Lulu Hypermarket & Department Store 1 Shamelin Cheras Kini Telah Dibuka | Promosi Istimewa 1-4 Julai 2019
Pembukaan Lulu Hypermarket & Department Store di cawangan terbaru yang terletak di Tingkat LG 1 Shamelin Cheras memberi peluang kepada masyarakat setempat mendapatkan barangan harian dengan harga cukup berpatutan. Pasar raya yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ini dibina di atas tapak seluas 80,000 kaki persegi merupakan cawangan kedua yang di buka di Malaysia dan sekaligus menjadikan cawangan ini yang ke-174 di dunia.
Apa yang menarik Lulu Hypermarket & Department Store bukan hanya menawarkan barangan dapur, bahkan segala kelengkapan rumah, peralatan elektrik dan pakaian turut ada dijual. Dan ianya diletakkan didalam aras yang sama iaitu aras LG (lower ground).
Bersempena dengan pembukaan cawangan terbaru Lulu di Cheras ini, satu jualan murah telah berlangsung selama 4 hari iaitu bermula daripada 1 Julai sehingga 4 Julai. Terdapat banyak harga barangan yang dijual cukup murah dari harga pasaran.
Kalau tak percaya boleh lihat sahaja pada tawaran harga sepertimana yang dinyatakan di dalam pamplet di bawah :-
Serius banyak yang murahkan. Rambang mata melihat harga yang ditawarkan. Jadi masa inilah sesuai untuk kita berbelanja, harga istimewa penjimatan berganda-ganda.
Saya sempat ke bahagian pakaian. Kebanyakan koleksi pakaian di sini ditawarkan dengan diskaun hebat. Diskaun diberikan sehingga 50% tau!
Susun atur pakaian juga memudahkan kita untuk pencarian. Selain disusun mengikut umur dan jantina. Ianya juga disusun mengikut jenama.
Beg troli ini juga antara yang mendapat permintaan tinggi. Ini kerana beg ini diberikan diskaun sebanyak 50% daripada harg asal.
Begitu juga dengan barangan elektrik. Segala kelengkapan ada, memang sangat memudahkan urusan membeli terutama orang yang seperti saya yang datang berbelanja dengan seluruh ahli keluarga.
Tarikan utama pada barangan elektrik tentulah set televisyen seperti ini yang mana ditawarkan pada harga RM1399 daripada harga asal RM2168. Jimat banyak tu!!
Terdapat juga koleksi periuk belanga, pinggan mangku dan pelbagai lagi. Pendek kata macam-macam ada dijual di Lulu Hypermarket & Department Store 1 Shamelin Cheras.
Saya yang teruja memborong tisu sebab harganya cukup murah.
Namun antara bahagian yang paling saya gemari adalah ROTI , KEK dan PASTRI. Ini kerana sebagai pelanggan tetap Lulu Hypermarket & Department Store, saya tidak menafikan bahawasanya makanan siap yang dijual di sini semuanya memang sedap dan terbaik. Tidak pernah mengecewakan.
Syurga buat ibu-ibu yang rajin memasak di dapur. Apa yang membuatkan saya teruja berada di sini adalah hidupan laut seperti ikan yang begitu segar. Dan terdapat banyak pilihan jenis ikan juga ditawarkan ya!
Daging lembu, kerbau dan ayam.
Beras juga antara item yang mencuri perhatian sepanjang kempen jualan murah ini berlangsung.
Stock up biskut untuk anak-anak adalah penting setiap bulan. Hehehe.
Paling mengujakan di bahagian sayur. Dengan susunan sayuran segar yang cukup menarik dengan warna-warna cerah yang begitu cantik menarik minat saya untuk memborong buat keluarga.
Bukan sahaja buahan tempatan bahkan buah epal, anggur dan sebagainya ada juga.
Bezanya di pasaraya lain, di Lulu ada menawarkan kacang-kacang seperti pistachio, almond, gajus dan banyak lagi. Ianya boleh dipilih mengikut harga yang ditawarkan dan ianya dijual dalam bentuk timbangan.
Kacang feveret ini haruslah dibeli sekurangnya sekilo. Boleh dinikmati begitu sahaja atau menjadi ramuan dalam biskut.
Sentiasa semak harga sebelum membayar bagi memastikan kita puas hati dengan berbelanja di sini.
