Naelofar X Guardian | Tote Beg Eksklusif Musim Panas Sempena Ramadan
Hi korang!! Macam mana dengan berpuasa hari ini. Mesti semuanya tengah excited kan sebab minggu pertama puasa. Apapun moga semuanya dipermudahkan. Oh ya! Saja nak war-warkan dengan korang sekarang ini ada promosi Naelofar X Guardian.
Di mana Neelofa sendiri berbesar hati merekabentuk corak di atas tote beg yang boleh kita dapatkan di Guardian Malaysia. Terdapat 3 koleksi tote beg ini iaitu NATURE BEAUTY, RED BLOSSOMS dan FLORAL SERENITY.
Berucap di majlis perlancaran Koleksi Musim Panas tersebut, Ms Wong Vai Chi, Ketua Pemasaran, Kesihatan dan Kecantikan, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata:
"Kolaborasi istimewa bersama NAELOFAR ini adalah satu cara kami menyambut kedatangan Ramadan. Kami ingin menawarkan sesuatu yang eksklusif kepada parapelanggan, dan sudah tentu juga menarik, apabila mereka berkunjung ke Guardian untuk mendapatkan keperluan kesihatan dan kecantikan mereka.”
“Dan kepada mereka yang inginkan tip-tip kesihatan sepanjang bulan Ramadan, Guardian juga akan memuat naik petua-petua dan panduan kesihatan berguna daripada Joanna Soh, selebriti kecerdasan Youtube #1 Asia, ke laman Facebook Guardian dari masa ke semasa,” tambah beliau.
Jadi di bulan Ramadan ini, bila lagi masa yang lebih tepat untuk membeli-belah di Guardian sambil bergaya dengan beg tote istimewa rekaan Neelofa sendiri. Beg-beg tote tersebut boleh dibeli pada harga diskaun 40% dengan pembelian bernilai RM20 dengan mana-mana produk jenama penaja, atau RM30 jika tanpa barangan jenama penaja.
Beg-beg tersebut berharga hanya RM17.90 selepas diskaun 40%. Koleksi Musim Panas Guardian boleh didapati bermula hari ini sehingga stok masih ada. Paling best! Kalau dapat collect 3 rekaan ini yerpp.
Inspirasi Neelofa disebalik tiga rekaan beg tote:
Warna bunga iris yang terang yang digabungkan dengan geometri segi empat keemasan untuk memandu mata daripada satu elemen rekaan kepada yang lain. Direka secara eksklusif untuk tampak berani dan elegan :-)
NATURE BEAUTY
Direka untuk melangkaui norma menuju kemodenan. Penggunaan corak yang bersih dan abstrak dengan warna tropikal menyerlahkan kecantikan rekaan.
FLORAL SERENITY
Bunga dan rama-rama melambangkan keanggunan dan kecantikan, dengan sentuhan warna-warna berani untuk memberikan lebih rasa perayaan. Direka secara eksklusif untuk mereka
Cantikkan!! Jom dapatkan beg ini di Guardian :-)
Naelofar X Guardian | Tote Beg Eksklusif Musim Panas Sempena Ramadan
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
May 06, 2019
Rating:
No comments:
Sharing is caring...