FORBIDDEN | Konfeksi Durian Pertama Di Malaysia Dihasilkan Melalui Inovasi dan Teknologi


Rasanya ramai dikalangan kita memang menyukai buah durian, raja buah yang sememangnya sangat popular. Dan Malaysia merupakan antara negara pengeluar durian terbaik di dunia. Menyedari tentang permintaan tinggi di atas buah durian setiap tahun, serta kesukarannya membawa raja buah ini di kawasan tertentu maka terhasil satu idea untuk menghasilkan konfeksi durian yang lebih praktikal dan mudah kita nikmatinya di mana sahaja. Untuk pengetahuan semuaa, konfeksi FORBIDDEN ini telah dihasilkan melalui inovasi serta teknologi tinggi oleh seorang chef daripada Malaysia. Beliau juga merupakan pakar seni kulinari pembuatan pastri Perancis yang telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa. Hebat bukan!!

 Menurut Mr Damien Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Sunny Food Sdn Bhd yang juga merupakan pemilik dan pengeluar konfeksi FORBIDDEN, produk yang dihasilkan didalam konfeksi FORBIDDEN ini adalah semuanya bahan-bahan terbaik TANPA sebarang perasa tambahan. Buah durian juga dipilih yang terbaik dari dusun di Raub Pahang yang sememangnya sangat terkenal dengan pengeluaran durian Musang King setiap tahun.

Projek penghasilan konfeksi durian FORBIDDEN ini juga adaalah hasil dari kerjasama bersama Syarikat SunnyHills jenama nenas yang mempunyai reputasi yang tinggi di Taiwan.


Dengan mempertengahkan konsep "Dari Ladang ke Bakeri", konfeksi durian FORBIDDEN CIGAR D24 dihasilkan menggunakan duarian terbaik D24. Saya juga tertarik dengan cara pembungkusannya yang tampil begitu esklusif dengan kotak dan beg istimewa. Ianya juga sesuai untuk dijadikan hadiah/buah tangan kepada rakan dan keluarga.

Untuk sebiji durian D24 bermutu tinggi ianya dapat menghasilkan dalam anggaran 50 rolls ini. Berbentuk seperti cigar, tetapi ianya adalah snek seperti 'egg roll' yang sememangnya cukup diminati dikalangan masyarakat Asia seperti negara Jepun dan Taiwan.

Apabila kita dekatkan konfeksi CIGAR D24 ini di hidung, memang ianya bau durian yang sangat harum. Dan apabila kita mengigitnya didalam mulut, memang ianya rapuh dan terus cair terasa seperti menikmati durian sebenar. Memang hebat inovasi konfeksi durian FORBIDDEN ini.

 Selain daripada konfeksi CIGAR D24, untuk masa terdekat ini juga jenama FORBIDDEN ini turut memperkenalkan MUSANG KING ROULADE. Apa yang menarik 'filing' nya dihasilkan 100 peratus isi durian king. Tiada tambahan perasa atau pewarna. Dan ianya juga dienak dinikmati dalam keadaan sejuk mahupun dalam suhu bilik.

Lapisan MUSANG KING ROULADE - Kek Pandan (di bahagian luar), kaya, telur dan di bahagian tengah adalah isi buah durian musang king.

Memang sedap dan terbaik rasa kek ini. Kiranya jika kita teringin menikmati buah durian hatta didalam kawasan larangan seperti bilik hotel dan sebagainya. Tidak lagi menjadi masalah. Ini kerana kek ini boleh dibawa masuk ke mana sahaja. Dan paling penting, ianya tetap mengekalkan rasa asli buah durian musnag king sebenar.


Kemampuan chef Malaysia mencipta sesuatu makanan yang sumbernya dari negara kita sendiri memang patut kita banggakan. Apatah lagi ianya dari raja buah yang sememangnya cukup popular bukan sahaja di kalangan masyarakat Asia bahkan satu dunia. Moga produk FORBIDDEN D24 Cigar dan Musang King Roll dapat diterima dan boleh pergi lebih jauh ke peringkat antarabangsa!

