Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum Hokkaido Rose Kini Berada Di Pasaran
Sentiasa harum sepanjang hari sememangnya dapat meningkatkan pesona dan keyakinan dalam diri seseorang. Apatah lagi individu tersebut seorang yang sangat aktif dalam gaya hidupnya. Dan apabila NIVEA memperkenalkan deodoran terbaru mereka yang dapat memberi kesegaran dan wangi biarpun seharian beraktiviti, haruslah saya ingin memliki dan mencubanya sendiri.
- memulih dari dalam
- menjadikan kulit bawah lengan lebih cerah dna licin
- mempunyai wangian Ros Hokkaido untuk keyakinan sepanjang hari
"Sebagai jenama dan peneraju nombor satu dalam pasaran deodoran, NIVEA dengan bangganya memperkenalkan produk baru ini yang mempunayi esesn Ros Jokkaido yang snagat unik dan berharga kepada wanita Malaysia. Dalam kehidupan seharian sebagai wanita yang sibuk dan aktif, formula esklusif ini dapat memelihara dan mencerahkan kulit dan pada yang sama menawarkan haruman yang lembut. Dengan Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum Hokkaido Rose naru ini, wanita akan dapat menikmati wangian yang tahan lama untuk kesagaran dan keyakinan sepanjang hari".
Encik Ng Hock Guan, Pengurus Serantau Beiersdorf Malaysia dan Singapura
Sempena dnegan pengenalan deodoran terbaru ini, NIVEA telah berkaloborasi bersama Melinda Looi pereka fesyen terkemuka Malaysia dalam menghasilkan 6 busana dibawah koleksi 'bespoke'.
Ianya adalah berinspirasikan bunga Ros Hokkaido yang sangat cantik dan begitu esklusif. Untuk pengetahuan semua bunga Ros Hokkaido hanya akan berkembang mekar setahun sekali sahaja (selama satu bulan). Agak 'rare' dan memang sangat istimewa.
Selain daripada Farah, turut hadir ke majlis pelancaran adalah penyanyi popular Joey Chua.
Bermula daripada 31 Julai sehingga 4 Ogos 2019, orang ramai dialu-alukan untuk mencuba dan dapatkan sendiri Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum Hokkaido Rose di Concourse North Court Mid Valley. Dengan setiap pembelian RM40 ke atas anda boleh mendapatkan hadiah sejambak bunga di sini secara PERCUMA
Deodoran Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum Hokkaido Rose dan Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum Sakura boleh didapati di semua pasaraya dan farmasi utama di seluruh negara dam bentuk roll-on mahupun semburan 150ml. Dan harga yang ditawarkan adalah RM12.50 dan RM17.50. Jom dapatkan sekarang!
Keterangan lanjut boleh layari:-
Deodoran NIVEA Whitening Deep Serum Hokkaido Rose Kini Berada Di Pasaran
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
August 01, 2019
Rating:
mesti wangi sampai ke petang ni...ok..nanti cari
ReplyDelete