Koleksi Deko Marseille dari Avon | Estetika Chic Mewah Nan Bersahaja Ala Gaya Perancis
Rumah itu ibarat syurga diri dan keluarga, saya sentiasa mahukan semua ahli keluarga rasa selamat dan selesa setiap kali berada didalam rumah. Jadi apa yang saya perlu buat bagi menjadikan rumah itu seperti syurga ialah dengan memberi suntikan kekemasan dan kecantikan yang mempunyai nilai estetika yang begitu dekat dengan jiwa :-)
Dan saya sentiasa melihat koleksi terbaru dari Avon terutamanya untuk koleksi deko untuk kempen Hari Raya. Untuk koleksi deko terbaru kali ini Avon memperkenalkan rangkaian dekorasi moden-chic ala Perancis iaitu Marseille Home Decor·Collection. Gaya tatarias chic bersahaja Perancis, dengan menampilkan bungaan Eropah ala lukisan cat air yang menawan, dilatari rona biru lambang hamparan laut pesisir pantai kota Marseille.
Dari koleksi langsir dengan hiasan begitu menyejukkan mata, ke set hidangan kaca opal donakrilik, sehinggalah set kamar tidur ternyata setiap barangan dicipta untuk menyempurnakan dominasi putih dalam tatarias.
Jika korang suka rumah mempunyai dekorasi popular ala Scandi? Bolehlah guna palet warna Marseille yang cukup mudah dipadan dengan hampir semua gaya tatarias!
Marseille
Romantisme penuh sofistikasi terserlah pada koleksi langsir, sarung bantal don alas meja Maraseille. Rangkaian ini dihiasi mawar, peoni, lavendar dan bungaan desa. Ianya juga diperbuat dari fabrik poli-jacquard yang tahan lasak. la lembut don selesa, namun tidak mudah terkesan.
DELICIOUX ... Set Kaea Opal & Akrilik Marseille
Sediakan hidangan membangkit selera dengan set hidangan 20-keping dari kaca opal nan mempesona yang dihiasi bungaan Marseille. Kemudian, kita pikat hati tetamu dengan set balang kuih, jug dan juga bekas minuman serta tempat alas kek dari akrilik ala Kristal.
DORMEZ BIEN ... Set Kamar Tidur Bujang, Ratu & Raja Marseille
Jom manjakan diri dalam lena yang indah dengan kemewahan set gebar dan cadar katil Marseille. Diperbuat dari fabrik serat mikro yang sangat selesa. Setiap set menampilkan rekaan unik agar semua kamar tidur kita akan tampil dengan nilai estetik tersendiri.
Jom nuansa musim bunga ala Bourgeois di kediaman kita bersempena dengan Aidilfitri tahun ini dengan Marseille Home Decor Collection, yang mana telahpun berada di pasaran pada 16 April 2019. Dapatkannya dari mana-mana Wakil Avon, Butik Kecantikan AVON atau shop.avon.my.
Dari koleksi langsir dengan hiasan begitu menyejukkan mata, ke set hidangan kaca opal donakrilik, sehinggalah set kamar tidur ternyata setiap barangan dicipta untuk menyempurnakan dominasi putih dalam tatarias.
Jika korang suka rumah mempunyai dekorasi popular ala Scandi? Bolehlah guna palet warna Marseille yang cukup mudah dipadan dengan hampir semua gaya tatarias!
Marseille
DELICIOUX ... Set Kaea Opal & Akrilik Marseille
DORMEZ BIEN ... Set Kamar Tidur Bujang, Ratu & Raja Marseille
Jom nuansa musim bunga ala Bourgeois di kediaman kita bersempena dengan Aidilfitri tahun ini dengan Marseille Home Decor Collection, yang mana telahpun berada di pasaran pada 16 April 2019. Dapatkannya dari mana-mana Wakil Avon, Butik Kecantikan AVON atau shop.avon.my.
Koleksi Deko Marseille dari Avon | Estetika Chic Mewah Nan Bersahaja Ala Gaya Perancis
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
April 17, 2019
Rating:
No comments:
Sharing is caring...