Chapayom di Central i-City

Sebagai seorang yang sangat gemarkan makanan yang dijual di tepi-tepi jalan (street), memang saya begitu teruja apabila diberitahu tentang pembukaan Chapayom di Central i-City yang begitu berdekatan dengan rumah. Dan Chapayom ada menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman lokal yang biasanya kita jumpa di 'street' Thailand.


Ke semua air yang ditawarkan di sini merupakan air minuman yang sememangnya cukup popular di negara Thailand. Tapi yang lebih menarik, air miuman yang dipesan kita boleh membuat permintaan istimewa dengan menambah 'topping' yang digemari seperti 'bubble' atau boba dan juga jelly. Psst: Untuk promosi sempena Merdeka topping adalah percuma yerpp..

Antara air minuman yang sentiasa menjadi permintaan pelanggan adalah seperti:-

Thai Milk Red Tea

Thai Milk Rose Tea

Thai Milk Green Tea

Thai Lime Red Tea

Thai Black Coffee

Dan sebenarnya ada banyak lagi minuman yang menarik. Seperti Thai Mocha, Thai Milk Coffee dan sebagainya.

Feveret saya tentulah Thai Milk Red Tea dan Thai Choco! Memang sedap, cuma untuk minuman Thai Choco coklat dia memang pekat.

Selain daripada minuman, korang juga boleh mencuba pelbagai hidangan makanan ala-ala di street Thailand. Antaranya seperti:-

Thai Imported Noodles (fishballs and crabsticks)

 Ini memang sedap! Dengan kuah tomyam yang padu rasanya dinikmati bersama mee, bebola ikan dan jejari ketam. Makan panas-panas memang terbaik.

Seronok bila dapat makan berkongsi seperti ini.

Mango Somtum

 Saya suka dengan rasa udang kering, masam-manis hirisan buah mangga, hirisan buah tomato, kacang tanah tumbuk dan sedikit percikan rasa pedas.

 
Mango Sticky Rice

Saya suka denan cara persembahan hidangan makanan ini. Nampak kemas dan teratur. Paling menarik warna pulut itu juga cantik.

Pulut mangga memang menjadi feveret my Yara. Dia boleh makan semua pulut mangga ni tau! Hahaha.

 Pulut mangga ini sedap dinikmati sejuk-sejuk bersama santan segar.

Jackfruit Sticky Rice

Kalau korang nak cuba kelainan, bolehlah order Jackfruit Sticky Rice. Buah nangka yang diletakkan pulut didalamnya dan kita nikmati bersama santan. Memang sangat direkomenkan!

Tidak dilupakan Thai Lok Lok. Sejenis snek Thailand yang sedap dinikmati bersama sos ataupun kuah oden.

Outlet Chapayom yang terletak di LG Central i-City ini turut menyediakan ruang makan (meja dan kerusi) bagi pelanggannya datang untk menikmati makanan dan minuman di situ. Sangat selesa samada kita datang makan seorang mahupun bersama keluarga dan rakan.

Oh ya! Bagi korang yang datang berbelanja di sini, dengan membayar lebih daripada RM30 bolehlah menyertai cabutan bertuah. Di mana hadiah yang ditawarkan adalah 1 gram solid gold. Dan ada 10 pemenang :-) Mana tahu rezeki datang minum dan makan di sini dapat ganjaran emas, heheh. Peraduan ini adalah sehingga 16 September 2019.

Untuk lebih info boleh layari:-

Jom korang singgah Chaayom Central i-City!
Chapayom di Central i-City Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 02, 2019 Rating: 5

18 comments:

  1. it's time to drink... nowadays is so popular with this drink.. so many brand out there....

    ReplyDelete
  2. Alahaiii sedapnya tengok pulut mangga tu. Kerabu mangga tu pulak buatkan kecur air lioq dlm mulut. Dah lah sis suka makan makanan thai ni. Boleg lah nanti sis cuba kat sana

    ReplyDelete
  3. terliur pulak tengok jackfruit sticky rice tu. Dah la comel, cantik pulak tu warna pulut dia. Rasa nak try lah red tea dengan choco tu sebab warna dia pekat memikat

    ReplyDelete
  4. 1st time dengar pulut dengan nangka tu . Nampak menarik dan pelbagai lak pilihan air. Rambang terus nak try yang mana dan harga sure berbaloi ni !

    ReplyDelete
  5. Rawlins baru lepas makan pulut mangga hari isnin tadi.
    Tapi tengok post nie rasa cam nak mengulang sambil minum boba thai plak.
    Eh.
    Ke Ayu nak belanja nie?

    ReplyDelete
  6. Yaya pun dah start suka makanan thai lepas balik dari krabi. Teringin pulak nak try Thai Milk Green Tea dia sebab ada bubble tea tu hihi boleh cuba nanti kalau kesana :)

    ReplyDelete
  7. Wah, banyak pilihan la drinks tu, nampak sedap sedap semua ... Yang mango tu pun nampak mcm besar, mesti sedap mkn dgn pulut.

    ReplyDelete
  8. cakap pasal thai, mesti terbayang tomyam dia yang pekat dan power, memang akan makan tanpa jemu, pulut mangga tu pun menu wajib cuba

    ReplyDelete
  9. OHHH DARI THAI KER PATUT SEBUT NAMA TU MACAM PELIK JER HEHEHE TAPI TEH SEMUA SEDAP ADA BOBA LAGI DALAM TU HARGA JUGA MENARIK NANTI KAK AYU BELANJA KITA LAH HEHEHEHE...

    ReplyDelete
  10. Beberapa minggu lepas baru try maknan and minum tea dkt sini. Mmg sedap! Rasa mcm nak try lagi sbb teringat pulak dkt mango sticky rice tu. Harga pun sgt berpatutan.

    ReplyDelete
  11. waa bestnya. tempat macam ni elok kalau gather sama sama dengan kawan kawan and keluarga. harga pun okei

    ReplyDelete
  12. terliur betul tengok air green tea tu. nak pergi cuba lah nanti masa lunch hour. Zul memang suka Thai Tea sebab rasa dia lain dari yang lain

    ReplyDelete
  13. memang ade dekat central i city je erk..tempat lain takde erk..sedapnya tengok smeua air dia..boleh dicuba ni

    ReplyDelete
  14. Chapayom.. rare nya nama hihi.. banyak jugak menu dekat Chapayom i-City ni ye, air pun banyak pilihan, somtam, tomyam, mango sticky rice.. semua makanan favourite ni.. boleh la singgah i-city pekena street food, lama kot tak pergi i-city tu..

    ReplyDelete
  15. Lama tak turun shah alam. Ada rezeki nanti boleh la cuba kan. Makanan thailand memang sedap. Ni air tengok pon nampak padu. Ehh terliur la tengok.

    ReplyDelete
  16. Ya Allah kak..
    Kita tergoda dengan pulut mangga tu..
    Cantik pulak kaler dia.
    Hehehe
    Menu lain pun nampak sedap je.
    Tengok harga pun tak la mahal mana kan.
    Kira mampu milik lagi la..
    Sedapnya air siap ada bubble tu..
    Favourite!

    ReplyDelete
  17. Lamanyaaaaa tak makan pulut mangga. Cantik pula pulut tu di letak pewarna. Menarik minat nak makan. Makanan Thai adalah salah satu kegemaran eiza. Sebab semua menu Thai sedap-sedap.

    ReplyDelete
  18. rasanya restoran chapayom nie masih baru tapi sana sini bagi review positif kata sedap makanan kat sini. jadi terasa ingin cuba pulak. tengok bubble tea dorg pon nampak best.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.