Jom Sertai Komuniti Aplikasi theAsianparent

Sebagai ibu yang sememangnya cukup rapat dengan dunia IT, saya tidak pernah menolak sebarang aplikasi baru yang banyak membantu kehidupan saya sebagai ibu. Apatah lagi, cabaran untuk membesarkan anak hari ini sangat besar yang memerlukan kita sentiasa mencari ilmu dunia keibubapaan. 

Jika dulu kita terbiasa bergantung informasi yang dikongsi oleh rakan-rakan terdekat, saudara-mara dan ibubapa kita sendiri. Kini dalam era dunia tanpa sempadan semuanya menjadi mudah, kita boleh mencari info dan berkongsi tips dengan semua orang tidak kira siapa sahaja, bangsa dan agama melalui satu platform.

Antara aplikasi yang boleh saya syorkan kepada kepada semua ibubapa adalah theAsianparent apps. Satu platform yang cukup menarik, menyediakan pelbagai informasi dan bantuan pertanyaan segala persoalan yang sering dihadapi oleh ibubapa hari ini.

Dan pada hari aplikasi theAsianparent, portal keibubaapaan  terbesar di Asia Tenggara untuk rangkaian bulanan mencecah lebih daripada 25 juta pengguna. Satu pencapaian yang hebat dan boleh dibanggakan.

Antara ciri yang terdapat di aplikasi ini seperti:-
  • Development Tracker
  • Community for Q&A
  • Photobook & Stickers
  • Contest & Rewards
  • By Mums for Mums Content
  • Media For Mum and Baby
  • Food& Nutrition
  • Baby Name Generator
  • Activities to avoid
  • VIP Platform
  • Medicine
  • Checklist

Saya sebenarnya ahli VIP untuk aplikasi ini. Dan memang saya agak teruja dengan konten yang dipersembahkan yang begitu kemas dan teratur. Untuk rakan saya yang sedang hamil memang saya syorkan mereka untuk muat turun aplikasi ini. Di aplikasi theAsianparent terdapat penjejak kehamilan yang mana kita boleh mengikut perkembangan kehamilan dari masa ke semasa. Pelbagai tips yang dapat memberi manfaat, selain daripada maklumat penting seperti simpton jangkaan bersalin, masalah kehamilan dan sebagainya.


Selain daripada penjejak kehamilan, terdapat juga informasi mengenai perkembangaan anak mengikut usia. Dan ianya disusun dengan kemas mengikut kategori bagi memudahkan pengguna membuat carian dengan pantas.

Saya juga sering membuka aplikasi intuk buat anak saya Yara yang kini sudah berusia 2 tahun. Beliau cukup gemar mendengar lagu-lagu didalam koleksi aplikasi. Antara lagu mmelayu kanak-kanak yang agak epik seperti 'burung kakak tua', 'can mali can' dan banyak lagi. Saya pun kadang-kadang tumpang sekaki mendengar sama. Mengembalikan memori zaman kecil hoi!!! Hahaha.

 Rasanya semua ibubapa gemar merakamkan momen anak-anak mereka. Sejak mereka dilahirkan sehinggalah merangkak, bertatih, berjalan, berlari - milestone yang tidak akan pernah dilupakan. Di aplikasi theAsianparent turut disediakan photobooth untuk kita memuat naik foto kesayangan kita dan yang paling best kita boleh deko gambar tersebut. Serius! Ada macam-macam template yang boleh korang pilih.

Kelebihan pada aplikasi theAsianparent,  kita boleh kongsikan segala pendapat, informasi atau lontarkan segala pertanyaan yang terbuku di hati (chewaahh). Sebagai contoh seperti seorang ibu diatas bertanyakan tentang ruam yang dihadapi oleh anaknya. Mungkin kita boleh google sahaja mengenai topik 'ruam' tetapi bila kita tanya didalam komuniti yang mana sentiasa menyokong satu sama lain. Kita akan mendapat pelbagai reaksi dan perkongsian yang sangat membantu kita.

Lebih hebat, terdapat pakar (EXPERT) iaitu doktor daripada Pusat Perubatan Sunway Velocity yang akan juga memberi input mengenai masalah yang diutarakan.



