Tiga Sebab Utama Kenapa Saya Suka Shopping Barang Basah di Segi Fresh
Antara tempat yang membahagiakan orang perempuan selain daripada kedai emas 916 adalah pasaraya ataupun pasar yang ada menawarkan pelbagai jenis sumber makanan yang segar, halal dan murah. Ini kerana kebanyakan misi hidup wanita yang mempunyai keluarga selain daripada mengemas dan membersih, memasak juga antara hobi yang tiba-tiba wujud dalam diri mereka.
Dan wanita hari ini saya percaya adalah sebahagian komuniti yang berpegang dengan prinsip 'jadilah pengguna yang bijak, manfaatnya yang banyak'...tibehhh masuk kempen kerajaan pulak, haishhh. Jadi saya sebagai wanita kelompok itu sentiasa mencari yang terbaik untuk keluarga saya. Antara pasaraya yang saya kerap kunjungi untuk membeli barangan keperluan rumah adalah Segi Fresh Market.
Ahah! Antara sebab asbab utama kenapa Segi Fresh Market sentiasa menjadi pilihan saya ialah:-
1. Kesegaran
2. Murah dan berbaloi
3. Keselesaan. Semuanya di bawah satu bumbung
Iyerrr... Meh saya kongsikan pengalaman saya ketika berbelanja di sini. Kenapa best sangat Segi Fresh Market di pandangan mata saya.
- Kesegaran produk bahan mentah.
Saya ni memang pantang kalau jumpa bahan masakan yang segar. Memang saya akan teruja nak membelinya. Sebabnya saya memang suka memasak di rumah. Nak bahagiakan perut ahli keluarga gitohh. Selalunya saya akan ke pasar borong. Bayangkan seawal 4 pagi, kami laki bini tinggal anak di rumah hanya untuk membeli barangan dapur yang segar-segar.
Tapi bila saya mula mengenali Segi Fresh Market dan berbelanja di situ, saya bandingkan kesegaran produk adalah sangat sama. Jadi kenapa perlu saya bersengkang mata bangun seawal pagi untuk mendapatkan produk berkualiti dan segar sedangkan d Segi Fresh Market kita boleh datang pada bila-bila masa di sebelah siang ataupun malam.
Saya memang kadang-kadang agak nampak 'over' ketika pilih buah tembikai.
Terdapat sumber makanan seperti sayuran hijau yang segar bugar seperti baru petik dari kebun. Begitu juga dengan buah-buahan yang banyak pilihan jenis. Semuanya seperti baru dikutip dari ladang. Dan juga daging merah dan ayam segar yang di sembelih secara halal dan paling mengujakan hidupan laut. Pilih sahaja ikan jenis apa yang kita mahukan hampir semuanya ada di jual di sini. Paling penting semuanya segar, seperti ikan ditangkap nelayan yang baru naik ke jeti.
Fresh dari kolam, ekeke
Kambing bakar anyone??
Bahagian-bahagian daging yang dijual berasingan, memudahkan kita memilih dan membuat keputusan.
Antara yang saya suka kongsikan dengan korang semua adalah telur dari jenama in house mereka sendiri iaitu Segi Fresh. Jika diamati telur tersebut memang fresh (keadaan telur yang masih ada bulu ayam dan sedikit kotoran) tanpa expired date hokeh! Memang kalau berbelanja biarpun hanya membeli telur, jika dapat yang betul-betul segar seperti baru di kutip dari reban itulah yang pasti menjadi pilihan kita. Betul tak? Agak 'rare' kerana kebanyakan di pasaraya besar tidak menawarkan telur segar seperti ini.
Lepas pilih telur sepapan, pekerja Segi Fresh Market akan tolong bungkuskan telur kita itu. Memang mudah nak kita bawa balik ke rumah nanti.
- Harga murah dan berbaloi. Boleh tepuk dahi tengok berkali-kali pada harga yang ditawarkan.
