Sambutan Hari Ibu di Beaconhouse | Aktiviti Mendeko Pizza Dengan Mission Crust

Bersempena dengan Hari Ibu tidak lama lagi, Beaconhouse Newlands Early Years Bangsar telah menganjurkan satu aktiviti yang melibatkan anak-anak pra-sekolah untuk merekabentuk dan membuat sendiri pencuci mulut pizza untuk diberikan kepada ibu mereka.

Lebih menarik aktiviti ini turut disertai oleh ibu pelajar tersebut. Di mana aktiviti seperti ini dapat mengeratkan perhubungan antara ibu an anak. Walaubagaimanapun bagi ibu yang tidak dapat menyertai aktiviti ini, tidak menjadi masalah. Anak-anak tetap akan melakukan aktiviti ini dan membawa pizza mereka yang telah dihias pulang untuk diberikan kepada ibu yang tersayang.

Pizza crust istimewa ditaja oleh jenama Mission Food yang sememangnya cukup terenal di Malaysia. Selain itu terdapat juga lepaan coklat, buahan segar seperti buah kiwi, strawberi dan beri.

Aktviti ini bukan sahaja mengajar anak untuk menjadi lebih kreatif. Bahkan ianya juga mendidik anak untuk sentiasa mengingati serta menghargai ibu tersayang. Seperti yang ditekankan oleh Kelly Robb (Head of Beaconhouse Newlands Early Years Bangsar) yang mana  sekolah ini sentiasa mendidik anak jagaan mereka tentang nilai kekeluargaan. Tambah beliau lagi melalui aktiviti ini dapat memberi peluang kepada anak-anak menyampaikan rasa kasih mereka kepada ibu masing-masing bukan hanya pada Hari Ibu sahaja tetapi setiap hari.

Kegembiraan seorang anak dengan seni deko pizza yang dihasilkannya. Saya juga dapati menerusi aktiviti ini membolehkan anak-anak belajar berdikari dan yakin untuk melakukan sesuatu aktivti dengan sendiri.


Pasti saya teruja jika diberikan pizza khas yang dideko oleh anak tersayang. Amat bermakna dan begitu hebat nilainya atas kesungguhan anak memberikan sesuatu kepada kita hasil dari aktiviti seninya di sekolah!

Memang terbaik pendekatan yang dibawakan oleh Beaconhouse Newlands Early Years. Akan datang sekolah ini juga akan membuka cawangan baru di kawasan SS2 Petaling Jaya dan juga Ampang. Dan kini ianya telah dibuka untuk pendafaran.
Sambutan Hari Ibu di Beaconhouse | Aktiviti Mendeko Pizza Dengan Mission Crust Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 07, 2019 Rating: 5

13 comments:

  1. wow... this is really one nice event bonding children with parents. kudos!! i this is a good teaching for them about love your parents ya

    ReplyDelete
  2. Ala bestnya! Menarik juga ni kalau boleh bawa Dahlia dan buat aktiviti bersama. Boleh up kan confident level dan social skills dia. Tunggu dia besar sikit sebab sekarang dia reti mengecah je hahaha

    ReplyDelete
  3. I live this kind of activity. Anak anak mesti teruja Kan? Boleh buat pizza sendiri. Mesti masing masing jadi super creative letak toppings.

    ReplyDelete
  4. Wah bagus betul aktiviti macam ni. selain bina keyakinan dan asah bakat anak, ini lah peluang merasa diri dihargai sebagai seorang ibu.

    ReplyDelete
  5. Bagusnya sambutan hari ibu macam ni atleast dapat mengeratkan bonding antara anak dan ibu. lagi best anak dapat deko piza untuk hadiah kepada ibu sendiri.

    ReplyDelete
  6. selamat hari ibu kak ayu. amboi comelnya pizza hati tu..dah la topping buah-buah segar terus terliur tengok. bagus betul cara dorang ajar anak-anak hargai ibu masing-masing

    ReplyDelete
  7. Nak ucapkan selamat hari ibu pada semua ibu di dunia terutama ibu kita yang tercinta moga terus menjadi penyeri kehidupan dalam sebuah keluarga.. Kita suka tengok pizza bentuk love otai memasak kan hehehe..

    ReplyDelete
  8. Wah baguslah ada aktiviti menarik macam ni. Buat dan hias pizza memang enjoylah anak anak buatkan untuk dihadiahkan kepada ibu masing masing. Saya suka kalau diadakan aktiviti yang memerlukan kreativiti seseorang kanak kanak. Ia sekakigus membantu motor halus mereka untuk jadi lebih kreatif dalam reka bentuk dan hiasan. Betul tak? Macam macam hiasan pizza ada.

    ReplyDelete
  9. Wahhh.... Bagusnya aktiviti dan program sebegini. Selain merapatkan hubungan antara ibu dan anak sekaligus membina self confident untuk anak² gak. Lain kali ajak laaa kuta. Nak join gak!

    ReplyDelete
  10. Menariknya aktiviti. jangan kata kanak-kanak, makcik kanak-kanak ni pun suka tu aktiviti macam ni. Hehe. Takde la boring dorang rasa asyik belajar baca buku & kira-kira je.

    ReplyDelete
  11. Bagus aktiviti-aktiviti macam ini. Boleh merapatkan hubungan antara ibu dan anak. Perlu buat lebig banyak aktiviti macam ini.

    ReplyDelete
  12. Asyiiik anak anak sedari
    Dini diajarkan cara membuat pizaa

    ReplyDelete
  13. Love the way they educate kids at Beaconhouse, it was really fun seeing the kids make their own dessert pizza.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.