Seramai 1200 penduduk flat kos rendah Taman Segar Bakal Menerima Rumah Baru Yang Lebih Baik
Satu sesi Penyampaian Perjanjian Ganti Rumah kepada penghuni flat kos rendah Taman Segar telah berlangsung pada 14 Julai 2019 di Taman Segar Cheras Kuala Lumpur. Majlis ini turut dihadiri YB Tuan Haji Khalid Abdul Samad, Menteri Wilayah Persekutuan, YBhg. Datuk Hajah Rosida binti Jaafar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan & Sosio Ekonomi) Kementerian Wilayah Persekutuan, YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain, Setiausaha Bahagian (Bahagian Sosio Ekonomi) Kementerian Wilayah Persekutuan serta wakil-wakil dari pihak pemaju dan penduduk Taman Segar yang terlibat.
Untuk pengetahuan semua 300 unit flat rumah kos murah ini telah dibina sejak awal tahun 1980 lagi. Dan kini usia bangunan hakmilik strata ini sudah menjangkau hampir usia 40 tahun dan kebanyakan penghuninya adalah warga emas. Biarpun lokasi kediaman agak strategik di kawasana Cheras yang berdekatan dengan pelbagai kemudahan awam. Namun keadaan struktur bangunan yang sudah usang, serta pelbagai masalah kerosakan yang sukar diperbaiki seperi retakan serius pada tiang utama, kerosakan pada paip dan sebagainya yang kerap sekaligus memberi bebanan kepada penghuni flat kos rendah Taman Segar.
Atas itu satu tawaran cadangan daripada syarikat hartanah Upper Label Sdn Bhd untuk membangunkan semula kawasan kediaman yang didiami ini sekarang ini kepada ruang unit yang lebih besar dan lengkap dengan fasiliti yang dapat memberi keselesaan yang lebih baik.
Dan satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatanagi diantara Mr Tony Chin Hon Fah selaku Pengarah Upper Land Sdn Bhd bersama dengan 'Joint Management Corporation' (JMC) wakil dari penduduk flat Taman Segar. Perjanjian Persefahaman ini turut disaksikan sendiri oleh YB Tuan Haji Khalid Abdul Samad, Menteri Wilayah Persekutuan.
Apa yang menarik rumah yang bakal dibina dan didiami penduduk flat kos rendah Taman Segar ini merupakan apartmen kos sederhana dilengkapi dengan kemudahan lif. Jika dulu keluasan rumah flat kos rendah hanyalah 500 kaki persegi dan 2 bilik seunit. Dan untuk apartmen kos sederhana ini berkeluasan ianya 900 kaki persegi dengan 3 bilik seunit. Jauh lebih luas dan selesa. Terdapat juga fasiliti lain seperti yang ada di kondominum iaitu kolam renang, gymnasium dan pelbagai lagi. Dan fasiliti ini diberikan secara percuma. Projek pembangunan rumah baru ini dijangka siap dalam tempoh 3 tahun lagi.
Wakil dari penduduk menerima surat perjanjian
Projek gantian rumah (Segar Residences) ini tidak melibatkan sebarang subsidi daripada Kerajaan. Ianya adalah dibawah program Rumah Wilayah satu projek tanggungjawab sosial (CSR) oleh Syarikat Upper Label dan Seni Binaraya, Diharapkan dengan inisiatif pembinaan rumah baru ini dapat meningkatkan taraf hidup penduduk-penduduk serta komuniti Taman Segar.
Antara wakil dari penduduk menerima surat perjanjian
Syarikat Upper Label dan Sri Binaraya sentiasa memberi komitmen dalam membantu kerajaan untuk menyediakan perumahan yang mampu milik oleh semua masyarakat di Wilayah Persekutuan. Antara projek perumahan yang sukses disiapkan adalah projek RumaWIP iaitu Projek Pandamas 2 yang mana berjaya disiapkan 10 bulan lebih awal daripada tarikh penyerahan yang disasarkan.
Diantara projek perumahan yang lain di bawah Sri Binaraya Sdn Bhd adalah seperti Holmes 2 (4 blok kondominium yang mengandungi 1814 unit di Bandar Tun Razak), East Parc @ Manjalara (Servis Apartmen di Bandar Manjalara Kepong), Inspirasi Mont Kiara (2 blok servis apartmen di Mont Kiara Kuala Lumpur) dan The Clio 2 (3 blok servis apartment, 550 unit yang terletak di Dengkil Putrajaya).
