Permainan VR dan Simulasi Yang Menyeronokkan di Future Land Fun Zone di Sunway Piramid
Permainan interaktif 'virtual reality' sememangnya menjadi trend pada hari ini. Permainan yang lebih mencabar sekaligus menguji kecekapan kita mengendalikan sesuatu misi. Baru-baru ini saya dan anak-anak cukup bertuah kerana dapat mencuba pelbagai VR Games, VR Rides, Motion Theaters dan 360 degree simulators di Future Land Fun Zone Sunway Piramid. Sememangnya ianya menguji keberanian diri betul!
Pertama kali saya tiba di sini, memang agak teruja. Begitu "WOW" dengan kerlipan lampu neon yang meghiasi di segenap ruang kawasan permainan. Oh ya! Lokasi Future Land Fun Zone terletak betul-betul bersebelahan dengan Sunway Megalanes (pusat bowling) di Sunway Piramid tau.
Terdapat 6 permainan yang ditawarkan di sini (setakat entri ditulis). Hmmmm, Pasti akan ada penambahan permainan pada masa akan datang. Walaupun hanya 6 sahaja tetapi ianya sudah memberi kepuasan 'to the max' buat anak-anak saya, Bayangkan kami berada di sini lebih daripada 1 jam dan dapat nikmati semua permainan di sini dengan penuh keterujaan. (Lepas tu penat mak dia menjerit ajak balik, hahahaha).
1. Fighter Jet Simulator
Permainan ini sangat direkomenkan untuk mereka yang berani sahaja. Hahahaha. Sebab ianya adalah simulasi membawa jet kapal perang. Pusingan pembalikan kapal terbang perang agak laju juga. Tapi memang seronok bila melihat anak saya Afiq yang memang bercita-cita menjadi juruterbang mengendalikan simulasi jet pejuang ini. Seolah beliau sedang berjuang di udara. Ececece,
Simulator ini memerlukan kita membawa kapal terbang dan pada yang sama perlu menembak kapal terbang musuh. Nama pun jet pejuang kan!
Bersungguh-sungguh Afiq bermain permainan ini.
2. VR Skateboard
Permainan ini memerlukan kita untuk duduk di atas alatan seperti skateboard dan perlu memakai alatan VR
Jangan risau permainan ini selamat dan menyeronokkan!
3. VR Family
Hanya permainan ini sahaja boleh dimainkan secara ramai-ramai. Namun ianya adalah terhad sehingga 6 orang. Setiap pemain perlulah memakai alatan VR.
Selain itu ianya juga dilengkapi dengan tali pinggang keselamatan. Ini bagi memastikan setiap pemain berasa selamat sepanjang pergerakan aktiviti berlangsung.
Oh ya! Ianya adalah permainan roller coaster. Tapi lebih seronok kerana ianya disertai ramai orang dalam satu-satu masa.
4. EXO Jet Simulator
Dalam banyak-banyak permainan di sini, ini adalah feveret saya. Serius! Tengok anak-anak saya beria main sakan bergelak tawa mampu menarik perhatian ramai pengunjung berhenti dan menonton mereka bermain.
Permainan interaktif seperti 'online games' tetapi kepuasannya terletak kepada peralatan yang digunakan. Apatah lagi ianya simulator yang mampu bergerak sehingga 360 darjah. Memang mencabar dan perlukan daya fokus yang tinggi juga tau sebenarnya.
Ini adalah kerana setiap misi memerlukan teknik untuk mendapatkan mata tertinggi. Dan permainan ini perlu bermain 2 orang. Kiranya masing-masing mencabar antara satu sama lain.
Gambate!!!
5. VR Interactive
Kalau memang dah amatur, memang kita akan perhatikan pemain akan menari sambil bermain permainan ini. Menggunakan teknologi VR pemain perlu menghayun mengikut arahan dan saya perhatikan ianya juga didatangkan bersama muziknya yang best!
6. VR Car Simulator
Terdapat Galatic Cafe di sini yang membolehkan pengunjung berehat dan menikmati minuman samada panas atau sejuk. Terdapat air dalam tin, latte dan pelbagai lagi.
Ini adalah harga tiket yang ditawarkan untuk setiap permainan.
