Mengamalkan Kehidupan Yang Sihat Di Taman Bersama Guardian

Saya selalu inginkan menjalani aktiviti seperti ini. Setiap pagi apabila dapat berjalan-jalan di taman yang cantik, beriadah serta bersenam ringkas dan diakhiri dengan berpikinik sambil bertukar cerita dengan teman-teman.

Apabila saya menerima undangan dari pihak Guardian Malaysia untuk menyertai A SPECIAL HEALTHY BEAUTY OUTING IN THE PARK haruslah tidak saya lepaskan. Apatah program diadakan di waktu pagi di Lake Garden Kuala Lumpur. Yang lebih mengujakan saya adalah kehadiran Asia’s Top Fitness Celebrity di Youtube iaitu Miss Joanna Soh.
Makanan piknik semuanya adalah menu yang sihat. Ada buahan, kekacang, roti, air oren + epal dan banyak lagi. Apa yang penting bukan sahaja pilihan makanan piknik ini sihat bahkan rasanya pun sedap dan mengenyangkan. Sesuai untuk majlis santai seperti ini.

Kami memulakan senaman ringkas yang diberi tunjuk ajar oleh Miss Joanna Soh. Dengan persekitaran yang begitu dekat dengan alam semulajadi memang terasa kelainan bla melakukan aktiviti senaman di sini.
Sangat relaks! Dan senaman ini sememangnya bagus untuk dipraktikkan setiap hari. Saya sendiri terasa kurang rasa tekanan dalam diri dengan melakukan senaman seperti ini. Kebiasannya kehidupan saya memang havoc dengan kerja-kerja rumah tapi bila dapat bersenam biarpun sekejap memang ianya satu terapi.

Part ni paling best! Ses bertukar cerita dan kongsi pengalaman. banyak yang saya belajar melalui perkongsian dari rakan-rakan yang menyertai. Antaranya seperti:-

1. Kita kena percaya dengan diri sendiri. Sentiasa positif dan untuk menjadi lebih baik dan kita kena cuba mulakan dulu. Contohnya jika kita taksub dengan makanan yang tinggi lemak seperti chips dan sebagainya, kita kena ajar diri kita untuk STOP makan makanan tersebut.

2. Jangan berhenti dari melakukan perkara yang sihat dan konsisten dengan diri kita. Jika dulu kita seorang yang aktif bersenam dan menjaga kesiahatan. Kita kena teruskan. Rugi untuk diri kita yang sentiasa mahukan menjadi sihat tiba2 dengan berhenti kita boleh jatuh sakit dan sebaliknya. Life is too short. Jangan sia-siakannya.

3. Setiap orang ada sejarahnya sendiri. Satu masa dulu kita mungkin agak gemuk dan berisi. Tetapi satu hari kita boleh mengubahnya. Mungkin menjadi lebih kurus dan sihat. Kena tahu cara diet yang betul.

4. Sentiasa kena 'happy' dengan apa yang kita buat. Jika dah minat biarpun kita berada di puncak kejayaan kerjaya tetapi ianya tidak memberikn kegembiraan dalam diri, kita kena ubah dan ikut rasa hati yang boleh memberikan keseronokan dan kebahagian (satisfaction).

5. Jangan pernah 'give-up' untuk sesuatu perkara yang baik

6. Terus konsisten mengamalkan hidup yang sihat. Bukan untuk diri sendiri tapi untuk keluarga dan orang-orang tersayang. Bila kita sihat, kita boleh sentiasa bersama mereka sehingga ke hujung nyawa.

Huhuhu..It shoul be my 'me time' on that day. Tapi kena heret budak kecik ni sekali. Apapun it's fruitful session. Banyak yang saya belajar dan kongsikan di acara yang ringkas namun padat dengan aktiviti yang best dan menarik!

Tq Guardian Malaysia. Janagn serik untuk jemput saya lagi ya! Heheheeh
Mengamalkan Kehidupan Yang Sihat Di Taman Bersama Guardian Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 26, 2019 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.