Koleksi Adryssa Atelier X Serina RTW, Rekaan Esklusif Untuk Semua Saiz Badan

Selesa dipakai semua bangsa
Anggun klasik sentuhan seni
Koleksi Adryssa memikat jiwa
Taburan manik indah sekali
Cantik digaya di hari raya
Lambang budaya terserlah pekerti


Berpeluang menghadiri ke majlis pengenalan koleksi pakaian bersempena Lebaran 2019 dari Adryssa Atelier X Serina RTW memberi pengalaman cukup manis buat saya. Melihat kepada keindahan pakaian yang ditampilkan terutama dari segi rekaan dan fabrik, meletakkan jenama fesyen ini setaraf dengan jenama gah yang sedia ada di pasaran.

Kebanyakan koleksi dari Adryssa Atelier diinpirasikan daripada baju melayu tradisional. Bak kata pepatah lama tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan, itulah fesyen baju melayu tradisi walaupun melalui pelbagai inovasi namun ianya tetap menjadi inspirasi dalam setiap rekaan. Ini kerana baju rekaan ini sentiasa mendapat permintaan :-)

Bertemu dengan pemilik jenama Adryssa Atelier iaitu Encik Norman Anwar. Beliau orang kuat dalam setiap rekaan fesyen, pemilihan fabrik dan juga aksesori hiasan di atas pakaian. Seorang yang sangat bercita-cita tinggi dan kreatif dalam menghasilkan sesuatu.

Saya cukup teruja melihat kepada aura Serina Redzuan yang begitu semangat dalam memperkembangkan minatnya dalam bisnes. Jika dulu pemilik susuk badan ini bukan hanya mempunyai perniagaan makanan, kini beliau menapak ke satu lagi bidang iaitu fesyen.

Ini juga antara hasrat Serina yang inginkan lebih banyak pilihan pakaian 'ready-to-wear' untuk mereka yang bersaiz besar XL sehinggalah 4XL. Kolaborasi antara pihak Adryssa dan Serina akhirnya dapat menghasilkan koleksi pakaian yang cukup menarik, 'up-to-date' dan paling penting ianya ditawarkan pada harga yang cukup berpatutan.

Sepanjang acara pertunjukan fesyen, kami bukan hanya dapat mencuci mata melihat rekaan pakaian terkini dari Adryssa bahkan kami juga telah dihiburkan dengan nyanyian secara live oleh 3 penyanyi jemputan yang hebat.

Penyanyi Ezlynn yang juga merupakan salah seorang rakan baik Serina turut hadir sebagai tetamu jemputan dan beliau juga berbesar hati menyampaikan lagu terbarunya iaitu Goyang. Kemantapan vokal tidak dapat dipertikaikan lagi dan penyanyi genit bersuara lantang ini telah membuat persembahan pembukaan. 

Kenalkan Laila Sania yang baru berusia 17 tahun. Saya memang nampak potensi adik ini kerana beliau berjaya membawakan 3 buah lagu dengan baik. Sangat terhibur dengan persembahan dan Laila Sania antara pelapis penyanyi muda yang bakal mewarnai industri seni tanah air.

Finally persembahan yang sangat dinantikan oleh semua iaitu nyanyian dari Sharifah Zarina. Menyampaikan lagu Langit Ke Tujuh, lagu yang cukup 'legend' pastinya sangat ditunggu oleh tetamu yang hadir. Seperti Ezlynn, Puan Sharifah Zarina juga antara artis yang begitu rapat dengan Serina Redzuan. Kiranya mereka hadir ke majlis ini selain untuk menghiburkan tetamu ianya juga sebagai tanda sokongan kepada rakan baik mereka sendiri.

Dan suka untuk saya kenalkan 5 koleksi terbaik dari Adryssa Atelier X Serina RTW iaitu:-

1. Sakura Fall
2. Warisan
3. Andalusia
4. Azalea & Eridalea
5. Adryssa Luxe

Setiap koleksi tersedia eksklusif hanya 14 pasang sahaja dan bermula dari saiz S ke 4XL. Kebanyakan harga pakaian adalah bermula dari RM439 sepasang.


