Ahli Parlimen Tanah Merah Memberi Sumbangan 67,000 kain Washable Silk Dari Jakel Shah Alam
Pada 30 Ogos 2019, saya telah berkesempatan menghadiri ke majlis tandatangan MoU diantara pihak Jakel Shah Alam dan Parlimen Tanah Merah. Di mana pihak Jakel Shah Alam akan membekalkan sebanyak 67,000 pasang kain washable silk kepada pengundi-pengundi Parlimen Tanah Merah.
Pemberian kain pasang ini antara lain sebagai tanda kesyukuran di atas pembinaan projek persimpangan bertingkat yang bernilai lebih kurang RM150 juta yang akan bakal siap sepenuhnya dalam masa beberapa bulan lagi. Tidak dinafikan dengan adanya persimpangan bertingkat ini sangat memberi kemudahan dan keselesaan bukan sahaja kepada masyarakat setempat bahkan kepada rakyat Kelantan dan Malaysia.
Selain itu pemberian kain ini juga secara peribadi adalah sebagai tanda terima kasih dan sokongan buat pengundi yang menyokong YB Datuk Sri Ikmal Hisham sehingga beliau terpilih lagi sebagai Ahli Parlimen buat penggal kedua pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu. Pemberian kaini ini adalah kepada semua pengundi di bawah Parlimen Tanah Merah tidak kira bangsa dan agama, latarbelakang mahupun fahaman poilitik.
Menurut YB Datuk Sri Ikmal Hisham, pemilihan kain washable silk adalah kerana kain ini sesuai samada untuk lelaki mahupun perempuan. Selain daripada kualiti kainnya yang sangat cantik, kain ini juga datang dengan pelbagai warna yang menarik. Dengan pemberian kain pasang juga memberi peluang kepada pengundi Tanah Merah untuk memilih dan menentukan rekaan pakaian yang mereka gemari untuk dijadikan baju.
Stok adalah terhad, siapa cepat dia dapat!
www.facebook.com/jakelshahalam
www.instagram.com/jakel_shahalam
Ahli Parlimen Tanah Merah Memberi Sumbangan 67,000 kain Washable Silk Dari Jakel Shah Alam
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
August 31, 2019
Rating:
No comments:
Sharing is caring...