Sambutan Hari Ibu di Beaconhouse | Aktiviti Mendeko Pizza Dengan Mission Crust
Bersempena dengan Hari Ibu tidak lama lagi, Beaconhouse Newlands Early Years Bangsar telah menganjurkan satu aktiviti yang melibatkan anak-anak pra-sekolah untuk merekabentuk dan membuat sendiri pencuci mulut pizza untuk diberikan kepada ibu mereka.
Lebih menarik aktiviti ini turut disertai oleh ibu pelajar tersebut. Di mana aktiviti seperti ini dapat mengeratkan perhubungan antara ibu an anak. Walaubagaimanapun bagi ibu yang tidak dapat menyertai aktiviti ini, tidak menjadi masalah. Anak-anak tetap akan melakukan aktiviti ini dan membawa pizza mereka yang telah dihias pulang untuk diberikan kepada ibu yang tersayang.
Pizza crust istimewa ditaja oleh jenama Mission Food yang sememangnya cukup terenal di Malaysia. Selain itu terdapat juga lepaan coklat, buahan segar seperti buah kiwi, strawberi dan beri.
Aktviti ini bukan sahaja mengajar anak untuk menjadi lebih kreatif. Bahkan ianya juga mendidik anak untuk sentiasa mengingati serta menghargai ibu tersayang. Seperti yang ditekankan oleh Kelly Robb (Head of Beaconhouse Newlands Early Years Bangsar) yang mana sekolah ini sentiasa mendidik anak jagaan mereka tentang nilai kekeluargaan. Tambah beliau lagi melalui aktiviti ini dapat memberi peluang kepada anak-anak menyampaikan rasa kasih mereka kepada ibu masing-masing bukan hanya pada Hari Ibu sahaja tetapi setiap hari.
Pasti saya teruja jika diberikan pizza khas yang dideko oleh anak tersayang. Amat bermakna dan begitu hebat nilainya atas kesungguhan anak memberikan sesuatu kepada kita hasil dari aktiviti seninya di sekolah!
Memang terbaik pendekatan yang dibawakan oleh Beaconhouse Newlands Early Years. Akan datang sekolah ini juga akan membuka cawangan baru di kawasan SS2 Petaling Jaya dan juga Ampang. Dan kini ianya telah dibuka untuk pendafaran.
Sambutan Hari Ibu di Beaconhouse | Aktiviti Mendeko Pizza Dengan Mission Crust
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
May 07, 2019
Rating:
wow... this is really one nice event bonding children with parents. kudos!! i this is a good teaching for them about love your parents ya
ReplyDeleteAla bestnya! Menarik juga ni kalau boleh bawa Dahlia dan buat aktiviti bersama. Boleh up kan confident level dan social skills dia. Tunggu dia besar sikit sebab sekarang dia reti mengecah je hahaha
ReplyDeleteI live this kind of activity. Anak anak mesti teruja Kan? Boleh buat pizza sendiri. Mesti masing masing jadi super creative letak toppings.
ReplyDeleteWah bagus betul aktiviti macam ni. selain bina keyakinan dan asah bakat anak, ini lah peluang merasa diri dihargai sebagai seorang ibu.
ReplyDeleteBagusnya sambutan hari ibu macam ni atleast dapat mengeratkan bonding antara anak dan ibu. lagi best anak dapat deko piza untuk hadiah kepada ibu sendiri.
ReplyDeleteselamat hari ibu kak ayu. amboi comelnya pizza hati tu..dah la topping buah-buah segar terus terliur tengok. bagus betul cara dorang ajar anak-anak hargai ibu masing-masing
ReplyDeleteNak ucapkan selamat hari ibu pada semua ibu di dunia terutama ibu kita yang tercinta moga terus menjadi penyeri kehidupan dalam sebuah keluarga.. Kita suka tengok pizza bentuk love otai memasak kan hehehe..
ReplyDeleteWah baguslah ada aktiviti menarik macam ni. Buat dan hias pizza memang enjoylah anak anak buatkan untuk dihadiahkan kepada ibu masing masing. Saya suka kalau diadakan aktiviti yang memerlukan kreativiti seseorang kanak kanak. Ia sekakigus membantu motor halus mereka untuk jadi lebih kreatif dalam reka bentuk dan hiasan. Betul tak? Macam macam hiasan pizza ada.
ReplyDeleteWahhh.... Bagusnya aktiviti dan program sebegini. Selain merapatkan hubungan antara ibu dan anak sekaligus membina self confident untuk anak² gak. Lain kali ajak laaa kuta. Nak join gak!
ReplyDeleteMenariknya aktiviti. jangan kata kanak-kanak, makcik kanak-kanak ni pun suka tu aktiviti macam ni. Hehe. Takde la boring dorang rasa asyik belajar baca buku & kira-kira je.
ReplyDeleteBagus aktiviti-aktiviti macam ini. Boleh merapatkan hubungan antara ibu dan anak. Perlu buat lebig banyak aktiviti macam ini.
ReplyDeleteAsyiiik anak anak sedari
ReplyDeleteDini diajarkan cara membuat pizaa
Love the way they educate kids at Beaconhouse, it was really fun seeing the kids make their own dessert pizza.
ReplyDelete