Kempen Super Brand Day Kolaborasi Nestle Bersama Shopee

Kempen Nestle Super Brand Day merupakan kolaborasi pertama antara Nestle dan Shopee. Ianya bakal berlangsung di platform e-dagang Shopee bermula dari 25 sehingga 31 Mac 2019. Apa yang menarik, pengguna boleh mendapatkan produk-produk hebat daripada Nestle dengan harga yang cukup berbaloi.

Antara yang bakal mencuri perhatian pelanggan adalah produk NESCAFE Cold Brew merupakan produk terbaru daripada Nestle dan ianya dilancarkan secara esklusif menerusi platform e-dagang. Selain itu terdapat juga poduk MAGGI Pedas Giler yang ditawarkan dalam 3 perisa pedas iaitu Ayam Bakar, Tom Yummz dan Seafood Berapi. Terdapat juga Granola Protein MILO yang kaya dengan khasiat protein, kalsium dna juga zat besi yang tinggi, MILO bijirin penuh dan Nestle JUSTMILK Strawberi.

"E-Dagang membuka peluang yang luas dalam menjana pertumbuhan, menggiatkan inovasi dan mendekati pelanggan dengan cara baru dan lebih menarik. Nestle sememangnya bertekad untuk memuaskan hati pengguna dan mempelopori inovasi dalam usahanya meningkatkan kualiti dan menyumbang kepada masa depan yang lebih sihat. Kami sangat gembira kerana berpeluang menganjurkan Nestle Super Brand Day yang pertama kali di Shopee dan menjanjikan "pengalaman membeli-belah pertama kali" yang sangat menarik kepada semua pelanggan didalam talian Shopee Malaysia"
En. Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestle Malaysia


"Nestle Super Brand Day" di Shopee membuka lembaran baru yang sangat penting kepada kedua-dua industri. Dengan usaha pemasaran bersama Nestle dan Shopee akan dapat meningkatkan pendedahan dan pengukuhan kedudukan jualan di atas talian jenama Nestle. Tambahan lagi, Nestle Super Brand Day diadakan secara serentak dengan 27.3 Shopee Mega Sale (Jualan Mega Shopee 27.3), secara tidak langsung Nestle boleh mendapat peningkatan pelanggan menerusi kempen ini"
En. Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee


 Antara produk Nestle di bawah siri Nescafe yang sering mendapar permintaan yang tinggi daripada pelanggan. Saya juga berpeluang mencuba sendiri inovasi produk terkini Nestle iaitu NESCAFE Cold Brew stik yang merupakan kopi cold brew (bancuhan sejuk) segar yang pertama di Malaysia. Kopi ini diproses menggunakan teknik khas. Ianya dihasilkan daripada biji kopi Colombia terbaik dan dibru dengan proses perlahan menggnakan air sejuk. Dan ianya menghasilkan perisa kopi yang sangat unik dan 'smooth'.

Produk Nestle terkini yang pastinya mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia. Kaya dengan khasiat, berkualiti tinggi dengan harga yang cukup berpatutan.

So, jangan lupa dapatkan semua produk ini di Shopee bersempena dengan kempen Nestle Super Brand Day yerpp!

Layari https://shopee.com.my/nestlesbd untuk merebut pelbagai tawaran hebat dan menarik :-)
Kempen Super Brand Day Kolaborasi Nestle Bersama Shopee Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 21, 2019 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.