Ekspo Absolutely Halal Malaysia di MVEC Mid Valley
Buat pertama kalinya Ekspo Absolutely Halal Malaysia (AHM) berlangsung di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC) di bawah anjuran Idea Max Event (M) Sdn Bhd. Ekspo ini berlangsung selama 3 hari dari jam 10 pagi sehingga 10 malam, bermula dari 26hb Julai 2019 sehingga 28 Julai 2019. Sebanyak 280 booth dibuka yang datangnya daripada pelbagai jenama.
Terdapat juga booth yang menjual aksesori, mekap, penjagaan badan dan pelbagai lagi.
Jika pelanggan mencari barangan yang harganya jauh lebih murah, bolehlah ke Zon Murah Hall 3. Harga paling murah ditawarkan adalah RM0.99 sahaja.
Antara barangan yang saya suka kongsikan dari Zon Murah adalah seperti:-
Kudapan yang viral pada masa sekarang iaitu kerepek kulit ikan turut ditawarkan di Zon Murah. Dan sebenarnya lain jenis kulit lain harganya ya!
Selain dari kerepek kulit ikan, koran juga boleh dapatkan kacang koro, keropok mamee monster dan pelbagai lagi.
Coklat berintikan isi durian memang sedap :-)
Produk Korea seperti susu pisang turut ada di zon ini
Air sparkling yang agak unik dan botolnya sangat cantik
Mee Kuning dan Mee Kue Tow yang dijual pada harga RM0.9 memang murah dan berbaloi.
Dan sebenarnya terdapat banyak lagi booth yang menarik. Dengan 280 buah booth yang menyertai ekspo membolehkan pelanggan mendapat barangan keperluan diri dan keluarga dengan mudah kerana semuanya dibawah satu bumbung.
IG : www.instagram.com/absolutelyhalalmalaysia
Absolutely Halal Malaysia (AHM) adalah platform terbaik memberi peluang kepada usahawan produk Halal untuk mempertengahkan serta memasarkan jenama mereka. Selain itu usahawan juga boleh mengembangkan rangkaian perniagaan di pasaran halal di seluruh dunia.
Tidak dinafikan industri produk halal meningkat dengan mendadak pada zaman sekarang. Dan dianggarkan lebih 80,000 pengunjung tempatan dan antarabangsa akan hadir ke ekspo. Dengan penyertaan usahawan di dalam ekspo ini, mereka bukan sahaja boleh meningkatkan jualan bahkan sebagai pemangkin meningkatkan produktiviti, mempertengahkan penjenamaan dan rangkaian serta membuka lebih banyak peluang promosi untuk produk.
Saya sempat berkunjung ekspo ini pada hari pertama ianya berlangsung. Kemasukan adalah PERCUMA dan kita juga akan mendapat goodies bag (tertakluk kepada stok selagi masih ada). Selain itu para pengunjung juga berpeluang bertemu dengan selebriti seperti Dato' Fazley, Sheila Rusly, chef selebriti dan ramai lagi. Terdapat jualan produk halal pada harga cukup berpatutan, demonstrasi masakan dan lain-lain aktiviti yang menarik.
Antara booth yang sepmat saya terjah seperti:-
Booth yang menjual makanan segera Korea. Selain mee segera turut ditawarkan kimchi dan pelbagai lagi hebat.
Dimsum dan Pau dari TSL Bestmas. Harga yang ditawarkan adalah 3 pek dimsum cuma RM20, manakala pau untuk 3 pek adalah RM15 sahaja.
Dimsumnya memang sedap dan padat dengan isi.
Pelbagai jenis jenama produk Korea halal kita boleh dapatkan disini ya.
Produk lokasi seperti sardin dalam pek dan perbagai lagi.
Pes pelbagai jenama tempatan, kerepek, keropok dan pelbagai lagi. Semuanya kita boleh dapatkan disini.
Peminat mochi? Boleh dapatkan monchi halal di ekspo ya!
Produk minumanNutrigold sememangnya menjadi kegemaran ramai orang. Dijual pada harga promosi cukup murah dari pasaran. Ini terutama jika kita membeli dalam kombo, ianya lebih jimat.
Antara port yang menjadi tumpuan adalah Street Food. Pelbagai pilihan makanan dan minuman menarik ditawarkan di sini. Paling mengujakan kebanyakan makanan serta minuman yang ditawarkan adalah unik dan agak 'rare'.