Wakil-wakil penduduk (Blok A, Blok B dan Blok C) bergambar kenangan bersama dengan YB Tuan Haji Khalid Abdul Samad, Menteri Wilayah Persekutuan, dif-dif jemputan dan wakil pihak pemaju.
Di dalam majlis ini YB Tuan Haji Khalid Abdul Samad, Menteri Wilayah Persekutuan turut menandatangani plaque sebagai tanda perasmian kepada projek pembangunan semula flat kos rendah Taman Segar.
Projek pembinaan SEGAR Residents ini melibatkan keluasan pembangunan seluas 4.456 ekar dengan pembinaan apartmen kos sederhana dengan keluasan setiap unit adalah 900 kaki persegi.
Berdekatan dengan projek pembinaan terdapatnya sekolah dan kolej. Selain itu ianya juga berdekatan dengan pusat membeli belah Cheras Leisure Mall, EkoCheras Mall, bank, restoran dan pelbagai kemudahan lain.
Diharapkan dengan penerimaan ganti rumah baru kepada 1200 penduduk flat kos rendah Taman Segar ini dapat memberi lebih keselesaan serta meningkatkan taraf kualiti hidup ke arah yang lebih baik dan mampan.
Seramai 1200 penduduk flat kos rendah Taman Segar Bakal Menerima Rumah Baru Yang Lebih Baik
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
July 15, 2019
Rating:
tahniah kepada penerima..
ReplyDeleteTahniah kepada semua penerima rumah flat baru. Banyak fasiliti yang disediakan. Saiz keluasan rumah pun jauh berbeza dengan sebelum ni. Diharap penduduk flat baru dapat menghargai apa yang diterima
ReplyDeleteKak Ayu, thanks for sharing. I pon paling suka bila developer deliver projek awal kepada penghuni. Mesti happy kan, harap harap masa depan banyak lagi perumahan yang segini.
ReplyDeleteI harap rumah yang mereka dapat tu berkualiti la hendaknya. Jangan la sebab flat kos rendah pemaju buat cincai je. Tahniah juga kepada kerajaan kerana prihatin dengan rakyat. Seronok la mereka dapat rumah baru.
ReplyDeletealhamdulillah. rezeki. seronok dan gembira bila dapat upgrade rumah dengan cara sebegini. :) terima kasih atas perkongsian :)
ReplyDeleteAlhamdulillah, masih ada lagi orang besar yang prihatin dengan issue rumah ni ye. Kalau dilihat dengan mata kasar memang kebanyakan rumah flat kos rendah ni kurang diselenggara dengan baik. Rezeki mereka lah kalau rumah tu bakal diperbaharui kan..
ReplyDeleteseronok tengok pemilik rumah senyum sampai ke pipi dapat rumah baru yang lengkap dengan kemudahan & selesa. tinggi jugak ruamah baru mereka ni, siapa yang duduk atas sekali mesti dapat view cantik dari jendela. tahniah semua!
ReplyDeleteWow...this is a very good news for many people. Should come up with more projects like this.
ReplyDeleteWah seronoknya kak, diorang dapat rumah baru. moga lebih selesa. rezeki betul kan.
ReplyDeleteWahhh, bestlah dorang naik rumah baru. Moga dengan adanya rumah baru ni, kehidupan mereka akan lebih selesa berbanding rumah lama mereka. suka dengar orang nak naik rumah baru ni. Kita belum lagi, hehe
ReplyDeletewah bagusnya..seronok diaorang dapat rumah baru..harap diaornag lebih selesa bila dapat tempat tinggal macam n. Bagus nyaa
ReplyDeleteSekarang flat dah tak macam dulu dah. Cantik dah dan banyak kemudahan. Beruntung sape yang dapat flat skrg ni.Moga penghuni tak sia2 kan kemudhan yang diberi
ReplyDeleteBagusnya macam ni. Tahniah buat penerima. Rezeki dapat rumah lebih besar dan selesa.
ReplyDeletewah,,bagus jugak mcm ni
ReplyDeleteThis is a great move and hope that more such project to help the people.
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki untuk mereka dpt rumah baru yang jauh lebih selesa. Sokong penuh usaha kerajaan menambah baik kualiti hidup rakayat di negara kite ni. Hope to see more after this
ReplyDeleteWah seronoknya lebih selesa la lepas ni. Paling suka jenis flat yang banyak kemudahan dalam masa yang sama kena la juga jaga semua fasiliti yang ada
ReplyDeleteSeronoknya. Semua macam dapat rumah upgrade mcm tu je. Design pun nmpk modern and cantik. Tk sbar nk tunggu rumah ni siap. silap silap berjiran jugak dgn org yang dah lama duduk sini. hehe
ReplyDelete