Aitea by Thaitea, Istimewa Buat Peminat Teh Sejati

Orang kata menikmati teh di waktu pagi adalah lebih baik daripada kopi, heheheh. Ini adalah kerana teh mempunyai rasa dan aroma yang memberi ketenangan Pada masa yang sama terdapat juga teh yang mempunyai khasiatnya yang tersendiri seperti anti-oksida dan sebagainya.

Saya sendiri cukup meminati teh. Samada ianya dinikmati secara panas mahupun sejuk. Bagi saya teh adalah unik. Ini kerana terdapat pelbagai jenis teh di pasaran yang kita boleh pilih mengikut selera dan juga kesesuaian masa diambil. Contoh, breakfast tea biasanya akan kita nikmati di awal pagi, chamomile tea ramai yang sarankan untuk ambil sebelum tidur dan pelbagai lagi.

Antara jenama tea yang gemari adalah Aitea by Thaitea. Saya telah mencuba 2 jenis teh dari jenama ini dan memang saya sangat rekomen kepada korang untuk mencuba sama :-)

Sencha Green Tea

Teknik cara teh hijau ini dihasilkan adalah melalui proses pengasapan selepas dikeringkan. Apa yang penting daun teh hijau dipilih yang paling berkualiti dan diberada id dalam gred yang paling tinggi. Selain iu dalam penyediaan teh hijau ini merek menggunakan teknik orang jepun iaitu 'uku' bagi mengekalkan kesegaran dan aroma teh itu sendiri.

Hanya masukkan uncang teh ke dalam cawan yang berisi air samada panas ataupun sejuk. Rendam seketika.

Dalam 1 minit air akan bertukar warna. Jadilah teh hijau! Saya suka nikmati panas-panas tanpa gula. Jika suka korang boleh juga tambah gula tapi tidaklah digalakkan sangat. Teh hijau sangat bagus kalau kita susah nak tidur dan sangat disarankan untuk mengambilnya. Teh hijau juga boleh membantu memperbaiki kerosakan sel badan, membantu melancarkan darah dan banyak lagi.

Secha Green Tea ini ditawarkan pada harga RM20 untuk satu kotak yang mengandungi 20 uncang teh di dalamnya. Untuk lebih penjimatan beli 2 kotak dengan harga RM35. Lebih berbaloi!

Flower Tea

Flower Tea ini memang sangat saya rekomenkan.Dijual didalam satu kotak yang mengandungi 5 jenis teh bunga. Dan di dalam set kotak ini terdapat 12 uncang yang dijual pada harga RM39.90 sahaja. Lima teh bunga adalah seperti berikut:-

1) Winter Bloom Tea
Ianya campuran Chrysanthemum, Chrysanthemum Musim Sejuk, Daun Bambu dan Jasmine. Gabungan aroma bunga Chrysanthemum dan melati mampu memberi ketenangan. Ianya juga bagus sebagai anti-penuaan.

2) Rosy Invitation Tea
Teh ini dihasilkan daripada campuran Rose dan Osmanthus. Ramuan bunga mawar dapat mencantiikan kulit. Manakala bunga Osmanthus dapat mengurangkan rasa panas dan juga keletihan badan. Teh ini juga mempunyai agen pencerahan.

3) Taste of Earth Tea
Ianya campuran Buckwheat, Bamboo Leaves dan Osmunthus. Teh ini dapat memberi kesegaran pada badan kita secara semulajadi. Teh ini  juga membantu penghadaman kita yerppp!!

4) Birth of a Beauty Tea
Teh dari campuran Red Dates dan Ginseng. Ianya mempunyai aroma yang kaya yang hebat. Ramuan didalam teh ini dapat membantu peredaran darah.

5) Essence of Red Tea
Mengandungi campuran Rose, Roselle dan Black Grapes. Aroma teh ini sangat menenangkan. Ramuan didalam teh ini dapat mengekalkan keremajaan kulit wajah, mengurangkan keletihan, meningkatkan metabolisme dan juga mampu menghilangkan rasa dahaga.



Cara saya nikmati panas hanya satu sudu gula kecil ataupun tanpa gula. Untuk lebih rasa teh sebenar dan juga kualiti aroma yang hebat.

Teh yang dinikmati secara sejuk pun 'not bad' rasanya :-) Memang sangat membantu menghilangkan dahaga.


Menikmati teh hijau di waktu petang bersama dengan kentang goreng kegemaran.

Mahupun bersama roti puri di waktu pagi, oh ya! Kali ini saya memilih teh bunga sebagai padanan sarapan.

Jangan lupa untuk sertai giveaway Aitea di FB. Mana tahu boleh menang hadiah..ahah! Rezeki sangat!



Untuk keterangan lanjut boleh layari  laman FB Aitea
Aitea by Thaitea, Istimewa Buat Peminat Teh Sejati Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 08, 2019 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.