Jumpa Gambar Anaqi Masa Kecil, Kenangan Mengusik Jiwa

Saya ada sebuah rumah di Bandar Puncak Alam. Ianya merupakan rumah pertama saya dan suami. Sangat sentimental. Ini kerana ianya adalah rumah yang kami beria nak membeli kerana pada zaman itu hanya rumah di kawasan sana yang bertanah mampu dimiliki. Masa tu zaman masing-masing baru bekerja tengah survive untuk hidup selesa bersama anak-anak.

Dan sebabnya lokasinya terlalu jauh dari opis saya jadi kami sepakat untuk pindah berdekatan dengan tempat kerja. Kononnya rumah di Puncak Alam menjadi rumah hujung minggu. Namun akhirnya rumah itu tidak  langsung tidak dijenguk dan seumpama rumah peninggalan yang kami bayar bulanan secara saja-saja di bank.

Genap 10 tahun. Akhirnya pada awal bulan lepas, rumah itu telah disewakan kepada salah seorang kawan suami. Fuhhhh betapa leganya hati saya apabila suami mula terfikir untuk kemaskan rumah itu (buang segala kerusi meja yang tidak diperlukan). Dan pa;ong penting disewakan. Ini bagi memastikan ada orang menjaga rumah tersebut.

Hahahaha. Punyalah panjang mukadimah kannn..

Ok, sebenarnya dalam banyak barang-barang yang kami ambil sebab terlalu berharga adalah gambar-gambar lama. Sedih rasanya bila tengok gambar-gambar anak masa dulu. Zaman sekarang mungkin kita tidak rajin mencetak gambar tapi kalau dulu sebab ianya didalam filem haruslah dicetak.

Contohya gambar Anaqi masa beliau kecil :-)
Sekarang umur Anaqi sudah memasuki 18 tahun. Begitu cepatkan masa berlalu....

Adoihai...sebak lah pulak..

 Zaman play school. Anaqi ketika ini memang nampak chubby sikit. Suka makan. And suka bawa beg kereta warna merah. Dari kecil memang dah berdikari. Selalu kemas beg play school dia sendiri. Contoh masukkan 2 pasang baju dalam beg setiap hari. Tapi ada satu kisah yang memang saya tak dapat lupakan pada zaman umur dia 4 tahun. Balik sekolah, Anaqi berlari memberitahu saya "Mummy esok teacher pesan tak payah bawah spender dedet pegi school"....Hahahahahahahaha.... Dekat sebulan dedet dia tak hantar sampai pintu sekolah, hahahahahahahah.


 Ni zaman Anaqi masa 6 tahun. Rasanya award yang diterima hanya "Best attendance of the year"...Hahahahahah. Kiranya tak pernah ponteng sekolah jer, hahahahaha. Tapi ada juga kisah seram + kelakar masa Anaqi berusia 5 tahun. Pernah satu hari cikgu Anaqi call saya secara mengejut ketika saya sedang mengajar. Cikgu Anaqi memberitahu yang Anaqi telah menyumbat sesuatu dalam lubang hidung dia. So cikgu dia suspek butang baju sekolah. Terus saya ambil Anaqi dari sekolah bawa ke klinik dan telah dirujuk pada bahagian XRay.

Saya tanya Anaqi kenapa sumbat butang dalam hidung. Dia boleh jawab "Nak tahu boleh muat ke tak butang tu dalam lubang hidung"..Haishh Mujur tak ada perkara buruk berlaku. Tapi stress dan kelakar memang ada dalam satu masa. Siap naik ambulan klinik UIA lagi masa tu, hahahaha.

Ini masa Anaqi darjah 1. Selalu jadi model mummy untuk projek peraduan yang disertai oleh mummy. Zaman ni memang Anaqi sangat sporting untuk disuruh berposing. Kalau sekarang ni, haishhh jangan haraplah kan hahahahah

Ini gambar Anaqi masa darjah 5. Dah besar panjang. Masa ni badan Anaqi agak berisi jika dibandingkan sekarang memang jauh besar. Sekarang nampak lebih tegaplah dengan ketinggian dia hehehe. Walaupun dari kecil Anaqi personaliti sangat selamba, ada perangai ikut angin, sangat 'abang' (protective dan agak garang dengan adik2) tapi sebenarnya beliau ni sagat penyayang (hati tu penuh taman). Kalau kena marah, kuat juga merajuk Tapi bila mood dia OK, akan datang kat kita (mak ayah) duduk dan berbual dari hati. Sangat senang berkongsi cerita dengan Anaqi sebab beliau memang pendengar yang setia.


