Hidangan Hebat FESTIVE DELIGHT di Tony Roma's


Orang kata dengan makanan dapat menyatukan manusia. Tidak kira bangsa dan agama, tua mahupun muda.Dan bersempena dengan kedatangan bulan ramadhan tahun ini, Tony Roma's telah memperkenalkan set hidangan FESTIVE DELIGHT yang sememangnya cukup sempurna untuk dinikmati bersama ahli keluarga mahupun rakan-rakan.

Untuk tempoh masa yang terhad Tony Roma's telah memperkenalkan dua menu terbaru yang hebat iaitu 'Selera Iftar' dan 'Meriah Meal'. Kedua hidangan ini memang enak yang sememstinya mampu memberi kepuasan kepada setiap pelanggan yang menikmatinya.

Selera Iftar


Set ini sesuai untuk dinikmati antara 3-4 orang. Ianya mengandungi Lamb Ribs Roma Rack bersama sos honey plum, 1/2 ayam BBQ, Beef Riblet bersama sos original TR, coral mix salad, jagung, 2 baguette, 4 mashed potatoes atau nasi dan 4 sup (soup of the day). Harga untuk set ini adalah RM168.80 nett

Meriah Meal

Manakala untuk 'Meriah Meal' sesuai untuk 5 sehingga 6 orang. Ditawarkan Lamb Roma Rack bersama sos honey plum, 1/2 ayam BBQ, 2 Beef Riblet bersama sos original TR, coral mix salad bersama kickin' Shrimp, 3 roti baguette, 6 mashed potatoes atau nasi dan 6 sup (soup of the day). Dan harga untuk set ini adalah RM258.80 nett.

Selain itu terdapat juga menu hebat yang lain daripada set ayam BBQ seperti Sensational Serai BBQ 1/4 Chicken,Tempting Tomyum BBQ 1/4 Chicken dan TR Original BBQ 1/4 Chicken.

Sensational Serai BBQ 1/4 Chicken
1/4 Ayam BBQ yang telah digrill bersama sensational sos BBQ. Didatangkan bersama dengan jagung, coral salad dan nasi kuning atau mashed potatoes. Bagi yang meminati rasa autentik rempah dan herba tempatan pasti gemarkan set ini.

Tempting Tomyum BBQ 1/4 Chicken
1/4 ayam BBQ yang telah digrill bersama Tomyum BBQ sauce. Ianya juga didatangkan dengan jagung, coral salad dan nasi kuning ataupun mashed potatoes. Peminat tomyam pastinya akan memilih set menu ini. Dengan rasa kepedasan dan masam yang begitu 'kick' dan juga aroma memikat menjadikan hidangan ini begitu hebat.

Selain dari dua set hidangan ini terdapat juga set TR Original BBQ 1/4 Chicken. Ianya juga 1/4 ayam BBQ yang telah digrillkan bersama TR Original BBQ sauce, yang juga didatangkan bersama jagung, coral salad dan nasi kuning ataupun mashed potatoes. Kepada peminat sos asal TR pasti akan memilih set ini. Keaslian rasa sos yang menjadi trademark kepada kesedapan hidangan semua menu di Tony Roma's. 

Ke semua set ini ditawarkan pada harga RM30.90 nett sahaja.

Terdapat juga hidangan 'lamb' (kambing) yang boleh korang cuba iaitu Lamb Flatbread, Lamb Burger dan Lamb Pasta. Untuk Lamb Flatbread (berharga RM55 nett) ianya adalah flatbread yang sangat ranggup bersama topping kambing bakar (grilled lamb), keju Harvati yang telah dicairkan, crumbled blue cheese, wild mushroom, red peppers, chives dan cream horseradish sauce. Manakala Lamb Burger (berharga RM55 nett) adalah daging burger  kambing yang padat dan tebal isinya, dikapit dengan roti bersama keju, salad, tomato segar dan sos istimewa. Lamb Pasta (RM40.90 nett) pasti menjadi kegemaran kanak-kanak. Ianya didatangkan dengan sos marinara.

Setiap hidangan perlu dinikmati bersama dengan minuman istimewa, unik dan berwarna-warni yang ditawarkan untuk masa yang terhad dari Tony Roma's. Antaranya seperti Banana Slurpee, Blackcurrant Jelly Bandung, Mango Blackcurrant Jelly dan Very Strawberry Jelly. Minuman inovasi ini mampu memberi citarasa yang hebat dan pasti memikat selera khususnya masyarakat Asia. Harga yang ditawarkan adalah RM19.90.

Bagi pencuci mulut untuk promosi ramadhan kali ini Tony Roma's memperkenalkan Whippy Blackcurrant dan Whippy Berry yang berharga RM8.90 nett untuk setiap satu. Ianya didatangkan dengan fresh aromatic rosy cream.

