Jom Makan Nasi Campur Di Sime Darby Convention Centre
Restoran Halia di Sime Darby Convention Centre memang feveret saya dan keluarga terutama untuk buffet ramadhan mereka. Memang ohsem pilihan lauk pauk yang disediakan. Setanding hidangan hotel terkemuka tau. Tapi baru-baru ini saya telah ke sini lagi pada waktu makan tengahari kerana ingin menikmati nasi campur yang ditawarkan.
Siapa sangka biasanya nasi campur kita boleh nikmati di restoran biasa mahupun mamak kini boleh nikmatinya secara esklusif di Restoran Halia Sime Darby Convention Centre. Banyak pulak tu pilihan lauk pauk! Ada lebih 60 jenis semuanya. Dan harga yang ditawarkan adalah serendah RM3 sahaja tau.
Sebab keterujaan melihat pada lauk pauk, saya hampir terlupa mengambil banyak gambar. Tapi sempatlah saya rakamkan gambar lauk pauk yang saya nikmati kerana itu memang sudah berkenan di hati.
Selain itu antara tarikan utama tentulah ikan bakar. Ada terdapat pelbagai jenis ikan yang ditawarkan.Dan ianya didatangkan bersama dengan sambal kicap dan juga air asam. Memang sedap giler!
Terdapat juga sayur goreng, masak lemak dan pelbagai lagi. Tetapi saya sangat sukakan kerabu. Biasanya hidangan kerabu banyak ditawarkan di hotel-hotel. Tetapi di Restoran Halia tidak terkecuali memang ada banyak pilihan,sedap-sedap pulak tu.
Berkonsepkan hidangan melayu, memang tidak akan terlepas dengan ikan masin goreng, telur asin dan pelbagai lagi. Ini memang antara penyebab selera makan semakin bertambah tau!
Begitu juga dengan ulam-ulaman. Nikmatinya dengan sambal belacan memang terbaik!
Untuk air minuman sejuk seperti kordial memang free flow. Cuma jika korang inginkan air panas bole juga order di kaunter. Ada juga ABC yerpp.
Sup daging yang ohsem, cicah dengan roti :-)
Lokasi:
Restoran Halia
Sime Darby Convention Centre
1A, Jalan Bukit Kiara 1,
60000 Kuala Lumpur
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Email : halia.sdcc@simedarbyproperty.com
Tel : 03 - 2089 3799
Sekali sekala pekena nasi campur murah,
Sime Darby Convention Centre
1A, Jalan Bukit Kiara 1,
60000 Kuala Lumpur
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Email : halia.sdcc@simedarbyproperty.com
Tel : 03 - 2089 3799
Sekali sekala pekena nasi campur murah,
Jom Makan Nasi Campur Di Sime Darby Convention Centre
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
September 30, 2019
Rating:
Sedap ikan keli bakar tu 😊
ReplyDeleteitu jer ko makan, aku sket pun tak percaya hahaha. tapi harga pun not bad jugak lah. sangat boleh tarik crowd oopis yang ada di area sana kan. Tukar angin sekali sekala makan tempat sedap kan
ReplyDeleteYum! Yum! Yum! The food looks so tasty. Suka nyer saya baca post ini. Tambahan pula ada lauk kampung favorite saya- ikan keli. Ambiance Restaurant Halia nie pun nampak menarik juga. Tq for sharing and have a good day.
ReplyDeleteGambar first tu kemain ye... Hehehe. Banyak pilihan kat sini. I suka. Lepas tu tempat pun tenang je so kena menikmati masakan kat sini pelan2 la kan. I nak datang lagi...hehe
ReplyDeleteini yg best.
ReplyDeletenasi campur :)
aida ni plak sejenis yg takkan boleh idup tanpa nasi.
lelain jenis makanan tu ok la.
but nasi gini. lauk pauk nyer = wow!!!
baru la dikatakan tempat makan!
Nampak harga mampu bayar kan. haha. Terima kasih sudi berkongsi tempat sebegini. Lepas ini , jika Naim ke KL.Boleh pergi sini
ReplyDeleteuntung korang dapat port baru untuk lunch. heheh. makanan pun banyak pilihan.
ReplyDelete60 lauk ? Fuhh. Rambang mata nak pilih lauk2. Selalu rambang mata shopping je, makan pon boleh pening sekarang. Haha. Boleh la cuba next week sempat lagi kan . 😋
ReplyDeletemak aihhh... banyaknya jenis lauk! mau pening kepala nk pilih ni haaa.... menu sedap tempat best.. lepas penat shopping boleh relaks sambil makan... seronok tu!! bagus betul ni
ReplyDeleteWowo makan nasi campur dalam hotel. Memang mantapla kan.. menu banyak dan harga pun not bad. Selera tengok menu-menunya, banyak jugak menu yang ditawarkan.. if tak tahu nak makan apa memang tak tahu la nak kata kan..
ReplyDeleteSedapnya nasi campur. Mcm lama pulak tak makan nasi campir sebab selalu western ja. Haha bolehlah ajak member kee sini. Banyak jugak ya menu2nya.
ReplyDeleteSedapnya ikan keli tu. Banyak pilihan lauk yang tersedia. Semua nampak sedap. Boleh syorkan pada yang lain
ReplyDeleteTak permh makan lagi nasi halia.. Hehee.. Sedapnya semua lauk dia.. Menggoda tau.. Masakan melayu.. Adoiii.. Masakan kampung.. Ni mmg kenyang ni
ReplyDeleteWah this is something very different. Nasi campur in a fancy dining place and for such an affordable price. So worth.
ReplyDeleteWah paling suka nasi campur, kadang breakfast pun nasi campur hehe tapi harga dia berpatutan juga, nice
ReplyDeletesedapnya nasi campur..dah la banyak pilihan makanan tradisional. harga boleh tahan murah & berbaloi. kena ajak housemate datang singgah makan nasi campur kat sini la
ReplyDeleteSedao tu dot mkn nasi campur lglah plk menu masakan kampung, mcm2 ada yet
ReplyDeleteWahh murah juga ekk.. Tp xtau la kalau de yg mahal. Sebab ada dlm 60 jenis lauk kan.. Gila la banyak.. Kalau wawa sendiri pening nak pilih menu apa yg nak dimakan ... Tapi geram lak tgk menu ikan keli tu.. Aduuhh
ReplyDeleteWow banyaknya pilihan. Sampai 60 menu tu. memang tak ingat nak balik lah jawab nya haha. Ikan keli dan ulam ulam tu menarik sangat . Saya memang hantu ulam dan kerabu kerabu.
ReplyDeleteSelalu juga Bella ke Sime Darby Convention Centre tapi memang jarang makan atau lepak2 lepas dah attend event kat situ. Setakat jalan2 untuk expo je. Anyway, macam sedap je semua makanan dalam gambar2 ni. Harga pun not bad kan. Lengkali kalau Bella ada gi sana mesti nak singgah la and try sendiri lauk pauk yang ada.
ReplyDelete