Koleksi Tudung dan Shawl Dari Bidadari House Memang Da'Bomb!

Memilih fabrik yang selesa dan berkualiti memang menjadi syarat utama saya dalam membuat keputusan membeli tudung. Ini kerana kebiasannya saya memakai tudung seharian (dari awal pagi sehinggalah lewat petang). Jadi saya kena pastikan ianya benar-benar selesa dan sesuai dengan jiwa saya.



Dan antara jenama tudung/shawl yang sentiasa menjadi pilihan saya ialah jenama Bidadari House. Produk lokal ini diusahakan oleh pengusaha tempatan yang begitu prihatin dengan kehendak dan keperluan muslimah dalam penggayaan tudung.

Terdapat pelbagai jenis kategori koleksi yang ditawarkan antaranya seperti AKEL, Bawal BASIC, Premium, Signature dan banyak lagi. Apa yang penting laman sesawang BIDADARI HOUSE adalah sentiasa dikemaskini dengan koleksi terkini dan menarik. Terdapat juga koleksi yang kita boleh membuat pre-order terlebih dahulu bagi memastikan tudung/shawl baru yang ditawarkan dapat dimiliki.

Antara 3 koleksi tudung dan shawl yang telah saya miliki dari jenama Bidadari House seperti:-

  • AYLA Shawl Premium
  • Akel Plain
  • Bawal Cotton Turki

'Wanita itu bidadari syurga dan dunia buat suaminya'....

Sebab saya sentiasa terkejar-kejar dengan masa setiap pagi, saya memang suka memakai tudung bawal yang mudah dibentuk dengan ikatan tudung yang paling mudah. Biarpun 'simple' tetap nampak klasik :-)

Material: 100% polyester (Quality Turkish Chiffon)
Size: Bidang 50 (120cmx120cm)

Material sangat lembut dan tidak licin. Mudah sangat dibentuk di bahagian permukaan wajah. Nak buat 'drape' di bahagian tepi tudung pun amat mudah kerana kainnya tidak terlalu keras mahupun terlalu lembut. Lihat sahaja pada jahitan tepi memang sangat kemas dan terperinci. 


Psssttt fabrik materialnya sangat senang nak gosok. Memang terbaik!!!

Antara warna yang ditawarkan didalam koleksi AKEL Plain. Terdapat 32 warna baru ada ditawarkan tau. Memang rambang mata hendak memilih.



Jom lihat tutorial 3 jenis gayaan tudung bawal AKEL Plain dari saya. Senang dan tidak mengambil masa yang lama.
Ini adalah gayaan tudung yang saya gemari terutama untuk keluar bertemu janji dengan rakan.


Untuk keluar berjalan santai bersama anak kecil, saya suka menggayakan tudung seperti ini.

'Jangan pernah takut untuk bermimpi kerana mimpi boleh menjadi realiti'...

Saya memang seorang yang sangat ringkas dan sederhana. Bagi saya 'less is more', dapat lihat dengan gayaan tudung saya dari Bawal Cotton Turki ini.

Material: 100% cotton (Quality Turkish Cotton)
Size: Bidang 50 (120cmx120cm)

Materialnya adalah kain cotton dengan bidang agak besar. Sesuai untuk muslimah yang mahukan bahagian depan dada ditutupi sepenuhnya dengan kain tudung. Kainnya tidak terlalu tebal mahupun nipis dan senang untuk digayakan.


Seperti AKEL Plain, tudung Bawal Cotton Turki juga menawarkan pelbagai warna menarik. Jadi sangat mudah untuk kita membuat pilihan terutamanya jika hendak padankan dengan koleksi warna baju yang kita sedia ada.


Antara gayaan tudung Bawal Cotton Turki yang saya suka gayakan.
Paling best! Tudung ini tidak memerlukan kita menggunakan bnanyak pin (less pin) sebab ianya dari kain cotton.


'Wanita perlu bijak dan menjadi diri sendiri serta mampu memberi manfaat kepada orang lain'

Kita kadang-kadang perlu menjadi wanita yang berani. Samada berani mengubah nasib diri dan keluarga, berani bersuara tetapi beradab dan berani menjadi diri sendiri. Saya suka menggayakan tudung untuk menampakkan saya seorang yang berjiwa idealistik dan mampu ke depan. Seorang wanita yang sanggup menerima risiko dalam setiap keputusan berani yang dibuatnya.

Material: Quality Turkish Satin
Size: 120cmx120cm


 Yesza!!! Feveret saya adalah sentiasa shawl. Ini kerana bagi saya shawl senang untuk digayakan terutama dibahagian drap tepi dan atas tudung.


 Material untuk koleksi AYLA Shawl Premium ini adalah dari Turki. Warna dan material memang cantik dan terbaik. Harganya pun cukup murah dan menarik. Nak tahu harga dan promo kenalah layari laman sawang Bidadari House ya!






 Ada jenis gayaan yang saya suka menggunakan koleksi shawl dari AYLA Shawl Premium. Sennag nak bentuk. Memanng bahagian depan tudung sangat 'on-point' jadi kita tak perlu risau jika menggayakan apa jenis gayaan kerana ianya tetap kekal cantik dan terletak.



