K-Food Fair di Isetan KLCC Kuala Lumpur
Annyeonghaseyo. Peminat makanan Korea pastinya teruja dengan adanya K-Food Fair yang berlangsung selama 15 hari iaitu bermula dari 1 Mei sehingga 15 Mei 2019 di Isetan KLCC. Pelbagai jenis hidangan yang ditawarkan pada harga cukup menarik. Bukan sahaja ditawarkan produk makanan terdapat juga produk penjagaan diri dan kecantikan.
Lihat sahaja pada harga yang ditawarkan di K-Food Fair, memang jauh murah daripada harga biasa dijual di pasaran tempatan. Kiranya memang berbaloi jika hendak memborong produk Korea di karnival ini.
Saya sendiri bila berada di mana-mana Karnival Makanan Korea, produk yang sentiasa menjadi buruan tentulah biskut Pepero. Biskut ini bukan sahaja menjadi kegemaran saya seorang bahkan seisi keluarga juga menggemarinya
Selain itu, antara produk yang harus didapatkan di sini adalah pek mee segera dari Korea. Terutama mee ramen.
Untuk jenama ini ada promosi lagi. Beli 2 pek pada harga RM30. Murahkan!
Terdapat pelbagai jenis mee segera dibawakan khas dari negara Korea. Bukan sahaja variasi pilihan perisa kita boleh pilih bahkan ada pelbagai jenama mee tersohor dari sana turut ditawarkan di karnival ini.
Ada promosi juga tau! Beli 2 PERCUMA 1..wahhh!!
Terdapat juga makanan sejuk beku yang memang menjadi kegemaran masyarakat Korea. Dan dikalangan masyarakat Malaysia ada juga yang menggemarinya. Contoh kimchi dumplings, smoked chicken dan pelbagai lagi.
Siapa suka fish cake istimewa dari Korea???
Antara produk yang mendapat perhatian adalah cuka buahan ini. Ianya enak dan boleh menyejukkan tubu h badan. Nak tambah dalam masakan pun boleh juga.
Ramai tau yang memborong pes kat sini.
Air minuman kegemaran saya dan keluarga. Memang kalau datang ke Karnival Makanan Korea, saya akan membeli beberapa pek. Ini terutama dengan kedatangan bulan ramadhan tidak lama jadi bolehlah saya buat stok untuk anak-anak bersahur.
Banyak juga pilihan minuman di sini tau. Dari air sparkling, buahan, soda, susu dan pelbagai lagi semuanya ada ditawarkan di sini.
Snek paling berkhasiat di abad ini, hiks. Kerepek seaweed!
Wah! Tak sangka Lee Dong Wook merupakan duta untuk untuk jenama produk ginseng ini.
Selain daripada produk makanan dan kesihatan, terdapat juga produk kecantikan serta penjagaan diri. Semuanya ada ditawarkan di K-Food Fair Isetan KLCC.
Produk kecantikan Miseoul dari Korea dihasilkan daripada ramuan semulajadi seperti aloe vera yang kita sedia maklum mempunyai khasiat yang tinggi.Produk ini bebas paraben, pewarna tiruan dan ianya sah selamat digunakan.
Dah alang-alang membeli-belah di sini, jangan lupa untuk sertai Cabutan Bertuah. Dapat hadiah tambahan lagi.
K-Food Fair di Isetan KLCC Kuala Lumpur
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
May 02, 2019
Rating:
waa seronoknya tengok mcm2 jenis dan pilihan ada kat K Food fair ni yea! rupanya beauty things pon ada jugak yea, ingatkan makanan je hehe. bestnyaa nanti nk pergi jugaklah tengok2 apa yg boleh diborong buat stock jugak nnti hehe.
ReplyDeletebestnya dapat shopping makanan K food di K Food fair ni..peminat2 makanan korea mesti happy dpt shopping kat sini..napelah takde buat kat penang ni..iols pun suka juga makanan korea..i am a kpop lover..blackpink in the area hahaha
ReplyDeleteWow bestnya kalau dapat pergi shopping makanan korea ni. Harga mee ramen nampak lebih murah di K food fair tu berbanding di pasaraya. Info yang sangat menarik kpd pengemar makanan korea.. We love korean food
ReplyDeleteBestnya. Kita nak cari Gochujang untuk buat ayam goreng korea ni. Boleh lah cari kat sini. Boleh borong yang lain sekali untuk ramadan ni
ReplyDeletesekarang ni makin mudah nak makan makanan korea kat malaysia. tak opayah dah travel pergi korea macam dulu-dulu. fans k-food mesti wajib datang shopping makanan kat sini. samyang tu mesti murah harga kan. besok jugak BBL pergi sana..
