Pho Street Melancarkan Kempen "We Are Pho Everyone"

Pho Street restoran yang cukup popular dalam menawarkan pelbagai jenis hidangan makanan (street food) Vietnam, hari ini telah melancarkan satu kempen menarik bersempena dengan sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-62. Kempen "We Are Pho Everyone" ini menawarkan promosi hidangan yang cukup hebat yang sememangnya sangat dinantikan peminat masakan Vietnam.

Sebelum saya kongsikan tentang hidangan hebat yang perlu korang rasai sendiri di Pho Street, mari kita cuci mata dengan keindahan dekorasi restoran ini. Serius! Sangat cantik dan kemas. Ini terutama elemen-elemen deko yang digunakan umpama kita berada di jalanan negara Vietnam.

Klasik dan autentik. Suntikan pada pengcahayaan yang sederhana terang menjadikan seluruh ruang di sini nampak luas dan cantik.

Pilihan warna di setiap ruang juga menarik. Saya paling suka dengan feature wall di sini yang memaparkan aktviti masyarakat dan kesibukan bandar Vietnam setiap hari.

Jika kita ingin meraikan seseorang seperti sambutan hari kelahiran dan sebagainya. Ada juga sudut yang esklusif untuk kita raikan acara istimewa bersama yang tersayang.

Menurut Ms. Sow Keng Foo (Penolong Pengurus Pemasaran Pho Street), hidangan yang disediakan di Pho Street semuanya menggunakan ramuan segar dan mereka sangat berhati-hati dalam memilih bahan bagi memastikan kombinasi rasa dan aroma sentiasa mencapai tahap yang terbaik. Setiap  masakan yang disediakan akan dipantau selia oleh chef eksekutif, bagi memastikan hidangan yang disediakan begitu autentik dan benar-benar mengikut resepi asli dari Vietnam.

Yerp!! Berbalik kepada menu hidangan istimewa yang ditawarkan bersempena dengan kempen "We Are Pho Everyone" antara yang korang boleh cuba adalah seperti:-

Fresh Summer Roll with Prawn & Fresh Herbs

Memang puas hati dengan rasa udang segar serta 'rice noodle' dan juga daun herba. Dicicah bersama kuah kacang istimewa.


Crispy Spring Roll

Ini antara feveret saya. Rasa daging padu didalam intinya dan begitu ranggup spring roll di luar. Makan panas-panas dan cicah dengan nuoc cham memang terbaik.

Sos untuk kedua appertizer ini. Kuah kacan g dan nuoc cham (Vietnamese dipping sauce)


Pho Beef Combination

Selain itu saya turut rekomen korang untuk mencuba Pho Beef Combination yang turut dikenali sebagai "Beef Noodle". Apa yang menarik untuk menyediakan 'pho' ini memerlukan lebih kurang 8 jam air rebusan daging dihasilkan, mee beras khas dari Vietnam dan disediakan bersama daging (beef shank, beef tendons, beef slice, beef tendons) , bebola daging (buatan sendiri) dan perut lembu yang semuanya memang disahkan Halal (ada pensijilan Halal). Memang sedap, portion mee juga agak banyak.

Istimewanya bersempena dengan Kempen "We Are Pho Everyone", untuk satu mangkuk  Pho Beef Combination ini akan ditawarkan harga RM0.62 sen (harga asal RM19.90) bermula daripada jam 11.30 pagi sehingga 1.30 tengahari pada 8 September di semua 6 cawangan Pho Street. Manakala bermula dari 9 Sepetember sehingga 16 September 2019, harga semangkuk Pho Beef Combination diberikan diskaun RM6.20 daripada harga asal.

Roasted Lemongrass Chicken with Fragrant Rice

Bagi yang menggemari nasi bolehlah mencuba set ini. Di  mana ayam telah diperapkan bersama serai dipanggang dan dinikmati besama nasi dari beras wangi dan sos lada hitam.

Dari kiri Passion Fruit with Basil Mojito, Vietnamese Three Colour Dessert dan Vietnam Coffee (hot/cold)

Kopi Vietnam Pho Street memang terbaik dan rasanya betul kaw-kaw!

