walaupun x paham apa haha
ReplyDeleteSis dulu ada gak pakai berus gigi letrik cam ni..tapi entah mana lak gi nya. Nanti nak beli gak lah for aeysha..biar dia ada semangat nk gosok gigi
ReplyDeleteSemoga ibu bapa semua peka dengan penjagaan gigi ketika usia kanak-kanak lagi. Percayalah, seronok jaga gigi ketika usia kanak-kanak ni. Onie je menyesal, masa kecik-kecik onie takut nak jumpa dr.gigi. Bila besar baru terhegeh nak jaga gigi T_T
ReplyDeleteMemang kenalar jaga kesihatan gigi sejak dari kecil lagi kan? Kalau tidak paya mereka lain kali besar nanti.
ReplyDeleteMacam best je, rasa nak try pula :)
ReplyDeleteBerus gigi boleh disambung dengan aplikasi blutooth? Fuyohh teknologi sekarang ni. Zaman kita dulu cuma nurse datang sekolah ajar cara berus gigi yang betul tepi longkang je. Bagus lah teknologi macam ni untuk anak2 sekarang!
ReplyDeleteFuyooo teknologi sekarang ni.. Macam2 kan.. Guna bluetooth ni macam baru dengar ja.. Kita masih pakai berus gigi biasa tu ja utk anak2🤣
ReplyDelete