Seronok sebenarnya membaca pendapat dan juga perkongsian daripada ahli komuniti yang lain. Terutama isu vaksin, kehamilan, perkembangan anak. Dan sebenarnya sekiranya kita terlibat secara aktif dalam komuniti apps ini, ada ganjaran diberikan melalui pengumpulan poin. Untuk sejumlah poin tertentu kita boleh menukarkan dalam bentuk 'rewards/freebies' samada bonus dari ShopBack, langganan ifflix dan juga e-dompet Boost.

Kalau nak lebih mudah membuat carian korang boleh klik terus mengikut topik yang disediakan, Antaranya seperti:-
  • Preschooler (Pra Sekolah)
  • Bigger Kids
  • Random Talk
  • Toddler
  • Just Mums
  • Just Dads
  • Recipe Sharing (perkongsian resepi)
  • Breastfeeding (penyusuan)
  • Baby (Bayi)
  • Buy & Sell (Jual & Beli)
  • Pregnancy (Mengandung)
  • Trying To Conceive 

Fokus aplikasi ini juga bukan hanya penggunaan buat ibu sahaja bahkan untuk para bapa juga. 

Kegemaran saya tentulah membaca artikel yang terdapat di aplikasi ini. Pengisian yang sangat bagus terutama apabila dikongsikan kisah realiti yang pernah terjadi dalam dunia keibubapaan di seluruh dunia.

Sambil kita berkongsi informasi di aplikasi ini, sertailah sekali peraduan yang ditawarkan. Memang menarik semua hadiah/ganjaran yang ditawarkan. Mana tahu ada rezeki boleh menang, berganda-ganda lagi rasa kebahagiaan. Gitewwww.

 Semasa pelancaran aplikasi theAsianparent baru-baru ini, turut diadakan satu diskusi diantara panel yang dijemput seperti Eddy Han (Country General Manager Shopback Malaysia), Serina Sue Ibrahim (Deputy Country Manager of theAsianparent Malaysia) dan Dena Bahrain (KOL, content creator).  Manakala LeeAnn Chong dilantik sebagai moderator sepanjang diskusi berlangsung.

Antara topik yang dibincangkan adalah mengenai penglibatan ibubapa didalam pembelian barangan anak dan rumah, terutama dari segi segmen pasaran, budaya dan tingkah laku pembeli. Di mana  secara konklusinya pembelian secara online memang menjadi trend hari ini. Bukan hanya sahaja dapat menjimatkan masa, bahkan ianya boleh mengelakkan kita membawa anak ke tempat yang sesak untuk membeli dan paling penting begitu banyak tawaran hebat yang menanti melalui pembelian di atas talian.

Dan komuniti apps theAsianparent sangat membantu dalam membuat pemilihan serta perbandingan produk anak dan sekaligus pembelian yang bijak. Platform hebat yang mengumpulkan 1001 informasi sememangnya sangat membantu membuat keputusan yang tepat.

 Kami adalah ahli komuniti VIP  aplikasi theAsianparent!

Majlis yang ringkas namun penuh bermakna yang membolehkan saya bertemu dengan orang-orang kuat di sebalik kejayaan aplikasi theAsianparent Malaysia. Tidak dilupakan juga dengan para penaja, rakan koloborasi theAsianparent yang turut membekalkan kami ahli komuniti VIP  yang dijemput dengan pelbagai produk hebat mereka. Arigato hogamais ~MeBooks Asia, Fitlicious, Waka Waka, Grab dan Photobook Malaysia.


Jom korang! Muat turun aplikasi theAsianparent dan jadilah sebahagian komuniti platform keibubapaan yang hebat ini..


Anda ibubapa yang hebat!
Jom Sertai Komuniti Aplikasi theAsianparent Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 26, 2019 Rating: 5

18 comments:

  1. selama ni memang tahu ada web the asian parent ni. selalu juga baca ttg hal mendidik anak2. x sangka dr TTC sampailah ke anak dh besar pun ada mcm2 isu & tips boleh dapat dr sini. ilmu tu luas kan..

    nti nk try download lah apps. senang terus klik je bila nak baca..