Memang tidak dinafikan setengah barangan makanan adalah dibawah harga kawalan. Namun apa yang saya suka di Segi Fresh Market, kebanyakan harga yang ditawarkan cukup berbaloi dan agak murah. Ini adalah melalui perbandingan harga yang biasa saya lakukan setiap kali berbelanja.
Yer awak, betapa bahagiakan wanita itu bila dapat beli 2 ekor ayam yang sedang-sedang besar pada harga RM14 sahaja...
Contohnya seperti ayam segar, saya boleh dapatkannya pada harga RM4.99 sekilo* . Begitu juga dengan harga telur untuk gred B, tidak melebihi RM10. Sila bandingkan dengan pasaraya lain, serius memang berbeza sangat.
Dan saya perhatikan untuk barangan dari label Segi Fresh harganya memang jauh lebih murah. Contohnya harga buahan yang sempat saya borong baru-baru ini. Untuk buah oren segar dalam RM5.90 untuk seplastik ada dalam (7-8 biji) begitu juga dengan buah epal. Dan ianya memang manis korang!! Biarpun murah, kualiti buahan tetap tip top.
- Semuanya di satu bumbung. Sangat selesa dan mudah terutama bagi ibu seperti saya yang setiap kali keluar shopping barangan keperluan rumah kena heret 5 anak.
"Convenient" is a must! Saya paling pantang nak cari barang dapur kena masuk lebih dua pasaraya. Gilo apo. Gegeh sangat berbelanja menghabiskan duit suami. Jadi bila saya datang Segi Fresh Market ni, memang sangat senang dan pantas dalam mebuat pencarian dan perbelanjaan. Maknanya misi mencari barangan memasak di rumah selesai untuk satu tempoh masa yang tidak lama. Sebab semuanya ada di sini.
Dan susunan serta perletakan barangan dapur agak mudah teratur. Sekali pandang sudah tahu mana tempat ikan, dimananya lokasi jagung mahupun telur ayam. Sebab ianya diletakkan didalam satu ruang yang luas, selesa dan di aras yang sama.
Bawang kat sini, serius murah!!!
Banyak giler pilihan udang kering dan ikan bilis. Rambang mata nak memilihnya :p
Oh ya! Di Segi Fresh Mart juga mempunyai barangan kering, barang penjagaan rumah dan badan juga. Bukannya semata-mata menjual barangan basah sahaja. Jadi, memang senang kita nak buat bajet perbelajaan rumah setiap kali keluar belanja sebab semuanya akan keluar didalam resit yang sama- Segi Fresh Market!
Buat peniaga, memang saya sarankan korang datang berbelanja di sini. Sebab rata-rata produk memang dijual pada harga borong. Memang penjimatan banyak melalui pembelian yang bijak!
Website : www.segifresh.com
Facebook : www.facebook.com/segifresh
Instagram : www.instagram.com/segifreshmarket
Dengan 32 cawangan di seluruh Malaysia, memberi kemudahan serta peluang untuk masyarakat Malaysia berkunjung dan berbelanja barangan rumah di Segi Fresh Market.
Tiga Sebab Utama Kenapa Saya Suka Shopping Barang Basah di Segi Fresh
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
April 22, 2019
Rating:
memang murah kak. kalo compare kedai biasa mmg segi harga dia paling murah.
ReplyDeletePerghhh...geramnya tengok rak sayur hijau tu...
ReplyDeleteamboi seronok nampaknya kak ayue pergi shopping barang dapur kat segi fresh ni. pernah sekali datang sini sebab beli barang barang kenduri memang murah amat compare hypermarket lain. sekarang nak dekat bulan puasa elok sangat datang beli barang nak masak buka puasa
ReplyDeletepenah sekali je pergi segi ni sbb dari rumah agak jauh tapi berbaloi la barangnya
ReplyDeleteSyoknya dpt shopping brg basah yg segar dan Myrah tu.. Sure rambang mata mcm2 nk beli kan.. Best2.. TQ share info tempt ni
ReplyDeleteKalau tempat shopping macam ni, murah, barangan basah segar dan selesa saya pun suka pergi kak. Mahu duk dalam tu lama lama.. pusing sana sini cari makanan basah untuk stok rumah kan. Dahlah murah segar pulak tu. Selalu yang murah ni dah tak segar sangat.
