Produk Electrolux Kini Boleh Didapati di TBM Central i-City
Sebagai warga Shah Alam saya memang teruja apabila produk Electrolux jenama kegemaran saya boleh didapatkan di outlet TBM Central i-City. Seperti yang kita maklum, jenama Electrolux sememangnya cukup gah dengan teknologi dan inovasinya yang kini mencapai 100 tahun di pasaran. Pada 29 Ogos 2019, Electrolux akan menyambut ulangtahun ke-100!
Mula diperkenalkan pada tahun 1919, jenama ini sangat membantu terutama dalam kerja-kerja rumah dan tidak dinafikan ianya gadget yang sentiasa 'up-to-date' dengan keperluan masyarakat hari ini dan konsisten menawarkan produk-produk berinovasi yang menjadi solusi dalam kerja-kerja pembersihan di rumah..
Pembukaan rasmi Electrolux Shop IN Shop telah diadakan pada 9 Ogos 2019 di outlet TBM Central i-City.
Antaranya adalah resepi Braised carrot dengan miso cream & passion fruits dan juga Rye sourdough bread dengan whipped brown butter dan roasted buckwheat.
German Rye sourdough bread dengan whipped brown butter dan roasted buckwheat
Braised carrot dengan miso cream & passion fruits
Antara tarikan tentulah peti ais Electrolux yang cukup besar dan luas. Memang puas hati kalau dapat satu diletakkan di rumah.
Begitu banyak pilihan hampagas (vacuum) jenama Electrolux ditawarkan di sini.
Begitu juga dengan sterika. Ada pelbagai jenis sterika ditawarkan
Mesin basuh dengan pelbagai kapasiti dan fungsi.
Periuk nasi Electrolux pun ada juga ya!
Boleh juga dapatkan set dapur bersama hub. Jika lihat pada harga yang ditawarkan, agak murah juga.
Di sini korang boleh beli samada secara ansuran ataupun tunai. Yang pastinya pelbagai siri produk Elecrolux yang boleh didapatkan di sini. Begitu banyak pilihan, rambang mata membuat keputusan. Dan harga sangat berbaloi terutama jika ada jualan promosi seperti jualan pembukaan dan sebagainya.
Jangan lupa untuk singgah di TBM Central i-City bagi mendapatkan produk Electrolux yang korang ingini.
Produk Electrolux Kini Boleh Didapati di TBM Central i-City
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
August 13, 2019
Rating:
No comments:
Sharing is caring...