Nak makan satar ikan? Tidak perlu ke Terengganu dan boleh dapatkannya disini.
Sedap juga rasanya air avacoda dari Hauslah! Terdapat 3 jenis air avacado ditawarkan iaitu bersama sagu dan gula melaka, avacado bersama coklat dan avacodo bersama buah naga.
Antara barangan yang saya suka kongsikan dari Zon Murah adalah seperti:-
Selain dari kerepek kulit ikan, koran juga boleh dapatkan kacang koro, keropok mamee monster dan pelbagai lagi.
Coklat berintikan isi durian memang sedap :-)
Produk Korea seperti susu pisang turut ada di zon ini
Mee Kuning dan Mee Kue Tow yang dijual pada harga RM0.9 memang murah dan berbaloi.
Disediakan juga tempat makan serta tasnda yang bersih. Memang best!
Pengunjung boleh membayar menggunakan Maybank QRPay untuk dapatkan 10% diskaun dari jumlah produk yang dibeli. Dan untuk perbelanjaan RM80 ke atas, pengunjung juga boleh menyertai cabutan bertuah yang akan dicabut pada waktu-waktu yang tertentu.
Penganjuran ekspo ini antara objektifnya untuk menarik lebih ramai pengunjung khasnya yang bukan beragama Islam. Ini kerana ke semua produk yang menyertai ekspo ini adalah sesuai untuk semua bangsa dan agama.
Agensi Halal Malaysia turut membuka booth disitu . Diharapkkan dengan perkongsian daripada pihak agensi HALAL dapat membantu menjelaskna dengan terperinci terutama buat mereka yang mencari jawapan dalam status halal untuk sesetengah produk.
Adalah diharapkan dengan adanya ekspo halal seperti ini dapat memberikan gambaran yang jelas tentang istilah halal itu sendiri. Di mana konsep halal tidak hanya dilihat pada makanan semata, bahkan ianya mencakupi semua. Dan makanan halal juga bleh dinikmari oleh semua lapisan masyarakat tidak mengira kaum dan agama, sejajar dengan konsep Halal Malaysia - Halal Bagi Semua.
Keterangan lanjut boleh layari sosial media:-
FB : fb.com/Absolutely-Halal-MalaysiaIG : www.instagram.com/absolutelyhalalmalaysia
Ekspo Absolutely Halal Malaysia di MVEC Mid Valley
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
July 27, 2019
Rating:
Wahh banyak tu 280 booth. Menyesal tak pergi sebab dekat sebelah umah je Mid Valley. Sesambil tu bolehlah beli barang-barang. Sah-sah halal dan ada harga promosi kan. Hensem pulak abang otak-otak. Ehhhhh.
ReplyDeleteWah bagus ni. Kita tak berkesempatan lagi nak kesana. Memang rambang mata, banyak jugak makanan halal yang kita tak tahu ni. Lagi lagi produk korea. So bila dah msok ehbition ni baru kita tahu upanya boleh makan. Boleh la borong kaw kaw ... Seronok nya. Fafa pantang tengok makanan. Terus smua fafa grab nanti
ReplyDeleteBagus lah penekanan bab Halal ini. Asbab Halal adalah kewajipan bagi umat Islam mencarinya. :)
ReplyDeleteawa ukup suka kalau expo yg ada bab makanan mcm ni... halal plak tu.. boleh rambang mata nak beli mcm2... borong itu borong ini yelah time ni hrga pun murah kan... kalau dekat boleh gi juga ni... nice sharing kak
ReplyDeleteByk ya booth kann...
ReplyDeleteYg dimsum dari tsl tu mmg sedap.
Kita pun suka gilaa
bestnya dapat pergi expo makanan macam ni.
ReplyDeleteTime ni la kalau nak kenal pelbagai makanan baru kan..
Sediakan duit bebanyak kalau pergi tempat macam ni.
Hehe
So many nice and interesting snack to choose!! Can't decide which one I will get, all also look yummy to try XD
ReplyDeletei wanted to go there and planned to go there but i really fail to find time... i missed out this already. sad.. really looking forward for their next exhibition.
ReplyDeleteSelain dari memperkenalkan makanan baru, halal expo ni juga memberi peluang buat peniaga yang ingin memasarkan produk mereka. Tau tak Nad tak pernah pergi pun lagi halal expo camni. Mesti seronok kan kak Ayu dapat jumpa pelbagai makanan yang diyakini halal.
ReplyDelete