Koleksi Sakura
Koleksi ini adalah inspirasi daripada fesyen Asia dan Timur. Ini terutama kita dapat lihat kebanyakan adalah potongan kurung moden dan juga terdapat rekaan leher seperti pakaian cheongsam. Didatangkan dengan pelbagai pilihan warna yang menarik yang boleh kita pilih. Harga setiap koleksi pakaian ini adalah diantara RM199 sehingga RM439.




Koleksi Azalea Regal berwarna biru ini memang cantik!

Simple yet elegant!

Ini adalah rekaan yang memang mencuri hati saya. Sangat lembuk fabriknya dan sebenarnya jika kita menggayakan pakaian ini sudah tidak perlu dipdankan dengan apa-apa aksesori kerana corak di pakaian sudah menyerlah pemakaian si pemakai.


Koleksi Andalusia
Koleksi ini  adalah inspirasi daripada artifak dari kesenian Islam negara Sepanyol sewaktu zaman kerajaan Moor. Dengan menampilkan rekaan baju bersama taburan manik dan labuci yang diimport khas dari luar negara. Ianya juga adalah hasil buatan tangan yang direka dari inspirasi keindahan Kota Alhambra. Harga adalah bermula dari RM439 sehingga RM599






Nah! Mereka yang berbadan comel juga tidak akan kalah untuk bergaya. Dengan pelbagai rekaan menarik di Adryssa Atelier mampu memenuhi citarasa semua.


Koleksi Warisan
Seumpama 'perempuan melayu terakhir', kecantikan bukan hanya perlu diukur pada paras rupa bahkan lebih kepada kesopanan sesorang perempuan dalam menggayakan busana. Dan untuk koleksi Warisan, rekaan bajunya lebih kepada klasik seperti potongan pesak gantung. Terdapat 7 warna ditawarkan dan untuk setiap satu warna hanya 12 helai sahaja. Jadi ianya memang esklusif. Harga yang ditawarkan untuk setiap pakaian adalah RM439.





Koleksi Tun Fatimah yang sopan bergaya, sangat cantik dan selesa :-)


Sejuk mata memandang. Begitu manis dan santun dalam berpakaian. Memang ciri-ciri wanita melayu menjadi idaman.

Koleksi Azalea & Eridalea
Koleksi istimewa yang dibawakan oleh pemilik dan pereka fesyen di Adryssa Atelier. Kurung moden dengan perincian sulaman bunga dan manik di fabrik. Manik yang digunakan lebih berkualiti dan mahal. Memang cantik bila digayakan terutama di hari raya! Harga yang ditawarkan adalah diantara RM439 sehingga RM699.








Lihat sahaja keperincian manik yang dipasang pada bahagian bahu di salah satu rekaan baju. Memang sangat cantik dan kemas!


Koleksi Adryssa Luxe
Ini merupakan koleksi esklusif yang sesuai untuk majlis formal dan keraian tertentu. Setiap perincian di  kain adalah manik dan 'feathers'. Untuk menghasilkan setial pakaian didalam koleksi ini sebenarnya memang mengambil masa yang agak lama. Ini kerana perincian bukan hanya kepada pemilihan manik, bahkan tekstur dan pemilihan warna manik harus menepati aan bersesuaian dengan gabungan warna latar fabrik. Ini bagi memberi impak seri kilauan manik yang mampu menaikkan seri pada wajah pemakai.

Untuk koleksi ini kita boleh beli mahupun sewa. Harga adalah bermula dari RM1200 ianya bergantung  kepada rekaan pakaian. Dan kita boleh membuat ukuran khas untuk mendapatkan potongan yang tepat dalam setiap busana yang dipilih.





Memang cantik-cantikkan rekaan dari koleksi ini. Tampil mewah dan bergaya di majlis istimewa pastinya meninggalkan momen yang berharga :-)

Untuk rujukan semua ya!

****

Ini hanyalah sebahagian koleksi yang sempat saya kongsikan bersama korang. Ada banyak lagi pilihan koleksi dengan pelbagai warna yang boleh dipilih. Paling penting ianya adalah rekaan esklusif yang hanya menawarkan 14 helai sahaja untuk setiap rekaan. Dan saiznya bermula dari saiz S sehinggalah 4XL.

Untuk tempahan dan pembelian pakaian ianya akan mengambil masa 3 hari bekerja kecuali untuk koleksi Adryssa Luxe yang memerlukan tempoh masa 3 minggu. Ini adalah disebabkan kerja pengukuran, jahitan manik untuk koleksi ini mengambil masa agak lama kerana ianya memerlukan kerja jahitan yang lebih terperinci. 50% bayaran deposit dikenakan untuk tempahan ini.

