Cabaran Memasak California Raisins Raya Rasa Sayang
Ya ampun!!! Sudah lama rupanya cabaran ini telah berlangsung. Terlupa langsung nak hapdet, hakhak. Btw, ini adalah antara cabaran memasak yang saya sertai last minute dan ohsem. Sebabnya perancangan dalam masa yang sangat singkat terutama bersama ahli kumpulan tetapi tetap berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada kesepakatan ahli kumpulan Abanjers yang terdiri daripada Ruby, Zharief dan saya sendiri. Hehe.
Seramai 24 bloggers yang terdiri daripada 8 kumpulan semuanya telah bertarung untuk menghasilkan hidangan kreatif menggunakan Kismis California sebagai bahan utama masakan. Bertemakan "Raya Rasa Sayang" cabaran ini adalah antara lain untuk membangkitkan suasana mesra menerusi makanan sempena musim perayaan Aidilfitri. Sekaligus menunjukkan bahawa Kismis California ini bukan sahaja berkhasiat malah ia juga cukup sesuai dijadikan bahan utama dalam sajian makanan yang enak pada hari lebaran.
Masa yang diberikan adalah 1 jam sahaja. Kami telah bercadang untuk menghasilkan satu hidangan yang dinamakan "Ayam Masak Masam Manis Kerinduan Bersama Ketupat Penuh Kemaafan". Resepi mudah sahaja, cuma yang menariknya kami menggunakan kismis California yang direndam dan dikisar bagi menggantikan penggunaan gula merah dan asam. Ternyata pencaturan kami berjaya, kerana hasil hidangan memang sedap (puji diri sendiri, hehehe).
Sebenarnya banyak juga cabaran yang kami lalui sepanjang memasak. Antaranya ayam, masih dalam keadaan beku walaupun telah diletakkan dalam suhu bilik sejak awal pagi lagi. Ini menyukarkan kerja-kerja pemotongan ayam mengikut bentuk yang cantik. Selain itu, pengawalan bahan untuk memasak dalam kuantiti sedikit agak sukar bagi saya. Ini kerana saya sudah biasa memasak dalam kuantiti yang banyak. Namun semuanya dapat diatasi dengan lancar berkat kesabaran dan juga sebenarnya lebih kepada niat kami untuk seronok-seronok mencabar diri bersaing secara sihat bersama rakan blogger yang lain.
Tada!!!! Hasil masakan yang berjaya disiapkan. Mujur ada pinggan dari Ruby. Nampak menyerlah sedikit rupa hidangan, hakhak.
Sesi membijak di depan panel hakim. Hahaha. Tapi apa yang kami sampaikan itulah yang sepertimana yang dirancangkan. Sebab tema khas untuk kumpulan kami adalah "kemaafan". Jadi kami kaitkan tentang simboliknya hidangan itu dari segi rasa dan bagaimana rasa manis kismis itu menyatukan semua kepada kemaafan yang terindah. Fewittt.
Rasa nak terkucil jer masa suruh para panel hakim merasa masakan. Ya ampunnn..Sebabnya asyik terfikir tekak dah rasa OK bagaimana dengan rasa tekak orang lain kan, hehe.
Ke semua 8 hidangan yang dipertaruhkan memang menarik dan sedap-sedap. Memang agak sukar juga buat juri untuk membuat pemilihan pemenang sebenarnya.
Di kala menunggu keputusan daripada panel juri, kami sempat belajar beberapa resepi mudah daripada Chef Selebriti Ili Sulaiman. Antaranya ialah resepi "Beriani Ayam Kismis California" dan "Roti Sosej Masala Kismis California" yang menggunakan kismis California. Chef Ili turut berkongsi beberapa tips dalam penyediaan hidangan yang enak dan mudah.
Bersama pemenang utama yang lain. Tahniah diucapkan.
Dan pastinya kismis California sentiasa menjadi pilihan masyarakat Malaysia. Untuk maklumat dan ingin mengetahui pelbagai resepi California Raisins, boleh hubungi www.calraisins.org atau www.caraisins.com dan jangan lupa untuk follow Facebook @RACAsean.
