#MAGGIgorengMYstail Kini Telah Ada Pemenang!

Hollaa!!!! Rasanya semua sedia maklum tentang kehebatan Mi MAGGI yang boleh dimasak dengan hanya mengambil masa 2 minit dan sedap. Mungkin kita sudah terbiasa menikmati hidangan yang berkuah (bersup) tapi kali in MAGGI Malaysia ingin mencipta kelainan dengan mengadakan pertandingan memasak #MAGGIgorengMYstail.

Ianya juga bertepatan dengan Hari Malaysia yang bakal disambut tidak lama lagi! Kempen
#MAGGIgorengMYstail, telah mengajak rakyat Malaysia dari seluruh pelusuk negara yang datangnya dari pelbagai lapisan masyarakat untuk menghantar resipi Mi MAGGI® Goreng terbaik mereka. Ia membuktikan mi popular yang biasanya dihidangkan sebagai Mi Sup itu tetap enak apabila disediakan sebagai Mi Goreng. :-)

Sebanyak lebih 760 penyertaan resipi yang diterima oleh MAGGI® hanya dalam masa 5 minggu, kebanyakannya unik mengikut selera negeri-negeri yang berbeza.Dan sepuluh peserta terpilih untuk mengambil bahagian dalam acara memasak yang diadakan di pusat beli-belah MyTOWN, Kuala Lumpur yang mana tiga hidangan Mi MAGGI® Goreng terbaik bakal dinobatkan sebagai pemenang.

Cabaran MAGGI® 2-Minute Noodles ini juga menyaksikan rakyat Malaysia mengubah perisa berbeza termasuk Kari, Tomyam, Ayam dan Assam Laksa menjadi Mi MAGGI® Goreng yang memikat selera, dan menambah baik resipi dengan ramuan segar untuk mencipta hidangan kegemaran keluarga masing-masing.

Cik Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “Hari ini kami mendapat ilham apabila melihat bagaimana tukang masak dari lain-lain negeri boleh menghasilkan semula hidangan Mi Sup kepada Mi Goreng yang menyerlah untuk dicatat dalam buku masakan. Berbekalkan imaginasi dan MAGGI® 2-Minute Noodles, rakyat Malaysia telah menonjolkan bakat mereka untuk berkongsi bersama kita beberapa hidangan Mi Goreng terbaik dalam negara ini, yang disiapkan dengan tiga langkah mudah: Rebus, Rencah, Goreng. Kempen ini merupakan sebahagian daripada komitmen kami untuk menggalakkan pengguna menyediakan lebih banyak hidangan di rumah masing-masing.”
Tambahnya, “MAGGI 2-Minute Noodles bukan sahaja lebih baik dari segi rasa dan aroma, ia juga versatil! Mi yang keriting itu boleh diubah untuk hidangan sup atau goreng, sekali gus memenuhi pelbagai cita rasa dan boleh dimakan pada bila-bila masa.”

Menurut Sheila, “Hari ini saya merasai sendiri bagaimana MAGGI® mampu menonjolkan rasa cinta dalam masakan. Para peserta menunjukkan minat yang mendalam semasa memasak. Hidangan dibawa kepada para juri bukan sahaja enak, tetapi bercirikan Malaysia. Saya berharap mereka boleh memberi inspirasi kepada orang ramai untuk membuat semula hidangan Mi MAGGI® Goreng yang mudah dan istimewa ini di rumah atau mencipta sesuatu yang baharu.”



Di acara final, di mana semua peserta perlu memasak dan menunjukkan ciptaan mi goreng mereka. Dan seterusnya, pemilihan 3 pemenang utama yang mana akan berentap semula untuk menentukan kedudukan tempat.

 Dan ini adalah 3 peserta pemenang utama yang terpilih:-


Puan Hafiza Abu Muaddah (Maggi Goreng Bunga Telang)

Puan Norizah binti Husain (Maggi Goreng Ulam)

 Norul Aimy Abdul Halim (Maggi Masak Kam Heong) 


Acara masakan dinilai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, Mr. Juan Aranols, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI, Nestlé (Malaysia) Berhad, Cik Geetha Balakrishna, duta Mi MAGGI®, Sheila Rusly dan Cef Korporat Nestlé Malaysia, Abdul Muluk.

Jelajah #MAGGIgorengmystail yang diadakan di pusat beli-belah MyTOWN bermula dari 6 hingga 8 September 2019 di mana pengguna boleh mencuba citarasa Mi MAGGI® Goreng Malaysia dari tujuh negeri termasuk Mi MAGGI® Goreng Kerabu Makanan Laut dari Kelantan, Mi MAGGI® Goreng Banjir Muar dari Johor dan Mi MAGGI® Goreng Ayam Tuhau dari Sabah, serta banyak lagi. Aktiviti menarik seperti pertandingan memasak dan persembahan turut diadakan untuk orang ramai. 

Dan akhirnya inilah pemenang Raja Ratu Mi MAGGI® Goreng Malaysia. Tempat Pertama adalah  seorang guru MRSM iaitu Puan Hafiza Abu Muaddah (Maggi Goreng Bunga Telang) membawa pulang baucar beli-belah bernilai RM3000 dan hamper MAGGI®. Pemenang tempat kedua Puan Norizah binti Husain (Maggi Goreng Ulam) memenangi baucar beli-belah bernilai RM2000 dan pemenang ketiga iaitu Norul Aimy Abdul Halim (Maggi Masak Kam Heong) yang berjaya meraih voucher bernilai RM1000 beserta hadiah iringan hamper MAGGI®.

Tahniah diucapkan!

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen-kempen terkini, layari www.maggi.com.my/maggi-happenings/maggi-dua-cara.

#MAGGIgorengMYstail Kini Telah Ada Pemenang! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 08, 2019 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.