JOYLEE Ipump Gadget Inovasi Buat Ibu Yang Menyusu
Saya rasa ramai ibu yang samada sudah atau bakal mempunyai anak kecil (bayi) teruja untk memberi penyusuan secara esklusif. Ini kerana kita sedia maklum tentang kebaikan susu ibu terutama dari segi nutrisi dan juga kebaikannya yang lain terutama memberi ketahanan dari segi imuniti badan bayi. Susu ibu dapat membekalkan nutrien yang terbaik dan ianya mengandungi nutrient yang mencukupi mengikut keperluan bayi yang membesar. Kolostrum dalam susu ibu dapat menguatkan system imuniti bayi dan melindungi bayi dari jangkita seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru paru selain mencegah dari masalah alahan seperti asma dan juga eksema. Susu ibu dapat membantu perkembangan otak bayi dan meningkatkan kecerdikan bayi.
Bersama dengan pengasas JoyLee iaitu Cik Olivia Chew dalam memperkenalkan produk terbaru JOYLEETM Ipump :-)
Dan tidak dinafikan kita digalakkan untuk memberi susu ibu sepenuhnya kepada bayi kita dari mula dia dilahirkan sehingga berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Bagi saya sendiri apabila kita menyusukan anak secara tidak langsung, saya dan anak juga dapat berinteraksi bersama dan sekaligus mengeratkan lagi hubungan kasih sayang antara kami. Dan kebiasaannya apabila saya menyusukan anak, saya akan pandang wajah anak dan begitu juga anak saya. Momen yang sangat indah :-)
Bagi menyokong segala kebaikan dan juga mengalakkan ibu-ibu untuk terus konsisten memberi susu badan kepada bayi, JOYLEETM telah memperkenalkan JOYLEETM Ipump Pengepam Susu elektrik mudah alih moden yang sangat selesa, praktikal dan sesuai untuk ibu yang mementingkan masa. Gadget canggih ini didatangkan dengan butang kontrol yang dapat mengawal sedutan mengikut kesesuaian. Jadi memberi banyak pilihan kepada ibu yang menggunakannya.
Terdapat 27 jenis sedutan dari rendah dan yang paling maksimum. Setiap pengepaman akan direkod dan juga akan dipamirkan pada skrin papar untuk mengenangkan ibu membuat catatan. Selamat dan bersih dan mempunyai dwi fungsi pum dan juga mengurut dalam satu masa. Terdapat juga ciri butang berhenti dan mula kembali bagi memudahkan ibu membuat kerja lain dalam satu masa. Ianya juga membantu untuk membetulkan penarikan puting semasa penggunaan JOYLEETM Ipump.
Buat ibu yang bekerja dan juga mempunyai susu yang banyak, tidak perlu gusar lagi untuk membuat stok susu bayi korang. Ini kerana dengan JOYLEETM Ipump bukan sahaja boleh memberi keselesaan bahkan ianya juga selamat digunakan dimana juga. Untuk pengetahuan semua, bateri yang didatangkan bersama set ini boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang dan ini sangat membantu bagi ibu yang keluar bekerja.
Yerppp! teknologi JOYLEE Ipump dapat mengelakkan payu dara dari kendur kerana pam ini telah direka mengikut reka bentuk sfera payu dara bagi menyediakan perlindungan dan memberi sedutan yang selesa tanpa memanjangkan dan menarik puting lebih panjang. Ianya juga direka dengan injap silicon untuk mencegah pencemaran akibat limpahan dan aliran balik susu ibu. Pengepaman dengan urutan juga dapat meningkatkan pengeluaran susu dengan peningkatan sedutan sebanyak 100 kali dalam 1 minit. Ibu tidak perlu lagi risau pengeluarkan susu untuk bayi tersayang. JOYLEE Ipump sangat praktikal dan senang dibawa ke mana juga. Serius! Untuk ibu yang mudah kena bengkak susu gadget ini adalah solusinya yang terbaik.