Beberapa jenama IKS juga telah memasuki pasaran Lulu jadi memudahkan masyarakat setempat untuk mendapat produk lokal yang mereka gemari. Secara tidak langsung ianya adalah salah satu usaha bagi menyokong pengusaha tempatan.
Oh ya! Terdapat juga telefon bimbit, power bak, laptop dan pelbagai lagi di sini.
Punyalah ramai pelanggan datang pada hari pembukaan. Masing-masing begitu teruja memilih dan membeli memandangkan harga promosi memang kaw-kaw diberi istimewa selama 4 hari.
Nampak tak saya berbelanja, kehkeh. Jadilah pengguna bijak, belanja ketika jualan murah memang jimat banyak!
Apatah lagi membeli-belah untuk diri dan keluarga. Sesuatu yang cukup bahagia dan sempurna. Ececececece, suami terus tersenyum manja. Jimat jimat jimat katanya...
Hokeh!! Untuk melihat informasi dan promosi terkini Lulu, boleh layari:-
Lulu Hypermarket & Department Store 1 Shamelin Cheras Kini Telah Dibuka | Promosi Istimewa 1-4 Julai 2019
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
July 03, 2019
Rating:
Murah membeli barang di LuLu. I tak pernah pergi tapi after seeing your trolley full of the products that you wanted to buy, I think I should go there for shopping too.
ReplyDeleteI always heard about Lulu but never been to one. Now they buka kat Cheras boleh la singgah nanti. Dekat dah ni.
ReplyDeleteMurah betul tawaran harga bagi pasaraya yang baru dibuka. Saya suka sebab boleh jimatkan perbelanjaan berkali ganda. Kena datang awal. Nanti akan bersesak. Parking lagi. Kalau sanggup jalan jauh takpe la. Nak mudah mintak orang hantar
ReplyDeleteso near to my office, next time can go shop there d.. yeah yeah.. nice supermarket..
ReplyDeleteMurah sangat kalau shopping dekat lulu ni. Alahai bila lah dieorang nak bukak area area belah shah alam ni. Senang sikit nak shopping
ReplyDeleteAmboi sakannya berbelanja. Pernah shopin Lulu KL, memang murah dan best. Tapi bab parking kami stress kat sana, sebab troli tak ley sampai kereta. Next boleh pergi cawangan baru ni pula.
ReplyDeleteBetul-betul murah ni compare dengan pasaraya lain. Patutlah nampak bahagia je shopping terutama shopping barang keperluan dapur. Best la orang KL/Selangor kan. Ipoh ni belum ada cawangan.
ReplyDeletemurah sangat tu..jimat banyak ni..ayoyo..knp sekejp sangat sampai minggu ni..hehee..kalau dh hbis promosi, harga asl mcm biasa ke..hehee
ReplyDeleteHeheheh kita tahu kak Ayu beli banyak barang penuh dua troli kan memang time kita pergi tu ramai gilerrr orang penuh walaupun waktu bekerja memang mereka tak lepas peluang beli barang murah time pembukaan baru ni jer lah kan...
ReplyDeleteTempat shopping paling fav sebab banyk murah2. Even raya ritu pun shopping kt lulu. hahaha. Bestny dh bukak kt cheras. dekat sikit lepas ni nk terjah kan. hehehe
ReplyDeleteMeriahnya Lulu KL ni! Macam best je shopping sini. Banyak sis shopping, syok tengok🛍️🛒👍
ReplyDeleteI so many people rage about this mall! I can't wait to shop there again, especially with all the good deals and the cheap item that we can get for home and family.
ReplyDeleteWah banyak betul tawaran hebat memang shopping kasi habis macam ni. Set TV tu memang berbaloi lah. Murah sangta dari hrga asal.
ReplyDeleteNicelah Lulu Hypermarket ni.. banyak offer menarik dan murah2... 1 day nanti nak kena pergi sini juga
ReplyDeleteSemua shopping kaw-kaw ni! Mesti best! Nak bawa mak pergi sekali jugak!
ReplyDeleteWow...this is one complete mall. I guess those who stay in cheras are super lucky! And the price tags on them are actually not too bad either. Even without that 4 days discount the prices are pretty decent.
ReplyDelete