Gyeonggi Korea Food Fair di MyTOWN Shopping Centre


Annyeonghaseyo!! Yerpp Korean Food Fair kembali lagi. Kali ini ianya berlangsung selama 13 hari yang bermula dari 6 Ogos sehingga18 Ogos 2019. Karnival diadakan di MyTOWN Shopping Centre Cheras menawarkan pelbagai produk Korea seperti makanan dan juga barangan penjagaan diri. Apa yang menarik, untuk  edisi Korean Food Fair kali ini telah mempertengahkan makanan yang cukup popular di bandar Gyeonggi-Do.

Untuk pengetahuan semua, Gyeonggi-Do adalah daerah yang cukup popular di Korea Selatan. Bandar ini agak tenang dan kaya dengan keindahan semulajadi. Saya difahamkan pengambaraan drama berantai yang cukup popular di Korea iaitu Descendants of the Sun telah dijalankan di sini. Selain daripada keindahan alam semulajadi, Gyeonggi-Do juga terkenal dengan 'street food' dan juga pelbagai hidangan lokal yang klasik dan masih digemari sehingga kini.

Selain daripada pes gochujang dan kimchi, terdapat beberapa hidangan yang menarik dan unik dari bandar Gyeonggi dibawa ke karnival ini.Antaranya seperti gambar makanan di bawah :-)





Pes dan hidangan 'homemade' yang dijual dalam gram ini sememangnya menjadi tarikan kerana keunikannya dari segi rasa, selain ianya agak sukar untuk kita dapatkan di Malaysia.

Saya paling suka "eomuk" yang juga dikenali sebagai "odeng", ianya adalah kek ikan yang sangat sedap. Di Malaysia kita boleh dapatkan di kedai K-Street, saya cuma tahu salah satu kedainya terdapat di Sunway Piramid.

Selain itu kita boleh dapatkan susu pisang, susu melon dan pelbagai lagi. Ini adalah antara produk Korea yang cukup popular di Malaysia.

Begitu juga dengan Pororo, produk yang cukup diminati oleh kanak-kanak. Paling best bila produk ini di Korean Food Fair, harganya lebih murah jika kita dapatkan di pasaran tempatan.

Versi kudapann yang sihat dari Korea iaitu keropok seaweed. Enak dimakan begitu sahaja :-)

Pepero yang didatangkan dengan pelbagai varian. Dan feveret saya tentulah yang mempunyai kacang badam.

 Dan terdapat pelbagai lagi jenis kudapan yang kita boleh pilih dan cuba.

Sesiapa yang mencari beras Korea, boleh dapatkan di sini.



Antara best seller sepanjang KoreaFood Fair tentulah mee ramen segera mereka. Di karnival ini terdapat banyak sangat pilihan samada jenama mahupun rasa. Geram tengok. Rasa nak borong semua, hehehe.

Produk dingin beku seperti rice cake, tofu dan pelbagai lagi makanan istimewa dari Korea ada jual di sini.

 Saya memang peminat hidangan tteokbokki, jadi haruslah beli rice cake simpan buat stok.

 Ais krim Korea yang menggunakan ramuan utama buah-buahan asli.

Di Korea Food Fair ini juga korang boleh dapatkan produk penjagaan diri. Dan ke semua jenama yang dibawa ke karnival adalah dari jenama yang cukup popular di negara Korea.

Saya telah mencuba serumnya. Memang best!


 Jenama Miseoul antara yang mendapat permintaan tingggi. Saya paling suka dengan produk aloe vera dari jenama ini. Memang menyejukkan jika kita pakai. Tidak hairanlah ianya bagus digunakan jika adalah masalah dengan kulit seperti melecur dan pelbagai lagi.

Seronok bila pergi karnival seperti ini sebab kita boleh melihat sendiri produk dan pada masa yang sama mencubanya sendiri.

Oh ya! Jika korang berbelanja RM100 ke atas (boleh digabungkan 2 resit), jangan lupa untuk sertai peraduan cabutan bertuah. Hanya isi borang yang disediakan, kepil bersama resit dan masukkan dalam kotak yang telah disediakan.

Ada pelbagai hadiah menarik ditawarkan. Korang berpeluang untuk menang TV, fitbit dan juga tiket konsert.


Boleh semak jadual diatas jika korang hendak menyertai pelabagi aktiviti menarik yang telah disediakan oleh pihak penganjur karnival. 


Oh ya! Anak-anak juga boleh menyertai pertandingan mewarna pada 10 Ogos 2019,  jam 12.30 tengahari.