ReplyDeleteAmboi bestnya shopping sakan di segi. Kite memang selalu kesini pun sebab barang2 yang ditawarkan memang murah dan berbaloi. Ikan salmon, udang, sofong rata2 pada harga terndah. Hehehe. Nk shopping lagi lah minggu depan. hehehe
ReplyDeleteKalau dah emak-emak suri rumah cakap tempat tu best dan murah jangan nak nafikan lagi sebab kita tahu mereka lebih pakar tentang semua ini.. hehehe kita pun suka shopping kat sini banyak barang dan semua harga murah gilerr...
ReplyDeletewahh murahnya.kalau bwk mak saya ni mmg dia akan shopping gila2 kt sini haha bolehlah nnti nk bwk mak dtg sini bila dpt gaji nnti.;)
ReplyDeleteHarga barang dapur kat sini memang murah pun akak. Beberapa tahun lepas masa emi tinggal dengan akak emi kat sg besi, selalu jugak emi teman akak emi pergi beli barang dapir kat sini. Memang murah, lagi2 kalau jenis yang beli banyak sekaligus. Memang berbaloi.
ReplyDeleteLuez pun suka sgt klau dpt g pasar basah mcm segi freah ni.. dkt batu caves ni pun ada satu.. klau sayur2 tu mmg seronok sgt tgk.. fresh-fresh. Harga pun agak berpatutan dr pasaraya besar. Klau beli byk mcm tu raya nnt mmg segi fresh liez serbu.. sbb senang nak.cr semua bahan-bahan
ReplyDeleteNie bukan 3 sebab dah nie. Kalau saya, dh banyak sebab utk dtg membeli-belah di segi. Mcm2 ada dan produknya segar setiap hari. Harga pulak murah dan berbaloi. Mmg selalu aim pergi segi utk beli barang basah
ReplyDeleteSetuju awakkk! 3 sebab tu memang betul. Kita pun sama, kat kawasan rumah kita ada segi gak, suka shopping kat Segi. Semua ada. Murah dan segar.
ReplyDeletenanti nak bawak mak shopping kat sini la. Tapi tulah, jauh pulak Segi Fresh dengan Puncak Alam ni. Rasa macam nak duduk sebelah Segi Fresh je wak. Tengok harga-harga dia pun boleh tahan murah dan berbaloi.
ReplyDeleteWah murahnya harga ayam tu. Barang lain pun memang nampal fresh. Kalau Yang suka memasak mrmang pentingkan barang dapur yang fresh dan segar kan. Baru semangat nak masak.
ReplyDeleteBella suka intro entri ni. Hehe.
ReplyDeleteThis is the place for you to shop for groceries as well. :) I wish to visit this place one day. The vegetables and the fish look fresh.
ReplyDeleteKekadang ke over? Hahaha. Cam selalu je.
ReplyDeleteRawlins pun sejenis yang gembira tak terkira kalau jumpa pasaraya yang menjual fresh items. Terus nampak bilis sedia kopek tu! Bestnya nak menumis kan!
wah.. nampak segar bugar sayur-sayur dan buah-buahan nya.. ikan-ikan dan ayam pun nampak cantik.. alaa.. kat kl takde ke? nak survey dulu lah.. heheh.. nanti leh serbu.. buah2 tu murah sangat.. 7-8 bji baru rm5.90 camtu? nak piiii
ReplyDeletekat kawasan rumah kita pun ada SEgi fresh , suka jugak beli kat situ sebab boleh kata harganya agak murah, ada yang kurang fresh terutamanya bahagian lauk macam ikan dan ayam , harap pengurusan boleh alert bab itu...
ReplyDeleteWah banyak nyer choice barangan basah kat pasaraya ni, I pun nak singgah kalau nak borong.
ReplyDeleteBest yer dpt shopping barang basah kat segi nampak semua frsh...tapi nak pg sana jauhlah plk
ReplyDelete