Pencarian The Face of Healthy Beauty Kini Bermula
Guardian Malaysia kini mencari 4 Wajah yang bakal menjadi duta Guardian melalui Pencarian The Face of Healthy Beauty. Apa yang menarik pencarian ini bukanlah berasaskan kepada KECANTIKAN seseorang tetapi lebih kepada seseorang yang mempunyai kehidupan yang sihat dari segala aspek dan juga memiliki personaliti yang menarik.
Peraduan ini akan bermula 20 Mei 2019 sehingga 12 Jun 2019, 3 minggu sahaja. Syaratnya kena berumur 18 tahun ke atas dan mesti warganegara Malaysia. Beli apa-apa produk dari kedai Guardian. Sediakan 1 gambar close up dan full body (gambar penuh). Muat naik video 30 saat kenapa anda berminat untuk menjadi The Face of Healthy Beauty. Video didalam bahasa Inggeris & Melayu dan Inggeris & Mandarin. Dan perlu diingatkan peserta adalah tidak terikat dengan mana-mana jenama lain sebagai duta. Hantarkan penyertaan anda di sini , top 100 akan dipilih untuk menghadiri ke sesi ujibakat.
Hadiah yang disediakan cukup menarik iaitu,
- Cash 10K dan Voucher Guardian bernilai RM10K
- Wajah bakal menghiasi di kalatlog Guardian dsb
- Produk-produk daripada penaja
- Kontrak selama 1 tahun sebagai duta Guardian Malaysia
- Sebanyak RM5000 akan disumbangkan ke organisasi kebajikan atas pilihan pemenang
Jom sertai pencarian ini! Saya juga percaya ramai gadis di luar sana yang mempunyai pakej diri yang hebat kerana cara hidup mereka yang sihat.
Good luck pada sesiapa yang menyertai!
Pencarian The Face of Healthy Beauty Kini Bermula
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
May 22, 2019
Rating:
No comments:
Sharing is caring...