Restoran Sisik Klang Menawarkan Hidangan Seafood Gaya Masakan Melayu

Bandar Klang sememangnya sangat terkenal dengan makanan seafood. Dan antara restoran yang sangat saya rekomenkan untuk masakan seafood yang sedap adalah Restoran Sisik yang terletak di Bandar Botani di hadapan betul-betul pusat membeli-belah GM Klang (GM Klang Wholesales City).

Untuk pengetahuan semua Restoran Sisik  atau nama dahulunya adalah Restoran Resepi Warisan Tok telah ditubuhkan pada tahun 2013. Dari nama kita sudah jelas bagaimana pengasas restoran ini yang berasalkan daripada Pahang begitu ingin memartabatkan masakan melayu asli terutama dari segi ramuan dan cara masakannya.


Oh ya! hidangan seafood di sini korang boleh pilih samada nak nikmatinya bersama nasi putih panas mahupun nasi lemak sisik buluh perindu. 

Nasi lemak berwarna hijau dibungkus didalam daun pisang dan dimasukkan dalam batang buluh dan dikukus.

Macam kuih lepat, hehehe. Tapi ianya nasi lemak. Memang padu dari segi rasa dan aromanya!

Ya ampun! Punyalah segar-bugar ikan-ikan di sini. Paling penting terdapat banyak pilihan jenis ikan yang ditawarkan. Begitu juga dengan saiz jadi korang boleh pilih ikut jenis ikan yang digemari dan bilangan ramai yang ingin nikmati hidangan ikan tersebut.

Selain itu terdapat juga udang, sotong, kepah, lala, ketam dan pelbagai lagi.

Antara hidangan seafood gaya masakan melayu yang telah saya cuba seperti:-

Sotong bakar berempah dengan perapan istimewa.

Ikan siakap stim 

Ikan bakar tempoyak (pais). Hidangan ini memang win. Korang kena cuba memang sedap :-)

Ikan masak masam manis.

Assam Pedas Ikan. Ini antara hidangan yang mendapat permintaan tinggi di Restoran Sisik. Serius! Memang sedap.

Kepah goreng bercili

Dan juga masakan lala 3 rasa.

Udang goreng ranggup dengan sos kicap istimewa

Tomyam seafood

Dan banyak lagi. Semuanya sedap-sedap. korang kena datang datang cuba sendiri.

Oh ya! Rasanya tidak lengkap hidangan jika tiada sayuran dimakan bersama.

Apa yang menarik di Restoran Sisik menawarkan pelbagai jenis ulaman kampung seperti daun pegaga, petai, timun, daun kadok dan pelbagai lagi.

Ditawarkan juga dalam bentuk set. Dan sekiranya jika kita hendak nikmati sayur goreng panas-panas, boleh juga kita order di sini.

Antara masakan sayur yang popular adalah kangkung goreng belacan.

Selain daripada masakan seafood, korang juga boleh nikmati steamboat kat sini. Wah! Macam-macam ada tau dalam set steamboat yang ditawarkan.

Steamboat ni adalah berkonsep layanan diri yang mana kita boleh sediakan hidangan seafood bersama ahli keluarga atau rakan dan seterusnya menikmati bersama-sama.

Kuah yang dinikmati bersama steamboat. Perghh!! Merecik betul. Rasanya ala-ala kuah oden tau. Gabungan rasa tomyam dan asam pedas. Memang sedap noks.


Untuk satu-satu masa restoran ini boleh menempatkan sehingga 600 orang ya! So, kalau korang nak buat tempahan untuk majlis ekslusif, jamuan dan sebagainya tidak akan ada masalah.

Restoran ini beroperasi setiap hari bermula dari 8.00 pagi sehingga malam. Namun untuk masakan asli melayu kita boleh dapatkan dari jam 8.00 pagi sehingga 4.30 petang. Manakala makanan berasaskan hidupan laut (seafood) bermula jam 5.00 petang sehingga 12.30 tengah malam.

Nak makan telor ikan mayong, telur sotong, asam pedas dan pelbagai lauk tradisi melayu bolehlah datang dari jam 8.00 pagi sehinga 4.30 petang. Untuk steamboat dan hidangan bakar seafood samada tempoyak (pais) atau bakar berempah bolehlah datang ke Restoran Sisik dari jam 5 petang sehingga 12.30 tengah malam.