    ReplyDelete
  2. Jika tips2 sewajar di puji. Jika apps ini macam mengambil kesempatan user yang menggunakan ia salah satu kesalahan cyber. hehe.

    ReplyDelete
  3. bagusnya ada apps macam ni, boleh berkongsi pengalaman dan ambil input penting tentang pregnancy dan parenting. Kalau dekat FB banyak bogus tips dan fake news, mungkin dekat sini tak ada semua tu

    ReplyDelete
  4. Bagus juga ada apps seperti ni. Banyak info dan maklumat kadang-kadang kita tak peroleh bila kita google, tapi bila dalam komuniti kita bukan saja dapat info malah dapat sokongan daripada ahli-ahli-lain. Memang best la apps ni.

    ReplyDelete
  5. wah. dah ada apps. boleh join ni.
    ok la.
    aida sgt suka baca2 info kekeluargaan.
    beri byk info.
    bantu kita dlm life.
    moreover, now berita dan info berkembang cepat sgt.
    need to folo close.

    ReplyDelete
  6. Saya pun dah download jugak apps ni. Memang best. Banyak ilmu dapat pasal parenting. Yang best ada contest jugak boleh join. Hadiah best best jugak

    ReplyDelete
  7. mek pun dah download the asian parents (TAP apps) ni. memang berbaloi, memang good info untuk kita semua as parents. parenting knowledge kadang tak semua dapat adapt daripada sekeliling so pembacaan itu penting dan pandangan jujur dari ibu bapa lain di dalam satu komuniti (apps) memang dapat membantu kita semua untuk menjadi ibu bapa yang lebih baik.

    ReplyDelete
  8. Seronok apps ni ye. Macam-macam sharing ada pasal ilmu parenting. Thank you share

    ReplyDelete
  9. Banyaknya info menarik dalam applikasi ni.. memang bagus untuk ibu-ibu jadikan rujukan.. anak-anak pun boleh guna sekali. thanks for sharin this info..

    ReplyDelete
  10. Bagus AsianParents apps ni... tak ingat password... hahahaha... rasanya haritu dah register dah... anyhow, lepas baca blog ni terus saya godek-godek balik diary untuk confirmkan semula password so that boleh layari this informative apps... thank you for sharing...

    ReplyDelete
  11. Selama ni Ruby google dan cari info tertentu, antara top website yang keluar, ini lah dia theAsianparent.

    Bagusnya ada applikasi macam ni. Mudah nak tambah ilmu.

    Boleh pula tanya soalan, dan pakar akan jawab.

    Nice entry kak Ayu

    ReplyDelete
  12. apps ni lain dari yang biasa! padat dan sangat seronok. untung tau sekarang ada apps macam ni. banding zaman dulu, gigih menggoogle laaa jawabnya. haha

    ReplyDelete
  13. baguslah sekarang dah ada apps The Asian Parents. kalau sebelum ni selalu jugak baca web dia.banyak info dan tips berguna tentang hal keibubapaan di sini.

    ReplyDelete
  14. Baguslah applikasi gini.. Bkn apa, sbb zaman sekarang semua nk senang. Tekan butang je semua info keluar.. But it's good la. Sng nk dpt tips semua under 1click je..

    ReplyDelete
  15. Suka layan TheAsian Parent dekat web. Boleh laa lepas ni download apps dia. Mesti lagi senang & best kan? Banyak info boleh dapat. Boleh tengok komen para ibu bapa. Sambil2 tu boleh tambah ilmu parenting kita. Tq share

    ReplyDelete
  16. Bagusnya ada aps dan pembacaan yang berguna untuk parents

    ReplyDelete
  17. Salah satu inovasi terbaik. Di zaman ini mmg teknologi patut digunakan dengan perkara2 sebegini. In shaa Allah di masa akan datang baru saya guna aplikasii ni sbb belum menjadi parent mahupun grandparent lagi. Terima kasih atas perkongsian ya

    ReplyDelete
  18. Wah.. Teknologi dan IT zaman sekarang sangat membantu ibu-ibu yang ada anak-anak kecil ni. Yang penting ada banyak info dan jawapan yang mudah diakses dan diketahui kalau ada masalah parenting. Terbaik the asian parent.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.