Ok,itu jer. Tiba2 terobek segala kenangan mengusik jiwa hehehe.
Jumpa Gambar Anaqi Masa Kecil, Kenangan Mengusik Jiwa Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 15, 2019 Rating: 5

19 comments:

  1. memang akan sebak bila teringat balik kenangan bersama anak2 kita..kenangan terindah kut..hari tu kami duk tengok gambar lama anak pertama..terus kami menangis..hubby tanya pasaipa haha..duk teringat anak masa keciklah..dah dah toksah duk teriak..tu pasal kalau tengok gambar anak2 ms kecil..hubby duk perli..dah muladah babak menangis mama kamu ni kihkihkih

    ReplyDelete
  2. Rasa seronokkan jumpa gambar anak masa kecik. Kenangan semua tuh kan. Nak nak zaman dulu penggunaan handphone tak berleluasa sangat. So memang snap gambar guna kamera dan kodak lah kan. Sekarang ni ramai dah guna handphone, kenalah cuci wat kenang kenangan. Takut pic dalam handphone hilang pulak kan

    ReplyDelete
  3. slm madam amboiii terobekk na! HAHAHHA lama x jengah ye hehe sihat ke tu? kt pun lama x jmp wakk ahhaha btw best attendance tu xle belah! bagosnya HAHAHHA btw SALAM PERKENALAN dari sy Suzai, jemputlahh ke blog sy www.sizzlingsuzai.com hehe :)

    ReplyDelete
  4. My children also like that. When young time, easier to ask them to post but now, sigh....

    ReplyDelete
  5. seronok bila melihat kenangan zaman terdahulu melalui gambar. saya dengan family jugak selalu tengok gambar2 lama untuk mengimbau kenangan zaman kecil. ada banyak gambar yg dicuci dan diletak dalam album. sekarang ni mcm dah tak cuci gambar dah, upload dkt Instagram je ;) nice sharing

    ReplyDelete
  6. Wahhh. Throwback terkenang zaman dulu. Rindunyaa. Follow blog saya , www.silverpinkhijab.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Seronok bila throwback zaman semasa kecil a.k.a childhood memories. Bila kita kenang balik rasa betapa pantas masa berlalu. Meh visit blog SR:
    http://www.syazaredzuu.com

    ReplyDelete
  8. Kira dah lama lah akak memang jadi kaki kontest ni kan. Sebab dari darjah satu anaqi kene jadi model konetst akak hehehhe

    ReplyDelete
  9. wahhh throwback yerrrr , memang kelakar bab spender tu....tapi skrg ai masih print gambar sebab saudara mara kalau dtg rumah diorang mesti nak tengok gambar raya tahun lepas punya...nak tak nak kena gi hantar print ....simpan sini semua kenanagan mengusik jiwa tu yer...besar nanti dia boleh baca ..eh dah besar pun kan ...hahahaha

    ReplyDelete
  10. Mmg indah bila kenang blk masa silam anak2.. Bab spender dedet tue mmg lawak.. Hahaha.. Camna la boleh termasuk sekali kan? AM kalu citer bab anak confirm panjang blog nie.. Mcm karenah macam peristiwa..

    ReplyDelete
  11. This was beautifully written, I enjoyed reading the memories you had with Anaqi, memories like that will last forever.

    ReplyDelete
  12. Nasib suami fikir untuk disewa kan kak..ada la rumah tu dijaga orang..adalah akk sekeluarga tambah income sikit. Alahaii bambam dia sekarang hensem boy, tegap..hehehe..kenangan sungguh ni kak..lawak la masuk butang dekat lubang hidung

    ReplyDelete
  13. Bila tengok balik gambar-gambar anak memang sebak dibuatnya. Macam2 kenangan akan datang. Macam sis memang simpan dalam kotak dan takut nak usik..takut menitik air mata dan takut rindukan zaman tu. Alllau..tulis ni pun rasa dah nak menitik dah airmata ni

    ReplyDelete
  14. lama betul gambar dia tu. Legend gambar keping-keping gitu. Sekarang dah susah orang nak simpan gambar macam ni. Selalunya digital je. Paling kuat pun print buat photobook.

    ReplyDelete
  15. Wah betul2 menggamit kenangan kan.. Dpt imbas semula anak2 masa kcil.. Bestnya ada anak yg dh besar skrg... Zmn dulu ada bgusnya kan ada kodak utk simpan gmbr..

    ReplyDelete
  16. Akak ni memang kememeh asal tengok gambor kenangan anak2 masa kecik ngalir airmata sebab tu akak sorok album dalam kotak dan bawah katil hihi

    ReplyDelete
  17. Hehe mesti rasa sebak je ye tgk gambar2 lama dan mesti rasa macam ya allah cepatnya masa berlalu

    ReplyDelete
  18. Baca entri ni terasa alahai cepatnya masa berlalu. Cepat betul Abaqi membesar. Tetiba saya rasa tua dah, hahaha. Menggamit memori betul gambar gambar tu. Zaman sekarang takde dah gambar print out, semua dalam phone. Feel dia lain. Gambar camni lagi rare dan ada sentimental value

    ReplyDelete
  19. Wah.. Da besar ya.. Tgk2 dah 18 yo kan kak.. Saya anak2 kecik pun... Eh tgk2 anak da 6yo..sat ja rasa.. Xpuas nak gomol2 diorg ni... Cpt Sgt mbesar...

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.