Starbucks Signing Store Menyambut Ulangtahun ke-3
Program "Advanced Coffee Master" ini telah memberi latihan barista yang berkelayakan untuk menjadi pakar dalam dunia barista terutama penggunaan pelbagai peralatan menghasilkan air kopi. Ini kita dapat lihat bagaimana 3 barista (kurang pendegaran) menunjukkan skill mereka membrew kopi menggunakan kaedah "Pour Over". Bertambah menarik basrista ini juga mempunyai kelayakan untuk mengadakan sesi "coffee chat" bersama orang awam menggunakan bahasa isyarat di Starbucks Signing Store.
Memberi peluang kepada pekerja mereka yang kurang pendengaran dan bisu, membuktikan Starbucks Signing Store yakin pekerja kurang upaya mereka juga mempunyai kelebihan menjadi barista terbaik dengan mengendalikan mesin kopi secara profesional. Mereka bukan sahaja hebat menyediakan secangkir kopi Starbucks bahkan mempunyai aura yang sangat hebat dalam mengalukan kunjungan pelanggan ke outlet Starbucks. Kita boleh mengenali mereka melalui warna apron yang disarung iaitu berwarna hitam, khas untuk barista Starbucks disulamkan juga perkataan Starbucks di apron mereka.
Starbucks Signing Store di Bangsar II menyediakan pelbagai latihan kepada pekerja mereka yang kurang pendengaran dan bisu. Di mana ianya dapat meningkatkan 'soft skills", etika bekerja, pertumbuhan kareer dan bekerja dengan cemerlang dalam satu pasukan. Dan dijangkakan satu lagi Starbucks Signing Store akan dibuka di cawangan Pulau Pinang pada awal tahun 2020.
Jom Starbucks!
Untuk keterangan lanjut boleh layari laman web www.starbucks.com.my

Barisan barista yang telah mendapat pengiktirafan didalam "Advanced Coffee Master" bersama VIP yang hadir.
Kaedah "Pour Over Brewing" boleh disapati di signing store bermula dari 25 Julai 2019 dan pelanggan boleh merasainya sendiri melalui sesi khas yang dijadualkan bersama Advanced Coffee Master.
Untuk keterangan lanjut boleh layari laman web www.starbucks.com.my
Starbucks Signing Store Menyambut Ulangtahun ke-3
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
July 26, 2019
Rating:
No comments:
Sharing is caring...