Starbucks Memperkenalkan Frappucino Terbaru Bersempena Dengan Musim Panas


Yuhuuuuu...seperti biasa setiap kali musim panas, Starbucks Malaysia pasti mengenalkan rangkaian minuman mereka yang terbaru. Dan kebiasannya minuman yang diperkenalkan adalah untuk satu tempoh masa tertentu.

Dan untuk musim panas kali ini 3 jenis minuman Frappucino telah diperkenalkan iaitu:- 

  • Triple Mocha Frappuccino® Blended Beverage
  • Dark Caramel Coffee Frappuccino® Blended Beverage
  • Mixed Berry Frappuccino® Blended Beverage with Pomegranate Pearls


Selain itu Starbucks turut memperkenalkan koleksi barangannya yang diinspirasikan daripada musim panas. Dengan sentuhan warna-warna ceria 'aloha', inspirasi kepulauan dan pokok tropika menjadikan koleksi terhad Starbucks ini begitu esklusif.

 
Starbucks juga mengumumkan kaloborasinya bersama jenama fesyen Vera Bradley untuk mengluarkan koleksi terhad yang cukup istimewa khas untuk pasaran Asia. Koleksi Starbucks® X Vera Bradley ini menawarkan bekas minuman yang dipenuhi warna ceria paisley dan rekaan bunga yang menyerlahkan tentang keyakinan dan bercita tinggi. Ini adalah sinonim dengan jenama Vera Bradley itu sendiri yang mengimbangi antara fungsi dan kecantikan, optimis dan kebahagiaan,  semangat dan ceria, menarik dan feminin. Dan koleksi ini boleh didapati bermula dari 16 April 2019 di Starbucks yang terpilih, terhad sehingga kehabisan stok.

Memang cantik dan menarik. Warna-warna lembut dan terang yang digunakan dalam setiap rekaan koleksi terhad dari Starbucks benar-benar mencuri perhatian saya.

Selain itu turut diperkenalkan adalah NEW Kopelani Blend, dengan rasa karamel dan kisaran biji kopi terbaik. Terdapat 2 varian iaitu:-



• Kati Kati Blend- Ramuan Kati Kati Blend diekstrak daripada citrus Africa. Kopi panggang yang diadun cukup sempurna, lembt dan kaya dengan rasa serta aroma.


• VIA Iced Coffee Blend- Kopi ais denan rasa citrus. Dengan sedikit sentuhan rasa gula tebu menjadikan ianya gabungan yang cukup sempurna. Ianya juga didatangkan dalam saiz VIA yang lebih praktikal dan mudah dibawa ke mana sahaja.

Koleksi musim pana sini ditawarkan pada harga bermula dari RM52. Manakala untuk koleksi Starbucks® X Vera Bradley bermula dari RM58 ke atas. Kopi  (whole beans) pula ditawarkan pada harga RM40.

Untuk keterangan lanjut boleh layari : www.starbucks.com.my.

Starbucks Memperkenalkan Frappucino Terbaru Bersempena Dengan Musim Panas Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 20, 2019 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.