Tony Roma's Menawarkan Hidangan Hebat Untuk Tempoh Terhad Buat Pencinta Masakan "Lamb"

Hidangan stik di Tony Roma's tidak pernah mengecewakan. Jujurnya, saya sendiri adalah penggemar hampir ke semua hidangan di Tony Roma's. Dan apabila Tony Roma's menawarkan "Lamb Lover's Platter" yang cukup popular dan merupakan antara seleksi hidangan TR yang hebat haruslah saya sendiri tidak mahu melepaskan peluang merasainya sama.

Untuk pengetahuan semua Tony Roma's mula memperkenalkan hidangan "ribs lamb" sejak tahun 2013 lagi. Ianya dimasak dengan penuh teliti oleh chef profesional menggunakan teknik-teknik tertentu bagi menghasilkan daging yang dimasak empuk dan berjus. Tidak hairanlah hidangan ini telah dianugerahkan dengan "Brand Innovation" daripada Romacorp.

Antara hidangan kambing yang korang boleh cuba di Tony Roma's untuk masa terhad adalah seperti:-

LAMB LOVER's PLATTER | RM158.80 nett

Peminat daging no.1 harus menikmati platter ini. Ianya mewah dengan pelbagai jenis masakan daging yang mampu memberi kepuasan maksima.  Apa yang ada dalam set ini seuatu yang sangat 'worth for money" iaitu 'tender and seasoned Lamb Shoulder', 'Lamb Ribs with honey and plum sauce', 'Lamb Cevapi with pickle onions' -ni sedap giler dan juga kerepak kentang.

Tapi kalau korang tak nak beli set platter. Sebab set ini sesuai dinikmati lebih daripada sorang, korang boleh juga boleh menikmati set 'single' seperti di bawah yerrp.

Grilled Lamb Shoulder | RM85.80

Apa yang best tentang daging ini adalah cara masakannya yang memerlukan teknik yang betul sehingga menghasilkan rasa perapan daging yang agak garing di luar - smoked! Dan bila kita gigit rasa daging sangat lembut sebab isinya sangat berjus. Kesedapannya susah nak gambarkan dengan kata-kata. Tapi masa saya nikmati hidangan ini memang sampai terpejam-pejam mata punyalah berselera. Ahaks..

Lamb Rib | RM70.80 nett

Rasa autentik yang begitu mewah apabila daging kambing bahagian 'rib' diperap bersama sos madu dan jus plum segar bersama halia. OMG! Dia punya lemak bahagian ribs ini bersama daging yang isinya sangat lembut, memang cukup padu apabila digril. Apatah lagi dengan kombinasi rasa perasa yang menjadi signature di TR menjadi hidangan ini cukup sempurna.

Lamb Burger | RM55 nett

Rahsia kesedapan hidangan ini sebenarnya terletka pada patties-nya. Isi daging yang sangat tebal didatangkan bersama roti bun yang sangat lembut, keju, tomato dan timun segar serta paling penting sos istimewanya.


Lamb Flatbed | RM55 (nett)

Seperti pizza yang mana 'flatbread' ranggup diatasnya diletakkan topping isi daging kambing yang telah diril, keju Havati yang telah dicairkan, crumbled blue cheese, wild mushroom, red peppers, chives dan juga sos 'creamy horseradish'.

Crunch Tower | RM18.80

Konsepnya kita 'makan sama-sama' ada kerepek kentang ranggup bersama percikan rasa tomato citrus dan juga perisa  telur asin. Tidak dilupakan 'onion rings' yang ranggup bersama dengan 'potato tots' yang sangat 'fluffy' - lembut dan gebu didatangkan bersama dengan 'spicy glaze'.

Sekarang ada contest tau korang! Ambil gambar dengan Crunch Tower kongsikan di laman sosial media dan jangan lupa untuk tag Tony Roma's Malaysia bersama hashtag #JOMTONYROMAS. Dan korang berpeluang untuk memenangi voucher makan tengahari secara percuma. Best giler!!


Kek | RM10

Untuk setiap tempahan hidangan di atas, korang juga boleh dapatkan pencuci mulut iaitu Kek Double Chocolate Treat ataupun Premium Carrot Walnut pada harga RM10 sahaja. Kedua-dua kek ini memang sedap, sebab saya sudah mencubanya sendiri. Feveret saya tentulah carrot kek yang di bahagian atas diletakkan hirisan lobak merah segar. Dan rasa kek itu sendiri memang ohsem terutama dalam setiap gigitan kita akan rasa kacang walnut yang didatangkan bersama.

Strawberry Floats | RM11.90 (nett)
Sarsaparilla Floats | RM11.90 (nett)

So korang jangan lupa terjah cawangan Tony Roma's yang berdekatan tau. Dan rebut peluang untuk merasai sendiri hidangan daging kambing yang ditawarkan. Ahemmmm! Promosi ini adalah untuk tempoh yang terhad sahaja iaitu bermula dari 1 Julai 2019 sehingga 31 Ogos 2019 sahaja.


Jom ke Tony Roma's!!
Tony Roma's Menawarkan Hidangan Hebat Untuk Tempoh Terhad Buat Pencinta Masakan "Lamb" Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 08, 2019 Rating: 5

1 comment:

  1. I am a lamb chop lover! Terima kasih dengan sharing ini. Tony Roma's selalu menyediakan makanan yang sedap terutamanya seafood mereka memang fresh! Mereka mesti mendapatkan bahan mereka dengan lori makanan yang efficient dan berkualiti terus dari laut :P. Anyway minngu ini saya akan try lamb chop di Tony Roma's~

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.