Pelancaran Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower
Berpegangkan nilai-nilai yang diilhamkan daripada falsafah negara Jepun, pencipta produk mandian Shokubutsu telah memperkenalkan revolusi rangkaian Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower yang membolehkan sesiapa sahaja membersih dan melembapkan bahagian wajah dan badan secara efektif, dalam satu langkah ketika mandi!
Rangkaian produk baharu ini telah dilancarkan di Sunway Pyramid dengan kerjasama dari Watsons Malaysia dan duta jenama Shokubutsu Mochi Hada, pelakon terkenal Hong Kong Natalie Tong.
“Di Shokubutsu, kami memahami naluri pengguna kami untuk tampil lebih awet muda. Oleh yang demikian, kami meluangkan lebih banyak masa dan usaha untuk mencapai matlamat tersebut. Lazimnya, usaha penjagaan kulit tertumpu dibahagian wajah agar tampak cantik, tetapi mengabaikan 90% bahagian lain kulit badan kita. Perbualan dengan golongan wanita dapat membuka mata mereka apabila menyedari bahawa pengabaian selama ini akan mengakibatkan kulit badan mengalami proses penuaan lebih cepat berbanding dengan wajah mereka. Masalah ini bertambah buruk akibat kesibukan hidup dan kekangan masa serta tenaga dalam menjaga kulit badan, tidak seperti mana kita menjagai kulit wajah kita,”
“Pengabaian ini menyebabkan proses penuaan berlaku dengan lebih cepat pada kulit badan akibat kurang mendapat penjagaan dan perlindungan yang sepatutnya berbanding dengan kulit wajah kita. Penyelesaian kepada masalah tersebut adalah rangkaian Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower yang baharu. Diilhamkan daripada rutin ringkas daripada falsafah Jepun, produk inovatif ini dilahirkan dengan teknologi Moisture-Lock, yang memerangkap lembapan sedia ada di dalam kulit. Dengan itu, molekul-molekul air akan ‘terkunci’ di dalam kulit dan ini akan mengekalkan hidrasi kulit wajah dan badan dengan efisien,”
Carmen Foo, Pengurus Besar Kanan (Pemasaran), Southern Lion Sdn Bhd.
Kesimpulannya mudah – rangkaian Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower Series yang baharu menjadikan proses membersih dan melembapkan kulit pada kedua-dua bahagian wajah dan badan lebih mudah dan efektif dengan hanya satu langkah semasa mandi. Dengan produk baru ini, hadirlah satu cabaran baharu bagi semua untuk menyayangi kulit badan, seperti mana yang mereka lakukan pada wajah dalam menghasilkan kulit yang selembut mocha dari mandian kemandian.
“Saya gemarkan Shokubutsu Mochi Hada kerana ia menjimatkan masa mandi dengan meringkaskan rutin membersih dan melembapkan badan. Ia adalah selamat, lembut dan sangat efektif untuk wajah dan badan saya. Produk ini sangat hebat untuk pengguna-pengguna yang mempunyai jadual harian yang padat seperti saya. Saya belum pernah menemui produk yang seumpamanya yang diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi Jepun. Saya menyaksikan kesan perubahan yang positif dalam tempoh dua minggu setelah menggunakannya dengan kerap. Saya syorkan produk ini kepada semua untuk mendapatkan kulit yang lembut, licin dan berseri,” ulas Natalie Tong tentang pengalamannya dengan Shokubutsu Mochi Hada.
Selaras dengan prinsip-prinsip Shokubutsu yang menetapkan penggunaan bahan-bahan yang selamat dan semulajadi, rahsia kemujaraban Shokubutsu Mochi Hada terkandung di dalam khasiat semulajadi Minyak Tsubaki, satu ramuan penting dalam amalan kecantikan Jepun dan menjadi rahsia kecantikan di kalangan Geisha; Minyak Bran Beras, satu ramuan anti-penuaan yang membantu kulit wajah untuk tampak anjal dan tegang sambil mengekalkan kelembapannya; dan Ekstrak Tapai Beras, yang kaya dengan mineral dan asid amino yang diperlukan untuk mengekalkan tahap kelembapan kulit, tekstur, daya tahanan, serta penampilan keseluruhan yang lembut dan sihat.
Dibelakangi dengan proses penyelidikan dan pembangunan yang terperinci, rangkaian Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower telah diuji secara dermatologikal; lulus ujian kepedihan pada kulit dan terbukti bukan komedogenik. Ia sangat efektif walaupun masih lembut terhadap kulit di bahagian wajah dan badan. Dalam ujian penggunaan di rumah yang melibatkan 450 orang wanita, 80% daripada pengguna menyatakan bahawa mereka merasai kulit lebih licin, lebih lembut dan lebih berseri dalam tempoh penggunaan dua minggu! Hasilnya adalah satu produk yang ringkas, efisien dan efektif, apabila digunakan secara berterusan akan membuahkan kesan yang positif bagi membantu pengguna memperolehi kulit ‘selembut mochi’ dalam tempoh hanya dua minggu.
Golongan wanita dialu-alukan untuk memuat naik gambar emochi atau gambar wajah “smiley” di mana-mana bahagian badan mereka ke media sosial dengan tanda pagar atau hashtag #LoveYourFaceLoveYourBody sepanjang bulan Ogos dan September 2019 untuk memenangi kit mandian Shokubutsu Mochi Hada.
Dengan harga dari RM19.00, tiga varian rangkaian Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower boleh didapati secara eksklusif di kedai-kedai Watsons dan kedai dalam talian. Ia juga boleh didapati di rangkaian pasaraya utama dan stor e-dagang. Tiga varian tersebut adalah Shower Oil, Shower Lotion: Glow Radiance dan Shower Lotion: Ultra Moisture.
Sayangilah wajah DAN badan anda hari ini dengan Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower Series yang terbaru.
Pelancaran Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
August 04, 2019
Rating:
No comments:
Sharing is caring...