Pusat Robotik Robothink Menyediakan Program Terbaik Untuk Anak
Pusat Robotik Robothink telah membuka cawangan pertamanya di Malaysia. Program edutainment yang berdasarkan silibus STEM ini sebenarnya berasal dari Amerika Syarikat berokjektif untuk memberi pengalaman pembelajaran kepada pelajar dalam menggunakan set robotik .
Cawangan pertama Robothink terletak di Centrepoint Bandar Utama dan dijangkakan akan membuka 50 lagi cawanagan Robothink di seluruh negara.
Saya sebenarnya berkesempatan membawa anak-anak untuk menyertai kelas percubaan di Robothink. Dan saya memang teruja untuk berkongsikan dengan semua pengalaman saya bersama anak ketika berada di sana. Anak saya diberi peluang untuk membina robot dalam pelbagai saiz, bentuk dan fungsi. Lebih menarik untuk setiap rekaan blok robot adalah hasil daripada kajian yang berterusan dalam mempertingkatkan keberkesanan proses penyelidikan.
Di pusat robotik ini juga kita akan dapat lihat susun dekorasi yang simple dan minimalis. Ianya memberi suasana pembelajaran yang sangat kondusif dan selesa. Kita akan dapat lihat hasil robot yang pernah dihasilkan oleh pelajar dahulu. Dan juga set-set pemasangan robot yang akan digunakan sepanjang pembelajarandi Robothink.
Banyak pilihan diberikan dalam set pembinaan robot untuk anak-anak. Dan ianya adalah bergantung kepada umur dan juga 'skil' pemasangan yang dimiliki setiap kanak-kanak. Ini kerana setiap potensi didalam diri kanak-kanak adalah berbeza.
Robothink menyediakan 3 program yang berbeza kepada mengikut tahap umur. Antara 3 program tersebut adalah:-
- Robothink Junior Programme
- Robothink Robotic Programme
Program khas untuk pelajar 8 tahun ke atas. Dalam program ini pelajar boleh memilih lebih daripada 100 model binaan dalam pelbagai bentuk, saiz, fungsi dan tahak kesukaran (cabaran). Pelajar tidak perlu membina sesuatu model lebih dari sekali.Terdapat 6 tahap dalam program ini dengan setiap satunya diisi dengan 12 topik pembelajaran.
- Robothink Coding Programme
Contohnya, robot bermain bola. Dan kita boleh bersaing dengan pihak lawan. Dan siapa yang lebih cekap mengendalikan robot ini ianya akan memberikan kejayaan sumbatan 'gol' ke pintu gawang pihak lawan.
Ini adalah pengujian terhadap robot dari segi kelajuan dan pergerakan. Ianya seperti "kereta remote control" tetapi sebenarnya adalah robot. Agak menarik kerana kita boleh memilih pergerakan dan aktiviti yang boleh dilakukan menggunakan perisian yang telah disetkan.
Dan sebenarnya ada tenaga pengajar yang akan membantu mereka sepanjang proses pembelajaran di sini. Namun anak-anak ini tetap dididik untuk berani memcuba dan tidak terlalu bergantung kepada orang lain. Sekaligus membina keyakinan dalam diri mereka.
Projek yang dihasilkan oleh Afiq dan Ameer. Setelah selesai membian robot mereka perlu menguji samada robot yang dipasang tersebut berfungsi dengan baik atau sebaliknya.
Dan ini adalah hasil pemasangan robot Amani. Biarpun agak lambat sedikit jika dibandingkan masa pemasangan Afiq dan Ameer, namun yang dibanggakan Amani mampu menyiapkannya sendiri. Sesuatu pencapaian yang boleh diberikan kredit untuk beliau yang pertama kali membina robot sendiri.
Ok kalau korang nak dapatkan maklumat lanjut mengenai Robothink boleh layari:-
XOXO;
Pusat Robotik Robothink Menyediakan Program Terbaik Untuk Anak
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
March 25, 2019
Rating:
wahhhhh. best. singgah sini.. nak follow tapi xtau mana button..