Saya dah cuba,
Memang teruja,
Hidangan enak belaka,
Masakan melayu istimewa!


Keterangan lanjut boleh layari pada pautan sosial media Restoran Sisik di:-
www.facebook.com/restoransisik

Untuk tempahan dan pertanyaan:-
019-2263004 ataupun 016-2240474
Restoran Sisik Klang Menawarkan Hidangan Seafood Gaya Masakan Melayu Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 02, 2019 Rating: 5

15 comments:

  1. sedapnya kak ayue makan. boleh tahan banyak pilihan masakan melayu restoren sisik ikan bakar sediakan. kalu datang pilih sendiri seafood pastu mintak chef masak pun boleh kan? tetiba craving sotong masak merah pulak. Kena cuba datang makan sini nanti

    ReplyDelete
  2. Rasa teringat ikan bakar tempoyak dorang 😋

    ReplyDelete
  3. Pergh terbaiklah! Tengok tu semua jenis hidangan yang diaediakan. Memang marvelous! Cx pernah ke GM Klang, so dah tahu landmark ntk ke sisik ni! Tq share! Nanti ke sana, cx nak try

    ReplyDelete
  4. Apeni semua makanan sedap-sedap.. adehhh. Terus lapar tengok semua gambar-gambar makanan tu. Memang nampak menyelerakan. Bahan-bahan yang digunakan pun segar. Kena cuba niii

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  5. Nasi lemak buluh perindu dia nampak macam sedap je tak pernah try lagi tapi KLANG tu jauh ya amat dari rumah I.. kalau husband rasa nak singgah rumah sedara dia di situ.. nanti i cuba cuba selit nak ke situ hahaa

    ReplyDelete
  6. okay now dah tahu nak makan ke mana kalau berada di sekitar klang. nampak menarik dan menu2nya sungguh menggiurkan

    ReplyDelete
  7. Terbaik la ulam-ulaman tu kak...tapi disediakan secara set ke? tak boleh pilih2 nak ulam apa? Yang seafood tu pula...hermmmm lepas makan kena detox badan :) kalau tak...saya kat KK pun tak layan makanan seafood..hihi

    ReplyDelete
  8. Semua nampak sedap makanan dia. Sotong bakar tu pon tempting. Boleh cuba ni. 600 orang boleh muat? Wow ramai nya. Besar giler ye kedainya. Boleh buat majlis or event apa kat situ. Senang kan. Baguslah owner dia, berinovasi

    ReplyDelete
  9. Astaga. Pepagi tengok juadah kat Sisik nie memang membuatkan kecur liur tau. Terus terasa nak memncari juadah makan tengah hari plak dah sebab teringin

    ReplyDelete
  10. nama restoran awesome.. pakaian bukan main unik.. menu plak adoiii mengancam jiwa!! x tau nk komen apa dh ni... terliur sgt2.... kalau gi sana mmg nk terjah gak... tq utk info ye kak

    ReplyDelete
  11. liez suka sangat ikan bakar dengan sambal tu. nasi lemak buluh perindu pun sedap cukup lemak. best juga makan dekat restoran sisik ni, enviroment pun best.

    ReplyDelete
  12. Ini ker restoran Sisik yang hangat sangat tu hehehe kita pun jelous tak dapat pergi tak apa dapat tengok makanan yang sedap kat sini semua bestnya makan lagi hehehehe...

    ReplyDelete
  13. Ini confirm satu piring nasi tak cukup tambah lagi masakan pedas-pedas asam, fuh ! meleleh air liur terkenang makanan Melayu

    ReplyDelete
  14. Nampak sedap lah semua seafood dia. lagi tengok ikan bakar, sotong bakar adoi tak boleh tahan. Sayur pun banyak pilihan, steamboat pun ada. memang betul banyak pilihan kat sini.

    ReplyDelete
  15. Paling best adalah ikan dan juga hidangan mee - sedapnya rasa tu dan kuahnya pekat sangat! Ikannya segar dengan penghantaran lori makanan yang professional. Memang menyelerakan dan juga harganya sangat bepatutan.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.