Miss Olivia Chew bersama dengan pengasasn spa Bondahaven Dr, Tengku Atikah
Banyak juga tips yang saya dapatkan dari segmen bual bicara ketika majlis pelancaran JOYLEE Ipump. Apa yang penting kesungguhan dan keinginan ibu untuk menyusu anak sehingga 2 tahun itu sangat penting. Tidak dinafikan ada juga terpaksa berhadapan dnegan masalah kurang susu dan sebagainya. Namun dengan pemakanan yang betul, urutan dan tidak berputus asa sedikit sebanyak dapat membantu mengatasinya. Buat ibu yang dianugerahkan dengan susu ibu yang banyak, guna peralatan yang betul dan praktikal seperti JOYLEE Ipump dapat memberi keselesaan kepada diri sendiri dan juga bayi yang dapat bekalan susu ibunya di mana sahaja dan pada bila-bila masa.
So korang boleh dapatkan JOYLEE Ipump di dalam talian www.joylee.co . Ianya ditawarkan pada harga RM497 sahaja dan dengan setiap pembelian didatangkan sekali dengan penutup bernilai RM129, beg sejuk bernilai RM 149 dan ice pack bernilai RM15 secara PERCUMA. Oh ya! JOYLEETM Ipump mudah alih moden ini juga didatangkan bersama botol susu dari buatan PPSU yang mana botol ini mempunyai ketahanan dan boleh bertoleransi dengan suhu haba untuk pensterilan berulang. Ini memang terbaik :-)
Jom berikan yang terbaik untuk bayi kita dimana juga pada bila-bila masa. Untuk keterangan lanjut, boleh lawai www.joylee.co atau hubungi: Khidmat Pelanggan JOYLEE di talian +6016 263 7743 yerpp.
JOYLEE Ipump Gadget Inovasi Buat Ibu Yang Menyusu
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
September 16, 2019
Rating:
Thankyou kongsi. Kakak ipar tgh cari pump ni, tapi tk tau mana yg bagus dan senang digunakan. Boleh lah saya hadiahkan yg jni
ReplyDeleteWah untung la Ayu pas ni tak payah belli dah jika bersalin lagi.. harganya pun rasanya mampu beli oleh ibu ibu yang kebanyakannya bekerja sekarang ni kan...
ReplyDeleteLepas ini para ibu tidak mempunyai masalah lagi. Ada satu produk yang baharu. Semoga ia menjadi pilihan utama masyarakat Malaysia amnya.
ReplyDeleteBagus pump ni...zaman ank bonda lahir dulu payah nk dpt pump yg mcm ni...sekarang dh mudah...
ReplyDeleteBagusnya mak mak sekarang ni. Teknologi semakin canggih dan gajet pun up to date. Dulu pump susu ibu kekadang bila dah lama pump sakit sangat.
ReplyDeleteBagus laaa ni boleh control kekuatan sedutan. Comel dan mudah bawak.
kalau dulu masa dpaat anak pertama, tak tau pula breastpup ni penting.. Dah anak kedua baru nasukkan breatspump dalam senarai.. Ibu2 mmg patut ada ni.. Senmang nak susukan anak
ReplyDeleteberita baik untuk ibu yang masih lagi menyusukan anak dan yang menggunakan pump susu ini. pump susu mungkin nampak remeh tapi kalau yang menggunakan, tahulah apa bezanya.
ReplyDeleteTerbaik. Bolehlah saya kongsi berita ini dgn kakak saya yg sedang menunggu hari untuk melahirkan. Teriima kasih atas perkongsian ya.
ReplyDeleteBagusnya this one! Betul2 new tech ni sebab dia jaga jugak supaya our boobies tak kendur bagai! I definitely nak aim this one, if I need one! And 27 jenis pam is a lot!
ReplyDeleteTeringin nak tau testimoni ibu mengandung pakai ni. Dia sakit ke tidak ya tumbuh ruam?
dah boleh masuk bucket list untuk next baby ni :-)
ReplyDeletebagusnya this thing, belum ada anak, tapi dah boleh dah prepare awal awal ni, heheheh.
ReplyDelete