Karnival Amal "Little Hands, Big Hearts" Anjuran Pra Sekolah Beaconhouse 2019
Karnival Amal Beaconhouse 2019 bertemakan "Little Hands, Big Hearts" telah berlangsung dengan meriah dan sukses pada hari Sabtu 27 April 2019 baru-baru ini. Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung. Selain itu terdapat juga jualan amal di mana kita boleh sumbangkan melalui pembelian kupon untuk menukarkan kepada makanan, bermain aktiviti di booth dan pelbagai lagi.
Kempen "Little Hands, Big Hearst" ini adalah gabungan daripada 8 buah Pra-Sekolah Beaconhouse di sekitar Lembah Klang Malaysia yang mana hasil kutipannya akan disalurkan kepada rawatan pesakit kanser kanak-kanak UMMC (University Malaya Medical Centre) dan WWF.
Nampak tak! Anak-anak sudah bersedia membuat persembahan pembukaan ketika majlis pelancaran karnival. Memang bersemangat mereka membuat persembahan, antaranya adalah menari mengikut rentak lagu K-Pop Blackpink :-)
Bagi saya sendiri, melihat kepada kesungguhan penglibatan antara guru, ibubapa dan pelajar-pelajar di sini dalam menjayakan karnival memang terbaik. Sepertimana yang dikatakan oleh Mr Mikel Liow (Senior Manager Early Years Education Beaconhouse), karnival ini juga sebenarnya bertujuan mendidik pelajar untuk memberi sumbangan kembali kepada masyarakat dan persekitaran.
Di kawasan kantin dijual pelbagai jenis hidangan antarabangsa yang enak-enak. Kita boleh dapatkan nuggets, nasi lemak, yong tau fu, rojak buah dan pelbagai lagi.
Macam-macam hidangan boleh dicuba. Dan ini adalah salah satu booth feveret anak-anak saya :-)
Bukan hanya bertumpu kepada makanan dan minuman sahaja, terdapat juga booth berunsurkan pendidikan yang mampu menarik minat anak-anak untuk belajar dan mencuba sesuatu yang baru,
Setiap booth ada kelainannya. Dan pastinya anak-anak akan teruja untuk pergi setiap booth untuk membuat aktiviti yang disediakan.
Ada cabutan bertuah juga tau!
Bersungguh-sungguh anak saya menyertai aktiviti di sini. Ada pelbagai booth permainan yang kita boleh pilih dan cuba. Bagi setiap tugasan yang berjaya kita akan mendapat cop dari booth tersebut.
Boleh tebus pelbagai jenis barangan di sini. Semuanya menarik tau!
Moga karnival seperti ini diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang :-)
Karnival Amal "Little Hands, Big Hearts" Anjuran Pra Sekolah Beaconhouse 2019
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
April 29, 2019
Rating:
Bagus sangat event macam ni. Memupuk kesedaran kepada anak², ibu bapa dan masyarakat. Pesakit kanser memang memerlukan sokongan daripada semua ntk melawan sakit mereka. Bagis para guru yg menjayakan program ini dengan gabungan 8 sekolah. Aktiviti pon menarik. Redemption chop tu best kumpul. Hehhee
ReplyDeletehahah kak mmg gigih kumpul stamp tu kak byk! rajin la hai tp mmg bdk2 suka buat bnde2 ni hehe i kn sllau jg teman ank2 buah i tu hehe
ReplyDeletebestnya aktiviti macam nie Kak Ayu. mesti budak-budak tu lagi suka dan seronok. seronok kumpul2 cop macam tu. nak banyak cop kena usaha. hadiah lucky draw dia pon boleh tahan ya. nak joinlah next time. nak bawak anak buah
ReplyDeletewahh menarik sgt even ni..sambil2 tu boleh menderma..anak2 sukalah aktiviti mcm ni..ada makan2..ada kreativiti..yg telur tu so cute..ada tanaman dlm tu ye..hihi seronoklah event ni happening sgt
ReplyDeleteBanyaknya aktiviti....hebat betul guru dan ibu bapa yang terlibat.
ReplyDeletewah bagusnya join event2 macam ni! berguna utk anak didik kelak. sambil berbakti gitu.comel-comelnya dorang alahai teringat zaman mengajar dlu
ReplyDeleteBagus ada pendedahan macam ni since small. Bagus they all buat event camni . Very interactive and educational for kids. Yang best dapat makan street food.
ReplyDeleteBagus kempen2 macam ni , memupuk kesedaran dan membantu yg mwmerlukan
ReplyDeletewah hati rasa gembira tengok karnival dan program amal seperti ini. seperti bak kata pepatah, kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan. semoga anak anak yang menghidap kanser akan diberikan kesembuhan dan seterusnya kesihatan yang berpanjangan.
ReplyDeletebebudak memang gigih sangat la benda aktiviti mcm ni.. lelagi yang dapat hadiah.. tq share.. lain kali kami nak join jugak!
ReplyDeleteBest pulak bawak budak budak main dekat karnival macam ni. yang hadiah tu macam tak kisah sangat la kan. yang tang buat aktiviti dengan anak anak tu yang best. siap main main dapat cop semua tu
ReplyDeleteBest nya program sebegini. Kita suka pegi terutama bila melibatkan anak-anak. Depa seronok sakan join event macam ni. Sambil tu kesedaran tentang kanser akan memberi pendedahan buat anak-anak. Sambil main, belajar dan explore benda baru. Cop cop fun seyhhh... Sapa rajin cepat penuh!
ReplyDeleteBagus ada program macam ini. Create awareness among kids. My nephews studying at beaconhouse too.
ReplyDeleteWaaaah.. Bestnyaaaa..
ReplyDeleteMeriah sungguh.. Siap ada cabutan bertuah lagi.
Tu yang buat lagi syok join tu..
Kalau ada event macam ni kat sini, teringin nak turut sama..
Bagusnya event macam ni. Bagi pendedahan pada masyarakat dan anak-anak. Dapat kita saling tolong menolong sambil bergembira.
ReplyDeleteBagusnya ada program macam ni.. karnival yang bertujuan untuk mengutip derma untuk disalurkan kepada rawatan pesakit kanser kanak-kanak UMMC (University Malaya Medical Centre) dan WWF.
ReplyDeleteComeyyyy nyaaa bebudak tuuu. Suka tengok bebudak aktif ikut aktiviti amal macam ni. Kena lah pupuk dari kecik kan.
ReplyDeleteBagus la bila anak anak dipupuk dari awal dengan aktiviti aktiviti sebegini kan? Atleast bila dah besar anak2 akan lebih prihatin
ReplyDeleteSeronoknya event macam ni. Bukan anak anak je happy, parents pun boleh join Happy, hahahaha. Terbaiklah kumpul stamps then dapat tebus hadiah. Meriah nampak. Event macam ni best sebab dapat expose anak anak dengan aktiviti luar
ReplyDeleteSeronok karnival cam ni..anak2 happy kita pun happy tgok diorg happy. Dalam mas yg sama dpt beri kesedaran dlm diri anak2 dlm kerja2 amal cam ni
ReplyDelete