Kesedapan yang tiada bandingan terutama daging ribs dan stik yang dimasak secara sempurna oleh chef-chef di Tony Roma's. Dengan pengenalan menu istimewa FESTIVE DELIGHT bersempena dengan bulan ramadhan sememangnya sangat dinantikan oleh semua peminat daging tegar.

Licin habis. Sedap teruk. Itu yang saya dapat gambarkan ketika menikmati hidangan di Tony Roma's.

Oh ya! Jika korang tidak berkesempatan untuk datang berbuka di restoran, korang boleh juga membuat pesanan melalui servis penghantaran makanan seperti Grab Food dan Honest Bee. Ini adalah satu cara yang dapat membantu mereka yang teringin menikmati Tony Roma's tetapi tidak mempunyai masa ke restoran untuk berbuka.

Jom ajak keluarga dan rakan berbuka,
Dengan menu FESTVE DELIGHT yang istimewa,
Enak tidak terkata,
Dari hidangan sempurna,
Memenuhi citarasa semua!
Hidangan Hebat FESTIVE DELIGHT di Tony Roma's Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 13, 2019 Rating: 5

16 comments:

  1. Wow sedapnya menu baru Tony Roma iaitu 'Selera Iftar' dan 'Meriah Meal'. Harga yang ditawarkan amat berpatutan dan sangat berbaloi. Mesti sedap ni..

    ReplyDelete
  2. Ini semua la ni kan...menggoda betul hidangan ramadhan tony romas ni...terus teringin

    ReplyDelete
  3. Tony Roma also do ramadan buka puasa package... interesting. so far yet try ny of the food yet. perhaps this round can bring supplier berbuka there

    ReplyDelete
  4. wahhh ! bolehlah nanti singgah tony romas utk berbuka puasa. sesekali tukar selera western pulak. mesti sedap. suka dengan hidangan tony romas sebab dagingnya sgt juizy dan tender

    ReplyDelete
  5. belum berpeluang lagi nak cuba hidangan kat TR, ada baucar lebih tak ? hahahaha ...geram tengok semua hidangan dia yang sedap terutamanya set steak ....

    ReplyDelete
  6. Aduyai... Nina belum pernah rasa Tony Romas. Tapi terliur kita nengok pilihan menu yang ada! Sesekali buka puasa western syok gak! Harga pun not bad. Kena bodek geng bawak belanja kita nanti...

    ReplyDelete
  7. Seriously terliur tengok taw sebab combination warna dan jugak presentation memang nampak perfect. Belum rasa lagi confirm jatuh hati. Sesuailah dengan nama meriah. Betol2 nampak meriahla boleh makan ramai. Hehe.

    ReplyDelete
  8. Makan dekat rony roma's memang best. Pernah makan dua kali dekat sini. First time dengan kakak kakak. Second time dengan husband. SO far memang terbaik menu dia

    ReplyDelete
  9. Salah satu tempat yang sis suka pergi kalau nak makan lamb ribs. Memang sedap gila. Ni dah ada promosi festive delight ni bolehlah terjah makan puas2..hehehe

    ReplyDelete
  10. Amboi sedapnya dia akak makan ehhh ada ker hari tu mcm tak perasan jer hehehehe.... Tapi kita memang suka makan kat Tony Roma's ni harga dan juga hidangan sangat berpatutan...

    ReplyDelete
  11. Alaaaa.. teringat pulak set meriah meal dia. Puas hati ooo.. Portion besar & memang cukup kalau nak makan 5-6 orang. InshaAllah ada rezeki nak repeat lagi la.. berbaloiiii

    ReplyDelete
  12. Tengok pinggan licin macamtu memang dah yakin betapa sedap menu dekat situ. Dah la menu banyak guna daging kambing, memang fav!

    ReplyDelete
  13. TR ni memang altime fav lièz. Menu diaorg mmg terbaik dan tak pernah mengcewakan. Klau bulan puasa dpt makan kat TR ni memang seronok sbb portion besar dan mengenyangkan.. anak-anak liez suka makan ribs..terliur pulak

    ReplyDelete
  14. The food looks very yummy. I always go Tony Roma's whenever I crave for meat. Always satisfying.

    ReplyDelete
  15. Iftar beramai2 di Tony Romas mmg Best nie.. Leh amik set yg meriah Meal tue.. Portion n harga berbaloi dgn rasa daging yg empuk n sedap.. AM suka menu di Tony Romas

    ReplyDelete
  16. Wa... dah lama i tak singgah Tony Romas. Now craving for their lamb ribs, nyummmms.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.