Bob Rock Apparel Menawarkan Pelbagai Rekaan Baju Untuk Plus Size
Shopping is therapy! Terutama shopping baju, hiks. Tapi untuk mereka yang berbadan besar kadang-kadang memang stress untuk mendapatkan baju yang sesuai dengan saiz. Ini kebanyakan di pasaran banyak menawarkan baju potongan hanya sehingga XL. Tidak ada banyak rekaan yang mencakupi sehingga saiz 6XL. Ini menyebabkan mereka yang bertubuh besar terpaksa menempah baju mereka di kedai jahit dan ianya memakan kos yang agak tinggi.
Namun sebenarnya terdapat satu butik yang memang menawarkan pakaian 'ready made' untuk mereka yang bertubuh besar. Iaitu Butik Bob Rock Apparel yang terletak di Plaza Shah Alam yang telah mula beroperasi sejak tahun 2013. Menurut pemilik butik ini yang dikenali sebagai Puan Lily, beliau memulakan perniagaan pada awalnya dengan hanya menjual beg tangan rekaannya sahaja.
Dan Bon Rock Apparel merupakan produk kedua yang dijual memandangkan beliau merasakan perlunya ada butik yang menawarkan khas untuk mereka yang berbadan besar. Pada mulanya butik ini hanyalah memfokuskan pakaian khas untuk lelaki sahaja. Namun atas permintaan pelanggan setianya, beliau mula menjual pakaian untuk wanita bersaiz besar pada tahun 2016. Dan koleksi wanita adalah dibawah label Lovelily.
Memang terdapat banyak rekaan menarik dengan begitu banyak pilihan warna pakaian yang ada ditawarkan disini. Bagi saya sendiri harga yang ditawarkan cukup berpatutan juga. Tambahan pula, material yang diguna dalam setiap rekaan pakaian di sini adalah diimport khas daripada Bangkok.
Antara yang mencuri perhatian adalah baju kebarung ini. Dijual pada harga lelong RM99 bagi saya ianya memang cukup murah dan berbaloi. Bertambah cantik jika kita padankan bersama aksesori seperti dokoh.
Ini juga rekaan kegemaran saya. Walaupun kataya dari koleksi lama tetapi ianya tetap cantik. Harga yang ditawarkan adalah RM79 sahaja.
Ada pelbagai warna yang boleh terpilih. NAmun begitu koleksi ini hanya tinggal beberapa saiz dan warna sahaja.
Untuk mereka yang meminati rekaan kain lace. Bolehlah dapatkan pakaian ini. Siap ada kain lining didalamnya ya!
Dipadankan dengan kain bercorak batik, memang cantik.
Kain tidak jarang memang selesa untuk digaya.
Ini merupakan koleksi baju kurung melur. Rekaan baju bertemaan 'evergreen' yang tidak dilapuk zaman. Saya sangat suka dengan material yang digunakan iaitu cotton satin.
Untuk baju kurung Melur ini ada beberapa pilihan warna dengan rekaan corak bermotifkan bunga yang berlainan.
Jahitan baju dia memang sangat kemas.
Terdapat juga pakaian kasual dengan pelbagai rekaan yang cantik dan praktikal. Jika di pasaran biasanya baju kemeja/blouse untuk mereka yang plus size agak pendek tetapi di Bob Rock Apparel ada menawarkan yang jenis panjang dan labuh.
Salah satu pakaian kasual yang saya cuba dan memang berkenan!
Kain baju ini adalah dari chiffon. Dengan kepelbagaian warna memudahkan kita membuat pilihan. Sesuai untuk dipakai ke pejabat, keluar berjalan, bertemu rakan dan sebagainya.
Selain baju terdapat juga seluar panjang yang boleh dipilih seterusnya dipadankan dengan kemeja/blouse yang kita pilih.
Terdapat juga aksesesori seperti beg tangan, dokoh, kerongsang , skarf dan pelbagai lagi dijual di sini.
Pelanggan juga boleh mendapatkan baju melayu bersaiz besar di Bob Rock Apparel. Ditawarkan pada harga RM169 setiap satu.
Antara yang mendapat permintaan yang tinggi di sni adalah kurta. Kurta Adam Long Sleeve ini diual pada harga RM129 setiap satu.
Terdapat juga t-shirt dan seluar khakis samada panjang mahupun pendek dijual di sini.
Oh ya! Ada juga baju couple juga. Bolehlah pakai 'matching-machong' sedondon dengan pasangan masing-masing ya!
Terdapat juga tanjak yang boleh kita pilih di sini. Harga dalam RM80 setiap satu untuk material separuh songket. Manakala RM90 untuk material keseluruhan songket.
