Kempen "Tak Kenal Tak Cinta" Bersama Maggi Cukup Rasa

Datin Paduka Eina Azman cukup terkenal dengan perkongsian resepi-resepi masakannya untuk keluarganya. Ke semua resepi yang dikongsikan bukan sahaja mudah bahkan sangat sedap. Saya sendiri antara pengikutnya yang sentiasa mengikuti segala perkongsian resepinya terutama yang menggunakan produk CukupRasa Maggi.

Dan baru-baru ini CukupRasa Maggi telah melancarkan kempen terbaru mereka "Tak Kenal, Tak Cinta". Kempen ini mendorong wanita agar lebih berani mengambil langkah pertama untuk mencuba sesuatu yang baru. Ini kerana langkah baru ini dapat memberi kesan positif kepada kita untuk lebih berjaya.

Pelbagai aktiviti telah disediakan bersempena dengan pelancaran kempen ini. Antaranya seperti demonstrasi masakan oleh Datin Paduka Eina Azman. Terdapat juga Sesi Bual Bicara dengan topik Perbualan dengan wanita untuk mencapai lebih lagi setiap hari, acara atas pentas dan pelbagai lagi.


Saay dan Cik Lily sempat menyertai aktiviti memasak bersaam CukupRasa Maggi. Kami telah belajar 3 jenis resepi menarik dari Datuk Paduka Eina Azman.

Apa yang saya perhatikan dengan memasak menggunakan CukupRasa ianya dapat membantu menyedapkan rasa makanan yang disediakan.

Tiga masakan tersebut adalah nasi goreng cina, sayur campur dan ayam pedas bersama petai.

Perghhh!! Memang sangat mudah dan sedap. Dan ini merupakan antara lauk kegemaran Datin Paduka Eina Azman.

Sempat bergambar dengan ke semua peserta memasak, Chef Mulok dan Datin Paduka Eina Azman. Terima kasih Maggi Malaysia atas jemputan :-)

So korang kalau nak tahu mengenai roadshow  "Tak Kenal Tak Cinta" Maggi CukupRasa boleh layari www.maggi.com.my

Kempen "Tak Kenal Tak Cinta" Bersama Maggi Cukup Rasa Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 19, 2019 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.