ReplyDeletewah.. menguji minda sangat ni kalau nak kena pasang pasang benda alah ni.
ReplyDeleteKalau kita la disuruh pasang, agak agak dapat hasilnya ke tidak.
Budak budak ni kreatif.
In shaa Allah uji dorang buat camtu, mesti boleh.
Menarik ni. Aneeq pulak memang suka benda benda robot robot ni. Kalau bagi die experience buat robot sendiri mesti die suka sangat
ReplyDeleteWah macam benda naru je untuk kanak-kanak. Beruntung lah budak zaman sekarang banyak benda menarik boleh cuba dan teroka. Kita dulu xde cam ni kan. Best juga tengok robot2 ni.
ReplyDeleteBagus lah ada tempat macam ni untuk anak-anak kecil belajar tentang teknologi yang makin digunakan sekarang dan memudah urusan kerja iaitu Robot. Jangan nak baut kerete terbang yang tak pasti tu wakakakakaka...
ReplyDeleteBagus ada pusat macam ni sangasangat bwrfaedah dan bagus untuk anak anak kita. Mereka boleh bermain, berseronok sambil belajar. Mengajar mereka lebih kreatif dan bijak. Sekarang ni banyak benda menarik yang anak anak kita boleh belajar dan nikmati. Jauh beza dengan zaman kita kan
ReplyDeleteMenarik dan bagus sangat . New things ni buat anak². Lagipun bagus buat anak² boleg guna motoskill mereka supaya lebih kreatif. Susunan dan deco robotic ni pon bagus. Menarik sangat. Nanti nak ajak suami bawa anak ke sinilah. Anak² kita membesar dlm zaman bebeza, jd kita kena ikut aliran hidup mereka tetapi dengan kawalan. InShaaAllah
ReplyDeleteHahaha, even though this is a learning program, sumbat me and my bf habis we will start collecting all the ones made by the children. Entahlah nak cakap collector punya niat pun ada hoarder pun ada. Anyways, I love how the kids can express themselves this way.
ReplyDeletesangat bagus untuk perkembangan otak anak-anak kan.Kita pun teringin nak bawa anak-anak ke sini.Mana tau boleh cungkil bakat mereka sedari kecil lagi...kat JB ada tak
ReplyDeletemenarik sangat tempat ni..fariza mesti suka kalau namapk ni..boleh buat dia berfikir nak selesaikan satu benda..pastu permainan robot dengan bergerak semua, siapa tak suka
ReplyDeleteAnak AM yg lelaki cukup suka segala bentuk yg berkaitan robot nie.. Kena bawa dia pegi nnti masa time cuti sekolah.. Mesti dia happy n enjoy pasang2 badan robot n bila dia berjaya memasangnya, riuh benor suaranya..
ReplyDeleteAnak AM yg lelaki cukup suka segala bentuk yg berkaitan robot nie.. Kena bawa dia pegi nnti masa time cuti sekolah.. Mesti dia happy n enjoy pasang2 badan robot n bila dia berjaya memasangnya, riuh benor suaranya..
ReplyDeleteAnak AM yg lelaki cukup suka segala bentuk yg berkaitan robot nie.. Kena bawa dia pegi nnti masa time cuti sekolah.. Mesti dia happy n enjoy pasang2 badan robot n bila dia berjaya memasangnya, riuh benor suaranya..
ReplyDeleteNampak menarik. Kanak-kanak mest suka. Boleh la saya suggest kat nephew and niece saya.
ReplyDeleteMenarik konsep RoboThink ni, dapat memupuk minat dan pemikiran kritis anak2 kecil ni. Pandai ank2 ayu :)
ReplyDeleteMenariknya program robothink ni. Bagus untuk perkembangan kanak2 sebab mmg fitrah kanak-kanak suka belajar sambil bermain
ReplyDelete