Bilik fitting juga ada disediakan untuk pelanggan yang ingin mencuba pakaian terlebih dahulu sebelum membuat keputusan pembelian.
Kini mereka yang berbadan besar juga boleh bergaya,
Dengan pelbagai pilihan pakaian menarik memenuhi citarasa,
Di Bob Rock Apparel semua jenis pakaian ada,
Harga berpatutan penjimatan berganda!
Untuk pembelian secara atas talian dari website, korang boleh gunakan kod RAYA19 untuk potongan sebanyak RM10 daripada jumlah keseluruhan pembelian. Memang berbaloi!
Untuk pembelian secara online, boleh dibuat di:-
https://www.bobrocklovelily.com.my/
Sosial Media Bob Rock Apparel:-
https://www.facebook.com/bobrockapparel/
https://www.instagram.com/bobrocklovelily/
Lot F15, Level 1,
Plaza Shah Alam (Plaza Masalam),
Jln Tengku Ampuan Zabedah E9/E,
40100 Shah Alam, Selangor.
+603 - 5513 3588 (Shop)
+6011 - 1009 1302 (Whatsapp HQ)
Bob Rock Apparel Menawarkan Pelbagai Rekaan Baju Untuk Plus Size
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
May 27, 2019
Rating:
Menarik la dia nyer koleksi kasual.
ReplyDeleteCadangnya next weekend nak jelajah SA, maka boleh la Rawlins jengah sekali kat sini, mana tau ada yang berkenan kan.
Eh, setahu saya kalau baju bersaiz XL ke atas memang mahal. Tapi tak sangka kat sini harga dia mampu milik dan designnya pun boleh tahan. Ada juga pilihan untuk lelaki dan perempuan. Memang recommended betul
ReplyDeleteJanji menutup aurat dengan sempurna. :)
ReplyDeleteWah akak bestnya la sekarang baju plusize pun ada. Haahaha. Dah tak perlu runsing lagi nak mencari pakaian sedondon ke, baju kasual ke, atau nak rekemen dekat sedara mara dan sahabat. ok jeee.
ReplyDeleteNot bad juga ye pilihan kat sini. bukan takat untuk baju raya, baju untuk casual pun ada. Ha, tu tanjak pun ada gak.. Saiz plak siap ada Plus size. Senang la nak cari baju untuk saya.. hehe..
ReplyDeletecantik-cantik jug abaju dekat sini..suka tgk baju melur kak ayu pakai..senang orng badan saiz besar cari baju dekat sini..siap ada jual handbag..cantik pulak tgk handbag tu
ReplyDeletemesti nak gi sini..mmg orang berbadan besar macam k mid nie susah cari baju..tengok kedai nie pun dekat dgn umah..bolelah shopping baju raya kat sini..tq sharing
ReplyDeletealhamdulillah sekarang makin banyak kedai pakaian yang menjual saiz untuk plus size. yelahh, selalu mereka yang berbadan comel terdiskriminasi. malang sekali, saiz xs untuk saya tak ada. hahahhaa
ReplyDeleteSenanglah kalau nak cari baju kat sini kan.. selalu memang baju plus size ni susah sikit nak cari.. so, boleh bookmark yang ni kot ada kawan-kawan yang mencari..
ReplyDeleteBagus juga bila ada butik yg sediakan baju jenis plus saiz nie.. Xder golongan yg cam AM nie rasa tersisih.. Yelah. Nak juga pakai baju yg kena pada saiz tapi cantik n meletop kan?? Hehehe..
ReplyDeleteBestnya Bob Rock Apparel ni ada pilihan untuk plus size sebab plus size memang susah sangat nak cari even online pun cepat habis. Dah la jahitan dia kemas, design pun cantik sangat. Boleh try usha ni
ReplyDeleteBanyak jugak baju menarik kat sini untuk plus saiz ya. Nampaknya memang kena serbu le nanti tempat ni, al maklum badan pun dah kena pakai baju plus saiz dah ni..hehehe
ReplyDeleteSeronoklah org yg ada plus size dah tak pening kepala nk cari baju raya lg
ReplyDeletekite pun shopping baju raya kat sini . sesuai sangat dengan kite yang size comel dengan rekaan terkini
ReplyDeleteA must have jumpsuit for popular Squid Game Fans all over the world with their favorite character Number patches as in web series.
ReplyDeletehttps://www.lycosgears.com/product/squid-game-tracksuit/
Wow nice one... The combination colors in these dresses are amazing... and the expression of your girl left me speechless. So cute... By the way, if you ever have time, please feel free to drop by (wellington demolition contractors),
ReplyDeleteI’m sure you’d be interested in some of our services. I was just thinking I should grab this chance to provide valuable information too.
I am so grateful for your blog. Really thank you! Really Cool.
ReplyDeleteSilk Robe Women