Keterangan lanjut boleh layari:
FORBIDDEN | Konfeksi Durian Pertama Di Malaysia Dihasilkan Melalui Inovasi dan Teknologi Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 31, 2019 Rating: 5

18 comments:

  1. aku bagi laki aku rasa, sedap wei dia cakap memang terasa duriannya lah

    ReplyDelete
  2. Alaamak.. Ni bagi peminat durian memang suka ni.. TB pun suka durian.. boleh la try cari dan rasa satu.. hehehe.. kalau sedap leh beli banyak-banyak.. amboih.. hantu durian ni .. hehehe

    ReplyDelete
  3. wahhhh, bagusnya ada produk yang menggunakan bahan asli, durian pun dari Raub, memang yakin kalau nak cuba ni. sedap je tengok kek durian tu

    ReplyDelete
  4. Waaahhh firstime kita tengok ada produk makanan yang macam ni hehehe pulak tu tak mengalah menggunakan isi Durian hehehehe memang berbaloi lah kalau dapat satu kotak tu sedapya...

    ReplyDelete
  5. Wah kek durian.. Mau tak suka.. Durian d24 pulak tu.. Wah kreatifla orangnya buat kek macam ni.. Mesti harganya boleh tahan kan.. Hehe

    ReplyDelete
  6. Waduhhh terlioq baca time ni. Memang sis suka makan durian..kalau teringin sgt nak makan durian tapi tak jumpa bolehlah kunyah2 n makan ni kan..atleast lps rindu :). Nak try gak lah nanti

    ReplyDelete
  7. Sedapnya. Tengok ini buat saya lapae terus. Saya pun nak try makan ini juga.

    ReplyDelete
  8. Nama FORBIDDEN adalah satu strategi marketing yang sangat on-point. Rawlins suka sebab mengundang misteri dan menggamit niat ramai untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

    Sayangnya, Rawlins tak makan durian. Haha.
    Tahniah pakar Malaysia kerana menghasilkan produk yang inovatif ini.

    ReplyDelete
  9. Adududu.. bikin air liur meleleh je tengok. Mesti sedap. Nasib baik bulan puasa iman kuat lagi. Tapi nampak menarik untuk dicuba. Kalau sedpa boleh promote kat saudara mara kan

    ReplyDelete
  10. Ya Allah sedapnya. Saya ni dah lah mmang kaki makan durian. Tak kisahlah durian ori atau durian yang dibuat jadi macam maam. Kalau sesetengah rang dieorang tak boleh nak makan durian selain daripada durian ori kan

    ReplyDelete
  11. baguslah produk ni..bsiapa2 yang tak suka durian should try this..manalah tahu anggapan diorg pasal durian ni mengerikan..bila rasa forbidden ni terus wow..sedap pulak bila baca bila gigit ranggup dan cair di mulut..perghh..mahal tak?

    ReplyDelete
  12. Nampak sedap betul roll and cigar durian tu. Menawan kalbu. Puasa-puasa macam ni terliur. Nak check out instagram diorang lah.

    ReplyDelete
  13. terus rasa nak beli buat oleh2 untuk bagi pada kawan2 yang tak pernah dapat merasa makan durian kat negara diorang ....ni kalau makan pastu ada kopi o panas memang lagi kawwwww

    ReplyDelete
  14. ya Allah rasa macam nak pergi beli je sekarang nie. kita nie dah lah hantu durian. pantang nampak makanan berasaskan durian, mesti nak cuba. makan2 nie sambil minum petang dengan teh panas2, dapp nya !

    ReplyDelete
  15. This one look so sedap and senang nak bagi sebagai buah tangan to others as well. I memang suka makan durian so can try out their products.

    ReplyDelete
  16. Bestnya akak. Bukan senang nak dapat durian dalam bentuk macam ni. hehehehe. saya suka love letter ni. sebab snacks ni fav saya.

    ReplyDelete
  17. Aduyai bestnya! Nina dah laaaa peminat durian. Depa buat gini memang bagus. Satu inovasi terkini seiring teknologi. Yang teringin mengidam ke senang laaa lrh cari ni aje kannnn

    ReplyDelete
  18. aduududu sedapnya durian, buat kek pula tu. Bole rasa lemak2 dan krim bersatu lembut. Ishhh puasa puasa haha

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.