ReplyDeleteWaa, bestnya dapat cari makanan dan produk korea kat sini. Tak perlu nak gi sana dah kan. Syoknya adik dapat minum susu pisang tu. Memang sedap susu tu kan...
ReplyDeleterupanya bukan setakat ada makanan jer dekat situ, k beauty produk pon ada bestnye... Bolehlah singgah nanti banyak yg boleh dibeli nanti buat stok bln puasa he he he
ReplyDeletepenggemar makananan dan produk korea wajib terjah ni.. time nilah anda boleh pilih pelbagai jenis makanan. dan smuanya halal. bukan sekadar mee segera, produk penjagaan pun ada
ReplyDeletewa nice la so many selections from Korea there. I like their tea and banana milk too. it's time to restock there at ISETAN
ReplyDeleteAdik saya memang peminat makanan korea ni. Kalau saya share info ni dekat dia confirm dia laju laju terjah shopping kat sini. Banyak juga ye rangkaian produk korea ji. Macam macam ada. Ramen pun ada.
ReplyDeleteboleh giler tengok produk korea nih , rasa rindu tak hilang2 lagi...paling sedih masa balik beli gochujang kat sana terlupa letak dalam luggage terus tak dapat bawak balik malaysia sebab yg tu gochujang halal ..nanti nak cari kat sini jugaklah
ReplyDeletemakanan2 korea memang semakin dapat tempat di hati masyarakat kita. rata2 boleh terima dengan makanan mereka terutama sekali ramen dorg. tak dinafikan banyak makanan segera mereka yg sedap. tp harga sedikit mahal lah. nanti nak pergi jugaklah beli peppero tu
ReplyDeleteKorean fair dengan macam2 promosi menarik ni. Mesti ramai serbu ni. Yum... yum...
ReplyDeleteI saw this that day too!! Wanna visit but I couldn't make time!! Wanna cry now~~ I want my kimchi kimchi topokkii 😭 definitely looking to visit again~
ReplyDeleteMenariknya k-food fair ni! Cx tka pernah oergi lagi. Tapi bila tengok dan baca entry ni, memang menarik sungguh nampaknya! Ada macam² benda boleh dapay dekat sini ya.Makanan frozen pon banyak kan? Kimchi samyang fuh! Menarik betul! Cx tertarik kepada banana milk tu. Cx selalu tengok orang share psal banana milk dan ramai kata sedap. Tapi masalahnya, sampai sekarang tak jumpa² dan tak merasa lagi hahah
ReplyDeletebestnya kalau dapat pi KFOOD Fair ni kan.. TB tak biasa dengan makanan Korea ni.. tapi yang samyang tu pernah la try.. samyang cheese tu.. sedap.. tapi lebur lidah.. tak tahan.. hahaha.. memang makanan orang korea pedas-pedas melampau ke ye? hehehe..
ReplyDeleteKalau ada K-Food Fair, Rawlins memang cari pati lemon dia tu- Terbaik untuk cegah demam atau selesema. Sanggup beli yang besar sebab memang tahan plak menda nie.
ReplyDeleteMacam-macam ada rupanya . Ingatkan food saja. Best ni shopping. Sini. Beauty produk pin ada.. Aduyai... Duit ni sorok mana lak. Hahaaa
ReplyDeleteMacam2 ada rupanya. Makananan n produk kecantikan. Kimchi tak pernah lagi rasa. Jauh plak expo ni. Huhu. Dapat tengok pon jadi lah.. semua nampak bestlah. Kalau ena pon mesti lama nak belek barang n macam2 nak beli.
ReplyDeleteWah bestnya ad pelbagai ramen dan produk2 makanan dari korea. Kite mmg sejenis excited dengan produk2 korea ni. Nk serbuuu la gini. hehhe
ReplyDelete