So, korang ada berita baik untuk semua. Untuk pembaca blog saya kalau nak beli mana-mana koleksi tudung/shawl dari Bidadari House boleh dapat potongan harga 10%  (ini tidak termasuk kos penghantaran) dengan hanya masukkan KOD PROMO : bidadari-ayu10

Dan kod promo ini adalah sah laku bermula daripada 1 April sehingga 30 April 2019.

Jom korang shopping! Raya nak dekat ni. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Dapatkan diskaun sebanyak 10%


Keterangan lanjut boleh layari :-

Segala pertanyaan juga boleh email kepada:-
sales@bidadarihouse.com

#BidadariHouse 
#AYLAShawlPremium 
#AKELPlain
#BawalCottonTurki 
#BHctss
Koleksi Tudung dan Shawl Dari Bidadari House Memang Da'Bomb! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 29, 2019 Rating: 5

20 comments:

  1. pakai tudung shawl/bawal ni sure mcm bidadari rupanya kan..hihi
    belum pernah beli kat bidadari house ni..tengok kaler2 dia pun lawa juga..bolehlah beli tuk pakai raya nanti

    ReplyDelete
  2. cantikya Ayu! It's nice to know BIDADARI HOUSE offers so many types from AKEL, Bawal BASIC, Premium, Signature and others. You look good in everyone of it

    ReplyDelete
  3. wow so stylish and has many colors to choose from. Glad you sharing here can let friends know as they love shopping tudung too.

    ReplyDelete
  4. Tudung bawal tu macam senang digayakan. I paling tak reti kalau nak gayakan tudung satin. Selalu tak elok je. Hehe....Tengok elok je u pakai bawal pulak tu bidang dia besar 50 kan?...boleh tutup apa2 yang patut.

    ReplyDelete
  5. suka tengok ayu gayakan semua tudung ni, macam-macam style, cantik je. tudung bawal memang evergreen, sampai sekarang pun masih cantik untuk dipakai

    ReplyDelete
  6. Bila tengok kak ayu berpossing tu kalah lofa wakakaka bukan main sukanya dia. Tudung ni orang perempuan suka lah bergaya tambah-tambah nak raya nanti heheheh mesti kena ada semua warna nak padan dengan baju kan...

    ReplyDelete
  7. Terserlah kejelitaan uols - bertambah jelita tau dengan tudung nan indah nie. Banyak pilihan warnanya dan Rawlins terus tertarik pada skim warna biru haha

    ReplyDelete
  8. Wowww sesekali tengk ayu bergaya macam ni terus terserlah keayuan gitu..dah macam biddari pulak sis tengok..hehehe. Cantik color2 dia, kalau tunjuk gan kakak2 sis ni sure dia suka ni

    ReplyDelete
  9. Aawwww.... Sesekali ayu bergaya. Amboi... Terserlah keayuan mu!
    Cantik laaa. Nampak keselesaan pada material nya. Mudah bentuk, warna pun cecantik. Suka plain gini, senang nak match ngam baju.
    Siap ada promo code lagi. Kurlasss..

    ReplyDelete
  10. Teruja jap tengok video tu.
    Sebab kita suka tengok orang buat tutorial. Hehe
    Nampak lembut je kainnya.
    Maksudnya mudah nak dibentukkan..
    Kita ada masa suka juga berbawal.
    Kecuali kalau tahap dah tak sempat bersiap, capai je apa yang boleh. Hehe

    ReplyDelete
  11. Banyaknya pilihan warna dia. Dah lah warna dia cantik cantik belaka. Ni yang gatal tangan nak beli jugak. Bukan sebab nak pakai sangat tapi sebab warna cantik hahahahha

    ReplyDelete
  12. wooo hijab ya nampak cantik color choice pun banyak kualiti fabric pun bagus!

    ReplyDelete
  13. Kemas jahitan tudung dia. Pilihan warna dia pun banyak and cantik. Iza tudung bawal xberapa snagat. Tapi nasib baik la dia ada shawl jugak. Boleh la tinjau2 nanti kot2 ada warna yang berkenan di hati. Boleh buat pakai raya nanti ke kan? Heheh

    ReplyDelete
  14. amboihhh lawanya dia...belum raya dah bergaya....thanks bagi idea naaaa...nama pun sedap, bolehlah berrangan jadi bidadari sama

    ReplyDelete
  15. so many colours to choose from.. u looks great on it.. fabulous!

    ReplyDelete
  16. Wow..banyak rupanya koleksi tdung bidadari house ye.. Wawa dulu suka pakai yg akel.. Mmg fav tudung.. Pulak mmg jenis pakai tdung bidang bdsr skit dr yg standard... Banyak juga pilihan warna yg disediakan ea..

    ReplyDelete
  17. wah banyak juga jenis dan pilihan warna tu. Boleh lah beli siap2 untuk koleksi raya nanti. bergaya habislah kan nanti.

    ReplyDelete
  18. Eh model tu kawan kittew! Nasib tudung ni labuh. Walaupun kita ni pakai tudung ada xda je labuh tu. Tapi still prefer bidang luas. Tak risau kalau angin tiup kan.

    ReplyDelete
  19. Wah!! Banyak pilihan warna tudung.. Kain nmpk lembut n selesa d pakai. Boleh la AM beli 3 kaler.. Nak melaram d hari lebaran nnti

    ReplyDelete
  20. u looks so pretty wearing ur tudung... great to hv so many choices of colours to choose from..

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.