Jangan lepaskan peluang korang, untuk datang ke Korea Food Fair di MyTOWN Shopping Centre. Pelbagai produk makanan mahupun penjagaan diri dari Korea boleh didapati di sini. Dan juga aktiviti menarik yang boleh diikuti. Tak singgah, rugi! Hihihi.

Joms!
Gyeonggi Korea Food Fair di MyTOWN Shopping Centre Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 07, 2019 Rating: 5

18 comments:

  1. Awesome post. Saya pun dah lama x attend Korean food expo.

    ReplyDelete
  2. Wah ikan bilis tu mcm sambal ya kak.. Nampak mcm Masakan kita pun ada kan... Mesti sedap tuuu.. Ramen ngn toppoki tu sedapnya kalau beli buat stock

    ReplyDelete
  3. Makanan korea ni tak semua tekak emi boleh terima. Yang sedap tu memang makan banyak2 pun tak puas. Tapi ada beberapa jenis makanan dia yang tekak emi tak boleh terima, hehe.

    ReplyDelete
  4. menarik ni. a best place utk kita kenal korean product kan.
    mcm aida la, sgt jakun lagi dgn korean food.
    if lah dpt gi. ogos mcm tak dpt naik KL hu hu hu hu...
    sabtu ahad anak busy tuisyen. aduhai.
    teringin sgt nak merasa korean food. melaka lom lagi ada food fest gini.
    harap ada la nanti.

    ReplyDelete
  5. Selalu gi food fest thailand je 😂 lepas ni boleh try korea plak 😊

    ReplyDelete
  6. wahh macam menarik. saya sebelum ni macam tak pernah makan korea food selain samyang tu. teringin nak cuba semua yang ada. macam lama juga ya food fair ni berlangsung. sempatlah nak pegi nnti. terima kasih share ya

    ReplyDelete
  7. Kalau makanan Korea,Naim tak pernah mencubai lagi walhai Manggi Pedas tu, lupa nama. haha.

    Kalau bab Makanan , Naim lebih alert lagi jika ada cop Halal baru tak was-was nak makan. hehe :)

    ReplyDelete
  8. wahh, menarik. Makanan korea yang saya suka , kimchi and samyang, tapi samyang tu pedas sangat, boleh sakit perut makan. Kene belaja buat samyang sendiri la rasa. Dah banyak dah sekarang restoran and makanan korea jual di malaysia. Senang, tak payah order kat korea

    ReplyDelete
  9. Anak ruby yang sulong suka ramen tu. Hehe.

    Karnival macam best. Sambil jalan jalan. Boleh rasa dan tengok sendiri.

    Siap ada pertandingan mewarna untuk anak-anak. Menarik!

    ReplyDelete
  10. Wahh..menarik nie..karnival korean food fair..sebab nad salah seorang peminat makanan korean..insyallah kalau tiada aral melintang, sampai la nad kat karnival korean food tue..xsabarnya nak try semua makanan korean tue..

    ReplyDelete
  11. Dengar korea je, terbayang makanan ramen. Makanan pedas2. Finally dapat juga merasa disini , tanpa perlu ke korea. Jom2 serbu gais tak lama dh tu eventnya

    ReplyDelete
  12. wahhh nak pergilah sebab paling suka shrimp cracker tu , masa pergi sana lama sikitt ai siap beli yg pek besar , sambil2 updet social media sambil kunyah shrimp crackerr

    ReplyDelete
  13. Saja je tau kak ayu duk tayang semua. Teringinnya nak pergi Korean Food Fair ni tapi masa tak kena huwaaa. Kita nak ramen tuuuu

    ReplyDelete
  14. wahhh menariknya event ni, K-Food lovers memang suka lah event ni sebab boleh dapatkan pelbagai jenis makanan korea dekat satu tempat

    ReplyDelete
  15. oh my god..mcam-macam makanan korea ada..bestnya..bestnya..nak pergi la..dh dekat dengan rumah..haishh..tapi kene ada duit banyak kan..ehhee.kot banyak sangt nak pergi beli..hahaa

    ReplyDelete
  16. ok sampai 18 Ogos masih sempat lg :P sgt berminat dlm hidangan2 homemade side dishes, hopefully the price is reasonable there!

    ReplyDelete
  17. Syok pula tengok product2 korea ni kan...mungkin dah terbiasa tengok pakeging produk negara sendiri sebab tu la kita teruja dengan lebal dan design pakeging mereka. Dan mereka pun dah mula target Malaysia sebagai hub Halal dunia.

    ReplyDelete
  18. bestnya K food fair tu adabanyak benda fav kita jual kat sana. Banana milk, rice cake, & banyak lagi. Pergi sana memang duduk berjam shopping je.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.