Guardian ‘The Face of Healthy Beauty’ Kini Telah Ditemui!

Hari yang dinantikan telah tiba apabila ke semua 16 finalis akhir berkumpul di Central i-City Shah Alam pada 27 Julai 2019. Dan saya antara hadirin yang berpeluang menyaksikan ke semua peserta akhir berentap untuk merebut gelaran Guardian ‘The Face of Healthy Beauty’.

Yang pastinya pasangan pengacara Nadia Heng dan Naz Rahman memang sangat berwibawa dalam mengendalikan acara seperti ini.  Sangat spontan dan bertenaga secara tidak langsung memberi semangat kepada ke semua peserta untuk membuat yang terbaik dalam setiap tugasan mereka.

Antara panel juri yang mengadili peserta akhir Guardian ‘The Face of Healthy Beauty’. Kelihatan pelakon Mawar dan Shahrul Ridzuan juga di situ :-)

Terdapat beberapa tugasan yangperlu dilaksanakan oleh semua peserta akhir. Antaranya peserta perlu menerangkan kenapa beliau memilih outfit yang digayakan pada hari tersebut. Selain itu peserta juga telah memilih satu barangan yang mereka gemari dari Guardian dan terangkan kenapa barangan tersebut menjadi pilihan mereka.

Seterusnya tugasan membuat terrarium. Apa yang menarik ianya menggunakan semua bahan makanan berkhasiat yang boleh kita dapatkan daripada Guardian Malaysia.

Sesi soal jawab dan penerangan ringkas bersama juri.

Berucap di pertandingan akhir tersebut, DY Cho, Pengarah Pemasaran, Asia Tenggara, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata;

"Pencarian Duta Jenama Guardian baru ini merupakan pengalaman yang sangat bermakna buat kami kerana kami menemui begitu ramai wanita yang memberi inspirasi dan menepati kriteria pencarian iaitu Healthy Beauty. Keempat-empat orang pemenang ‘Face of Healthy Beauty’ ini merupakan bukti falsafah jenama Guardian iaitu kesihatan yang baik adalah asas kepada kecantikan sebenar dan mereka akan membantu kami menyebarkan mesej ini kepada para pelanggan kami. Mereka adalah wanita yang menjalani kehidupan sepenuhnya dengan cara yang sihat dan memiliki stail tersendiri serta personaliti yang menarik. Mereka juga mempunyai sikap yang positif, mengutamakan kesihatan dan turut mementingkan penampilan diri,” 

Dan akhirnya EMPAT wanita Malaysia daripada barisan 16 orang peserta akhir sebagai ‘The Face of Healthy Beauty’ ditemui, iaitu:-

1. Karyll Chee Kar Yee, 23
2. Nur Aimi Binti Abdul Ghani, 31
3. Nurul Ezzaty Binti Hasbullah, 23
4. Yasmin Binti Khalid, 23



Keempat-empat wanita ini telah dinobatkan selepas pencarian selama dua bulan di seluruh negara yang menyaksikan lebih 1,100 penyertaan termasuk berjaya melepasi 400 calon terpilih dan 100 peserta separuh akhir dari 4 wilayah berbeza di Malaysia.

Bagi keempat-empat wanita ini, hidup mereka bakal berubah.  Setiap pemenang akan menandatangani kontrak satu tahun sebagai Duta Jenama Guardian beserta wang tunai bernilai RM10,000 dan baucar Guardian bernilai RM10,000, serta RM5,000 setiap seorang untuk disumbangkan kepada organisasi amal pilihan mereka. Mereka bakal menghiasi muka depan Katalog Jenama Guardian dan beberapa kolateral lain dan akan menerima produk-produk sumbangan penaja.



Selain empat pemenang utama, terdapat lapan pemenang kategori dan mereka adalah;

1. Paling Sihat (diilhamkan oleh Blackmores) – Cruzellyn Alex

2. Paling Elegan (diilhamkan oleh Bio-essence) – Palvinder Kaur A/P Savinder Singh

3. Paling Kelihatan Muda (diilhamkan oleh Garnier) – Nur Aimi Binti Abdul Ghani

4. Paling Ekspresif (diilhamkan oleh L’oreal) – Karyll Chee Kar Yee

5. Paling Bersemangat (diilhamkan oleh Maybelline) – Nurul Ezzaty Binti Hasbullah

6. Paling Berkeyakinan (diilhamkan oleh Nivea) – Alwizah Al Yafii Binti Ahmad Kamal

7. Paling Ceria (diilhamkan oleh Safi) – Vanessa Yoong Foong Woon

8. Paling Menawan (diilhamkan oleh TRESemmé) – Nor Marissa Alia Binti Ahmad Lokman


Setiap pemenang kategori membawa pulang hamper produk bernilai RM500. Maklumat lanjut tentang pencarian dan finalis pertandingan akhir serta terma dan syaratpenuh penyertaan boleh didapati di https://theface.guardian.com.my.

#guardianmy
#faceofguardianmy

Guardian ‘The Face of Healthy Beauty’ Kini Telah Ditemui! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 30, 2019 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.