Cabaran Memasak California Raisins Raya Rasa Sayang
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
May 22, 2019
Rating:
biasanya kismis saya makan macam tu je.. hee~ tak sangka boleh masak plebagai resepi..
ReplyDeletewahhh hebat kak! menang tu! mesti sedap omg kalau la dpt rasa hahaha pose plak tgk ni har, btw klu bg kismis mmg terpkir nk msk nasi myk je lahhh hahhaa
ReplyDeletePertandingan memasak memang makanan Ayu kan.
ReplyDeleteKalau Rawlins, memang menangis taktau nak buat apa.
And yes, pinggan tu cantik sungguh la.
woww congrats tauu berjaya menang pertandinrgan memasak dengan California Raisins nii! terror la tu dh mcm tgk masterchef pulak hehe kalau qeela tah cmnelaa nk kene masak smbil orang perati dgn pressure masa lagi haha. anyway nmpk sedap2 hidangan semua & cantik betul pinggan Kak Ruby tuu seronok pulak tgk haha. Qeela suka jugak raisins nii selain prune, seronok buat mengunyah jugak kan. Anyway congrats again!
ReplyDeleteWahh! Tahniah dapat tempat kedua! Tapi nama resipi tu memang unik betul - "Ayam Masak Masam Manis Kerinduan Bersama Ketupat Penuh Kemaafan".Haha. Nanti bolehlah share resipi masakan ni pula!
ReplyDeletewahhhh hebatnya jadi juara! Nama masakan pun unik! Kalau masuk ni conform mati kutu nak masak apa dalam masa sejam. Dengan limited bahan lagi, boleh menangis jadinya.
ReplyDeletewahhh..kreatifnya nama masakan...nampak sedap dan lain dari yang lain...kalau kita mesti panik tak tau nak masak apa..hehe..btw,tahniah sis
ReplyDeleteMenjadi satu pengalaman yang berharga kan.. hehe
ReplyDeleteTahniah ayu, rezeki berpihak pada ayu n the geng. Kami tak dak nasib..huhuhu. Next year nak cuba lagi lah, seronok pulak masuk tanding masak-masak ni
ReplyDeleteBestlah tengok ayu memasak..menang pulak tue..next year kalau ada peluang bole mencuba nie.
ReplyDeleteHebat group Abenjers.. ingat boleh selamatkan dunia je, rupanya pandai masak juga. hehe... apapun tahniah kak dapat tempat kedua. 1 jam masa nak masak kalau ikutkan cukup je tapi sebab nebes punya pasal, kelam kabut jugak.. haha
ReplyDeleteNampak menarik n sedap.. No Wonder la jadi pilihan juri. Tahniah kak ayu.. Teringin gak nak rasa masakan akak nnti..
ReplyDeleteMasakan makanan Raisin yang sedap dan berkhasiat. Mouse mommy pun nak belajar resipi masakan yang berkaitan dengan kismis jugak.
ReplyDeleteYa Allah akak, satu pengalaman bermakna. Dah lama tak join pertandingan. Hehehe. Terima kasih sudi jadi team mates Abanjers. Saya sangat bersyukur ada Zharif dan Kak Ayu. Terima kasih banyak-banyak.
ReplyDeletetahniah buat para pememnang ! satu pengalaman yg tak dapat dilupakan bergandingan bersama dengan jaguh masakan seperti kak ayu dan kak ruby. memang rezeki betul masa tu. tahun depan nak join lagi lah
ReplyDeleteBestnye aktiviti memasak. Saya tak pernah lagi gunakan raisin dalam masakan saya. Boleh try after this.
ReplyDeleteBestnya sis. Tahniah untuk para pemenang. Sangat kreatif ya dengan masakan masing2
ReplyDeleteUntil today I still love their raisins. Never stop using it when I'm baking my energy bar.
ReplyDelete