Jom kita raikan semangat muhibah bersempena dengan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-62 dengan menikmati hidangan 'street' yang hebat dari Vietnam dari restoran Pho Street.

Untuk keterangan lanjut dan promosi terkini boleh layari:-

Pho Street Melancarkan Kempen "We Are Pho Everyone" Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 22, 2019 Rating: 5

17 comments:

  1. yg last tu!!!
    aduhai. nak sgt!!!
    popia vietnam jer aida pernah makan.
    lain2 tak pernah lagi. vietnam pun lom jejak kaki.
    terbaik la. boleh la singgah and berangan berada di HCM city.

    ReplyDelete
  2. kopi dia nampak kaww sangat ! nasi ayam tu pun nampak best juga. boleh berkunjung ke sini nanti. insyaAllah.

    ReplyDelete
  3. Roll yang ada udang tu menggiurkan pulak i tengok....nampak sedap. I pernah rasa kopi Vietnam sebab adik i bagi as a souvenir dari Vietnam. Lupa dah rasanya.

    ReplyDelete
  4. kenapa semua menu baik makanan atau minuman nampak sedap sangat!!! serius terus jadi lapar tengok gambar tu semua, emm kene singgah cubalah nampaknya, nak2 popia vietnam tu nampak fresh sangat

    ReplyDelete
  5. Aduhhhh... sedap-sedap semua makanan tu. Lapar pulak tengok hahaha. Geram je.. kalau ke sana nanti nak cuba jugak la makan kat situ. Tergoda dahh

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  6. Wow restoran nih nampak sangat menarik.. Decoration dia nampak selesa kalau nak makan dekat situ. Kopi vietnam tu wajib cuba. Ramai kata sedap..

    ReplyDelete
  7. Sedapnya nampak semua menu2 makanan nie kak ayu.. AM mmg suka masakan Vietnam nie.. Nnti AM nak cuba terjah ke sana juga la hujung mmgu nie..

    ReplyDelete
  8. bestnya menu dia! Selalu tengok spring roll yang jernih tu, ada yang lagi sedap rupanya. Roasted Lemongrass Chicken pun nampak sedap. Tapi yang paling tempting kopi kaw dia fuhhhh

    ReplyDelete
  9. PATUTLA ORANG CAKP KOPI VIETNAM NI SEDP, SEKALI RASA MMEG OKLA..SEDP KAW BETUL..SUKA DENAGN BEEF TU..MEMNG NAK REPEAT DATANG SMULA

    ReplyDelete
  10. Nad xpernah lagi makan makanan vietnam nie..mayb next time boleh try mkan dekat sini..nampak menarik dan sedap menu die..thanks sharing

    ReplyDelete
  11. Wow! Cx sellau tengok orang hunting vietnam food but cx bukan sejenis suka cuba new food lagi² from other country hahahah! Tp suka tgk orang lain try and eat. Then I will ask them about the taste. Its good event to promote vietnam food

    ReplyDelete
  12. Creative pemilik restoren ni...decoration dia menarik...sejuk mata bila masuk ke kedai ni...disamping hidangan yg menyelerakan...tgk gambar pn dh tau mesti sedap hidangan kt sini...thanks sharing..

    ReplyDelete
  13. I like the food at Pho Street restoran. They taste authentic just like in Vietnam. Nice la they have new campaign for customers

    ReplyDelete
  14. I love vietnamese food and pho street is one of my favourite place to dine with my family.

    ReplyDelete
  15. Kalau ke sini, memang akan makan sup dia! Boleh hirup sampai licin tau.
    Next nak try nak nasi tu plak.
    Tak menyabar plak rasanya

    ReplyDelete
  16. Kalau Vietnam mesti teringat popia & kopi yang sedap tu. Boleh makan kat restoran ni nanti tak payah pergi jauh sampai vietnam.

    ReplyDelete
  17. Sedapnya.. Teringin nak rasa pho tu.. Mesti sedap kannn... Alia xpernah makan lagi... Tgk org asyik ckp best ja

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.