Untuk melihat koleksi menarik boleh juga layari di:-
https://www.instagram.com/adryssaatelier/

Lawati ke butik dengan temujanji:-
Perles et Plumes Sdn. Bhd.
C-05-13, Colonial Loft, Empire City,
Jalan PJU 8/8,
Damansara Perdana

Untuk pembelian dan pertanyaan boleh juga terus hubungi ke no telefon dibawah ya!

Jom raya bersama Adryysa Atelier!!
Koleksi Adryssa Atelier X Serina RTW, Rekaan Esklusif Untuk Semua Saiz Badan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 03, 2019 Rating: 5

16 comments:

  1. haaaa nasib ada saiz org comel cam ai nih , suka ngan yg koleksi Tun Fatimah tu dengan yg baju biru koleksi Azalea Regal..berkenan sungguh ..

    nanti nak usha larr , harap harga mampu milik...

    ReplyDelete
  2. everything look very nice and I like your dress too. Nice fashion show, glad to share with friends as they wanna start shopping Raya soon. Love all the pics here!

    ReplyDelete
  3. Wow ! Cantiklah koleksi serina redzuan utk raya nie. Baguslah mengetengahkan corak manik dan bunga timbul dekat baju. Relaan yg simple tapi nampak mewah. Mesti tahun nie ramai memilih utk pakai sebegini. Nak shopping utk ibu lab nanti

    ReplyDelete
  4. wow the Adryssa Atelier X Serina RTW collections is so pretty! I love all the dresses I see here. Especially the pretty gowns, so elegant and nice!

    ReplyDelete
  5. Wah semua koleksi ni cantik..ada yang simple & elegant dan ada yang nampak mewah..semua warna pon ceria2 sesuai dengan citarasa saya. yang paling penting ada saiz S hingga XXXXL..jadi apa lagi..cepat2 grab sebab raya dah dekat ni

    ReplyDelete
  6. Menariknya kak..sebab ada utk semua size jadi tak susah la nak cari baju raya kat sini ek

    ReplyDelete
  7. Ingat tadi kak Ayu yang jadi model tu posse sana hehehe tapi rekaan baju mereka cantik dan unik kalau pakai mesti akan jadi perhatian ramai sebab susah nak dapat exclusive sangat tengok...

    ReplyDelete
  8. Cantik betullah rekaan dia. Nampak mewah dn sopan. Bolehlah melaram raya kan. Kalau sis sure baju yg berbadan comel tu..hehehe

    ReplyDelete
  9. Semua koleksi baju raya cantik cantik. Tapi paling suka koleksi baju sakura tuhlah. Leher ala ala cheongsam ganung dengan baju tradisi melayu. Memang saya suka. Memandangkan saya belum beli baju raya lagi, sedang eloklah usha koleksi baju raya yang ada. Kalau berkenan terus grab tak payah tunggu kan

    ReplyDelete
  10. Wah.cantik2 koleksi Adryssa Atelier X Serina RTW dan ada semua said, baguslah xpyh pening kepala nk cari saiz besar

    ReplyDelete
  11. unique and lovely design... luxury and great one... i guess it's like modern raya costume..

    ReplyDelete
  12. Sangat cantik dan elegen. Saya pun nak pakai macam ini. Kena beli sepasang juga.

    ReplyDelete
  13. I am loving the exclusive line up from Adryssa Luxe and the Sakura Collection. Love the whole glamorous vibe from Adryssa and Asian vibe on the sakura collection.

    ReplyDelete
  14. was looking through your blog again as forgot which post is it of fashion. and this is it, yeah showing my friends as they lack of internet access. They love the fashion clothing pics you taken!

    ReplyDelete
  15. wah.. nampak cantik dan menarik semua collection design2 baju dan dress yang ada.. geram pulak TB tengok.. nampak eksklusif semuanya..

    ReplyDelete
  16. Semua koleksi Adryssa ni cantik dan saya sebagai plus size sangat happy! Lepas ni boleh la berbaju raya cantik-cantik. Suka koleksi Luxe tu akak. Tapi untuk pakai majlis biasa-biasa, saya suka Warisan tu kak. Hehehe

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.