Rawatan Hydroglow 3 in 1di Klinik D'Umra Shah Alam
Sepertimana yang saya kongsikan dalam entri sebelum ini saya ke Klinik D'Umra Shah Alam untuk mendapatkan rawatan wajah. Apa yang menarik sebelum mendapatkan rawatan saya telah berbincang dan mendapat penjelasan secara terperinci dari Doktor Pakar Estetik sendiri iaitu Dr. Lashela Dharmadas tentang masalah kulit muka yang saya alami.
Memang agak 'details' (mendalam) ini kerana setiap penerima rawatan tidak semestinya mempunyai masalah yang sama. Ianya bergantung juga dengan faktor usia dan jenis kulit muka. Dan didapati kulit saya agak kusam, kelihatan garis halus di bahagian bawah mata jadinya Doktor telah mengesyorkan untuk saya menjalani rawatan Hydroglow 3 in 1 (microdermabrasian, glo laser dan cryoderm).
Macam biasa sebelum rawatan, muka kita akan dibersihkan terlebih dahulu. Memang best part dibersihkan ni, heheh. Rasa muka kita dibelai-belai :-) Apatah lagi sepanjang rawatan ini juga saya ditemani dengan muzik yang cukup mendamaikan. Terasa memang nak tidur betul, hehe.
Proses glo laser ini lebih kepada untuk mengurangkan pigmentasi di wajah, kesan jerawat serta mengecilkan liang-liang pori yang terbuka. Kaedah ini juga boleh menjadikan warna ton kulit lebih serata. Memang best lepas menjalani proses ni tau. Terasa muka lebih anjal dari biasa, hehehe.
Isu kulit utama wajah saya adalah kusam. Mungin juga disebabkan faktor usia dan kegagalan saya menjaga wajah secara konsisten. Seperti tidak mengambil serum dan sebagainya. Ini menyebabkan wajah saya kelihatan garis-garis halus dan luga liang-liang pori lama agak terbuka. Jadi Doktor memang mengesyorkan rawaran Hydroglow ini iaitu membuang segala penyebab muka menjadi kusam seperti sel mati dan sebagainya. Setelah itu barulah sesuai untuk saya meneruskan regim penjagaan muka harian dan ianya perlulah konsisten. Dan pastinya impian saya setelah menerima rawatan di sini, kulit wajah kelihatan lebih remaja :-)
Wajah sebelum menerima rawatan. Agak kusam dan tidak bermaya kan..
Tadaaa! Wajah saya selepas menerima rawatan.
Apa yang menarik ketika menarik rawatan di sini. Saya telah diberikan khidmat perundingan terbaik dari Pakar Aestetik yang mana kita boleh berbincang secara jelas dan terperinci. Teknologi yang digunakan juga yang terkini dan berinovasi tinggi.
Selain itu Klinik D'Umra ini memang patuh syariah iaitu tidak akan ada staff atau pelanggan lelaki di dalam bilik rawatan. Jadi sebagai seorang muslimah saya rasa sangat selesa. Dan untuk setiap rawatan memang ditawarkan pada harga promosi jadi kita boleh rebut peluang dapatkan harga yang menarik seperti yang diberikan.
Ada banyak jenis rawatan aestetik yang korang boleh dapatkan di sini tau.
Keterangan lanjut boleh layari:-
https://www.facebook.com/DUmraClinicOfficial/
KLINIK ESTETIK D' UMRA, SHAH ALAM
No. 12, Jalan Bola Tampar 13/14,
Seksyen 13, Shah Alam, 40100,
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Sebarag pertanyaan dan temujanji boleh hubungi:-
☎️ 017-883 1944
KLINIK ESTETIK D' UMRA, SHAH ALAM
No. 12, Jalan Bola Tampar 13/14,
Seksyen 13, Shah Alam, 40100,
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Sebarag pertanyaan dan temujanji boleh hubungi:-
☎️ 017-883 1944
Rawatan Hydroglow 3 in 1di Klinik D'Umra Shah Alam
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
May 15, 2019
Rating:
No comments:
Sharing is caring...