NAK UBAH HIDUP 2019 - Kuasai Potensi Diri, Kewangan dan Bisnes
Cepat betul masa berlalu. Sekarang kita sudah menghampiri hampir separuh tahun 2019. Sering saya terfikir, sepanjang tahun ini apa yang telah saya capai dalam hidup. Adakah apa yang saya rancang awal tahun ini sudah hampir mencapai sasaran atau sebaliknya. Ini membuatkan saya sedikit tersentak. Betapa perlunya saya buat sesuatu untuk ubah hidup ke arah yang lebih baik.
Saya tertark dengan satu program anjuran Richworks International Sdn Bhd iaitu NAK UBAH HIDUP 2019 – KUASAI POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES syang bakal diadakan pada 30 Ogos hingga 1 September 2019 di Setia City Convention Center (SCCC). Untuk pengetahuan semua dalam tempoh 11 tahun setelah ditubuhkan, lebih 700,000 peserta telah hadir ke program yang dianjurkan oleh RichWorks.
Selain dari itu, ramai yang berniaga tanpa ilmu perniagaan yang betul menyebabkan bisnes mereka susah nak berkembang. Malahan mereka terpaksa berhadapan dengan cabaran untuk membuat jualan bulanan yang tinggi dan konsisten. Dan ini juga mempengaruhi tahap kewangan dan pendapatan mereka sehingga menyebabkan ramai antara mereka terpaksa menanggung beban hutang bisnes yang mempengaruhi keadaan hidup mereka. Tapi, setelah menghadiri beberapa program RichWorks, ramai yang mula menikmati hidup yang lebih baik dengan kebanyakannya muncul sebagai usahawan berjaya di dalam pelbagai bidang kerana mereka berjaya mengambil tindakan merubah hidup mereka untuk keluar dari kepompong bebanan masalah dan tekanan kewangan.
Bergelar jutawan seawal usia 32 tahun melalui syarikat yang diasaskannya pada 2008, Azizan menerusi Richworks International Sdn Bhd, kini merupakan peneraju seminar latihan dan pencetus pembangunan keusahawanan dan pemasaran.
Program seperti ini dapat membantu lebih ramai orang dengan berkongsi ilmu bagaimana mereka boleh Ubah Hidup dengan menguasai potensi diri, kewangan dan bisnes.
Untuk Program Nak Ubah Hidup adalah disasarkan pada bulan Ogos ini bersempena Merdeka 2019 akan dihadiri oleh lebih 10,000 peserta selari dengan misi Richworks untuk melahirkan lebih ramai bakal usahawan. Program ini akan menjadi pencetus titik perubahan dalam kehidupan peserta apabila mereka sedar dan tahu bagaimana program ini boleh bantu ubah hidup mereka dari Zero ke Jutawan hanya dengan berniaga.
“Ramai di luar sana merasai bahang daripada tekanan ekonomi dan saya melihat ia semakin mencabar terutama buat mereka yang berpendapatan tetap, rendah atau sederhana dan golongan yang tidak bekerja, ditambah dengan kesan peningkatan harga barang dan kesan daripada kenaikan kos barangan dari luar negara disebabkan nilai tukaran ringgit yang lemah buat masa ini.”
Azizan berkata, beliau sebagai individu mungkin tidak mampu mengubah ekonomi dunia tetapi melalui platform program ini yang merupakan inisiatifnya dipercayai dapat membantu lebih ramai orang, terutamanya Melayu untuk memperkasakan diri dan bangsa dengan ilmu dan formula untuk melonjakkan keupayaan diri.
“Mungkin tidak semua akan menghargai perkongsian ilmu bernilai ini tetapi mudah-mudahan ia dapat membantu mereka yang komited dan perlukan bimbingan daripada ilmu dan pengalaman saya selama ini untuk membina kehidupan dan tahap kewangan yang luar biasa, InsyaAllah.”
“Selain dari itu, jika sebelum ini Richworks adalah sinonim dengan Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) yang telah berakhir pada bulan November 2018, kami yakin isi kandungan Program Nak Ubah Hidup ini akan 10 kali lebih berimpak dari Program IMKK kerana program baru ini dapat membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memahami potensi sebenar diri mereka melalui ilmu serta pengalaman dan kesilapan saya untuk mereka mengubah dan memperbaiki diri, hidup dan tahap kewangan mereka menjadi luar biasa.” kata Azizan lagi.
Kita sendiri yang perlu memulakan langkah untuk berubah. Melalui pengisian dalam program seminar seperti ini sebenarnya dapat memberi motivasi untuk kita terus bangkit dan ubah hidup agar menjadi insan yang lebih berjaya.
Untuk pendaftaran boleh layari www.nakubahhidup.com atau hubungi talian hotline 1300-88-2424
Keterangan lanjut boleh layari:
Website: www.richworks.com
Email: inquiries@richworks.com.my
Facebook:
https://www.facebook.com/azizanosmanofficial/
https://twitter.com/azizanofficial
https://www.instagram.com/azizanosmanofficial/
Youtube
https://www.youtube.com/channel/UCrfKlqYU1AsoRVkpy6HLbZw
https://www.linkedin.com/in/azizanosmanofficial
NAK UBAH HIDUP 2019 - Kuasai Potensi Diri, Kewangan dan Bisnes
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
May 10, 2019
Rating:
Wahh kena join ni
ReplyDeleteProgram yg bagus harus kena sertai ni rugi kalau x join..
ReplyDelete