📌 F1.20, Sunway Pyramid (bersebelahan Sunway Megalanes)
⏰ 10:00am - 10:00pm (dibuka setiap hari)
☎ Untuk pertanyaan, temapahan acara dan parti boleh hubungi ke talian : +6 012-606 7550
Permainan VR dan Simulasi Yang Menyeronokkan di Future Land Fun Zone di Sunway Piramid
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
March 05, 2019
Rating:
Memang best sangat.. Teruja tau main yanng pusing2 tu.. Hehehe..rasa nak datang semula.. Bagus kat sini budak2 boleh main.. Fariza enjoy habis
ReplyDeleteok nampak memang seronok sangat nih , tak jauh pun dengan rumah...nak bawak anak2 ke sini cuba aktiviti permainan yg baru ...takderlah asyik main cs go jer kat rumah ...cumanya risau diorang minta repeat sebab best jer...hehehehe
ReplyDeleteHeyyyyyyyy apasal pulak saya tak tau ni adaaaa kat Sunway. Selalu je pegi situ. Tak tau ada bendalah VR ni. Kalau tau dah lama pegi. Geram pulak nak main jet stimulator dgn VR surfboard tu. Ni kena pergi hujung minggu ni!
ReplyDeleteTeringin lak nak try permainan VR tu.. huhu.. kalau dapat try entah mana rupa kot TB masa tu.. hahahaha.. tengok orang bukan main suka dengan aktiviti game ni..
ReplyDeleteWahhh ni memang hi-tech playground untuk budakbudak ni. Seiring dengan zaman teknologi skrg. Nampak menarik sgt kalau bawak anak-anak main kat sini.
ReplyDeletedah lama teringin nak main game macam ni. asyik main ada ipad je kan? sekali sekala kita gabungkan teknologi dengan aktiviti fizikal
ReplyDeleteSA teringin nak main tapi maluuuuu...biasanya anak- anak muda yang in dengan mainan macam ni kan..kang mak- mak main apa plak rupanya..nampak seronok tu ha semua main..bagus aktiviti ni..say no to gadget please
ReplyDeleteAlahai bestnya..ni kalau bawa anak2 main ni dengan mak pak sekali mesti nak main sekali..cuti sekolah hujung bulan ni boleh laa try bawa mereka kesana..sekali sekala bg peluang mereka berhibur
ReplyDeleteAmboi best betul ni kak ayu. Lelaki memang suka permainan game virtual macam ni. Tengok yang family untuk game tu rasa best sebab boleh main ramai-ramai. Harga pun not bad.Boleh try nnti nie.hehehe
ReplyDeletewahhhh bestnya kalau dapat datang ke sini Kak Ayu. macam-macam ada dalam tempat nie yer. nie kalau bawak budak-budak mesti dorang suka. confirm rasa tak nak balik. nanti nak pergi jugaklah
ReplyDeleteSusah nak feedback bab game ni. Tetapi ianya experience yg bagus tuk sesiapa sahaja. new things to try.
ReplyDeleteBestnya kak. Kat sunway piramid ya. Nanti kalau bawak anak sedara ni mesti diorang suka.
ReplyDeleteKalau lah dekat dengan rumah saya. Saya dah pergi dah kak. Hahaha. Best giler bleh main VR camni. Mesti dah macam-macam game ada kan.
ReplyDeleteSyok ni kalau layan kat sini sebab siap bergerak lagi.. Dah mcm real je kan.. Kita ada yg VR punya vision tu tp xbrpe best sbb xde pergerakan mcm kt sini.. Ini kalau dpt ke sini mmg xnk balik..hehe
ReplyDeleteWah!! Menarik nie.. Ada jet stimulator dan car stimulator.. AM & anak2 suka sangat!! Boleh la cuti sekolah nnti bawa diaorg ke sini.. Mesti si adik suka sbb dia mmg suka jet fighther..
ReplyDeleteBest gila game VR ni, paling best kalau dapat tengok yang jenis macam roller coaster tu. Ibarat macam tengah main roller coaster terus,hahahhahaha...
ReplyDeleteNampaknya memang best lar tempat ini macam-macam ride ada walaupun kebanyakan adalah VR. Tentu ia merupakan pengalaman yang mengujakan. :)
ReplyDeleteDah lama tak kunjung sunway pyramid ni...hehehhe adalah aktiviti baru....selalu nak try VR tapi selalu takut nanti muntah sebab pening..hahahha
ReplyDeleteCanggih sekarang ni dgn future games seperti VR dan stimulator game yang membolehkan ank2 untuk explore dan merasainya dengan teknologi yang sedia ada dan makin canggih untuk masa hadapan.
ReplyDeleteWow.. Canggih gila kak.. Kalau kita kompem terjerit2 dah.. Dasar penakut sangat kan
ReplyDelete